Assalamualaikum dan selamat pagi, semoga sentiasa dalam rahmat Allah azza wa jalla. Sejak balik dari umrah aku telah ditugaskan untuk memantau proses instalasi dan setting komputer untuk mesin2 fotostat baharu di tempat kerja. Jadi memang dari awal pagi sampai ke petang tak ada masa nak menulis dan ia memakan masa berhari2. Ingat nak buat beberapa catatan berkenaan sepanjang permusafiran ke tanah haram. Takpa slow2 aku cuba update. Malam pula agak kurang upaya kerana kesihatan tak berapa nak tiptop pula. Badan rasa lemah2 dan batuk serta sakit tekak melanda. Lantaran itu nak bw pun kurang kesempatan.
Curi ruang masa sedikit pagi ini untuk update secebis kenangan singkat di Mekah. Masa itu aku dan isteri baru nak keluar dari Safwah Tower. Safwah Tower ini terletak di sebelah kanan Clock Tower atau Zamzam Tower. Di sini ada banyak kedai2 untuk shopping dan rasanya harga lebih murah berbanding di tempat lain di Mekah. Kat sini sempatlah aku membeli satu kurta dan beli jubah untuk anak di rumah.
Sewaktu nak keluar dari Safwah Tower aku terserempak dengan seseorang yang aku rasa agak biasa jumpa tetapi tak berapa ingat. Memory aku ni macam dah semakin merosot aku rasa akhir2 ni. Rupa macam kenal tapi tak ingat kat mana. Aku tegurlah dia. Bila sebut nama surau & lorong rumah dia macam blur sebab aku ingatkan geng surau kat rumah aku. Tapi pelik bila dia kata dia kenal abah رحمه الله. Bila dah balik dari umrah aku duk cari2 pakcik tu kat surau tapi tak jumpa. Last2 baru terfikir pakcik tu jemaah surau yang mana abah رحمه الله selalu pergi sewaktu hayatnya. Aku pun sekali sekala balik kampung akan ke surau itu juga dan mungkin di situlah aku cam pakcik tu.
Nanti bila balik kampung nak try cari pakcik tu kat surau. Itulah sedikit kisah di tanah haram yang biasa2 sahaja. Tapi bila fikir2kan boleh menitik air mata. Aku tak sempat pula nak ambil gambar dengan pakcik tu.
Suasana biasa di Masjidil haram, orang sibuk membaca Al Quran. |
Satu anugerah kepada orang yang suka membaca Al Quran kerana di sana akan ada banyak masa untuk membaca Al Quran. |
Sentiasalah berdamping dengan Al Quran dalam setiap hari yang kita lalui semoga ia akan memberi syafaat kepada kita (atas izin Allah) di akhirat kelak. |
Sekian, dahulu.
rindunya dgn suasana kat sana ....
BalasPadamBetul, tak sibuk nak memikirkan pelbagai hal.
PadamRindu serindunya. Moga diizinkan lagi ke Tanah Suci. Aamiin.
BalasPadamInsyaAllah, tak lama akan dapat ke sana. Amin.
PadamFoto-foto saat membaca Al Quran itu terlihat demikian syahdu Mas.
BalasPadamMelupakan semua urusan dunia, hanya fokus dengan membaca Al Quran dihadapan.
Salam,
Iya Mas, di sana Al-Qurannya tidak berhabuk. Sentiasa digunakan oleh pengunjung. Di tempat kita banyak yang tinggal jadi perhiasan.
PadamKangen ke sana lagi bang...masih teringat-ingat suasananya
BalasPadamSama2 usahakan. Bagus kalau dapat datang dalam selang beberapa tahun kerana ada hadisnya. Umrah dengan umrah seterusnya adalah penghapus dosa.
PadamSaat di sana, memang rasa tak jemu membaca Alquran . Malah tahan berlama2 di mesjid. Memang vibe tanah suci selalu membuat rindu nak balik kan...
BalasPadamTerkadang beberapa hal memang kita temui di sana, termasuk berjumpa kenalan yg mungkin dah lama tak lihat. Padahal di Malaysia tak seberapa jauh rumah pakcik itu dari abang ya ☺️
Betul ada perkara2 kecil yang bila difikirkan seperti mustahil berlaku.
PadamSuasananya syahdu banget. Pasti kalo di Masjidil Haram hati tenang fokus baca Alquran ya mas.
BalasPadamIya betul mas. Banyak masa boleh diisi dengan zikir dan sebaik2 zikir ialah membaca Al-Quran.
PadamAlhamdulillah...memang rasa teringin juga nak pergi umrah dan in shaa Allah haji jika Allah bagi peluang
BalasPadamMula2 kena ada keinginan dahulu insyaAllah selepas itu akan dipermudahkan jalannya.
Padampak cik tu masih kelihatan sihat lagi ke?
BalasPadamatau... dia ugkin tersalah orang?
muka en faizal mirip someone yang dia kenal?
Pakcik tu masih sihat dan rasanya tidak salah orang. Hanya saya yang keliru.
Padam