Wednesday, February 14, 2024

Perjalanan Ke Madinah Menaiki Keretapi Dan Mengunjungi Raudah

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ini agak kurang sedikit panasnya berbanding hari2 sebelum ini. Sekarang nak sambung kisah Umrah 2024. Ada dah minta sambung lagi kisah pengalaman ini, semoga memberi manafaat dan sebagai pemangkin semangat untuk ke sana jua. Ada yang berkira2 untuk ke sana namun kita sungguh tidak tahu sebesar mana pengorbanan yang Allah mahukan supaya dosa2 kita diampun semuanya, doa2 kita dimakbulkan dan sebesar mana pula ganjaran keseluruhannya apabila sekali kita bermusafir ke kampung asal usul pegangan kita di sana. Salah satu cara kita meningkatkan semangat beribadah ialah dengan mengambil ibrah atau pengajaran dari pengorbanan2 para rasul, para sahabat di sana. Sungguh tidak kita mampu untuk berkorban sebagai mana kita berkorban. Dengan sedikit pengorbanan kita untuk ke sana mudah2an sampai ketikanya nanti kita dapat bertemu para nabi dan penolong2nya di syurga yang kekal. Sungguh dunia ini adalah sekejap dan sementara.

Kali ini perjalanan kami ke Madinah adalah dengan menaiki keretapi laju. Ini satu pengalaman baru bagi aku kerana sebelum ini semuanya adalah dengan menaiki bas. Perjalanannya mengambil masa 2-3 jam. Di antara Mekah dan Madinah keretapi ini akan berhenti sekali sahaja di Jeddah. Stesen keretapi sangat luas dan kualitinya seperti di airport yang besar2. Sesampai sahaja di stesen keretapi masing2 agak kelaparan jadi yang paling sesuai pada ketika itu ialah Subway, terpaksalah makan juga walaupun sedang dalam mode boikot kerana darurat. Kalau tak makan jenuh nanti lapar menunggu makan malam.

Keretapinya sangat selesa, lebih kurang seperti ETS suasana di dalamnya. Ramai yang teruja di awal perjalanannya kemudian terlentok tidur kerana kepenatan. Sebelum meninggalkan Mekah wajib bagi orang yang bermusafir melaksanakan tawaf wida. Lokasi tawaf bagi orang yang tidak memakai ihram adalah di bahagian atas dan lingkung pusingannya jauh berbanding tawaf di dataran kaabah. Ini adalah peraturan baru yang ditetapkan. Sebelum2 ini boleh saja tawaf di dataran walaupun tanpa ihram. Ramai yang kepenatan dan ruang masa perjalanan yang selesa menjadi ruang untuk melepaskan lelah.   

Sesampai ke hotel di Madinah ada antara jemaah yang kurang berpuas hati dengan hotel. Di dalam iklan telah dijanjikan hotel tertentu atau setaraf, tetapi dapat hotel lain kerana katanya ada kekangan oleh pihak hotel. Jenuh juga pihak pengurusan cuba untuk berbincang menyelesaikan masalah ini. Kami pun mulanya kurang berpuas hati tetapi bila pihak pengurusan menyatakan hotel kami adalah setaraf dengan hotel yang diiklankan jadi mahu tidak mahu redha sahaja. Jika berlebih2an takut2 lari lari tujuan asal kita untuk beribadah. Walaupun disediakan 3 kali makan di hotel ini kami kurang makan makanan yang disediakan kerana kekangan tempat. 

Satu perubahan ketetapan lagi ialah berkenaan cara untuk masuk ke Raudah, bagi yang datang dengan visa umrah telah diperuntukkan untuk masuk sekali ke Raudah secara muassasah iaitu berkumpulan. Orang lelaki diberitakan dapat turn jam 1 pagi, maknanya kami ada beberasa jam untuk rehat. Aku dah kunci jam awal2 takut terlepas. Bukan senang nak dapat jadi kena azam betul2. Ada juga jemaah yang terlepas kerana tertidur. Once dah masuk ke dalam secara group mana yang tertinggal tidak boleh masuk lagi kecuali menggunakan apps Nusuk. 

Masuk ke Raudah satu yang diperhatikan ialah kedudukan kita. Seboleh2nya beradalah di bahagian hadapan sedikit untuk solat, kalau tak dapat mulanya bila orang dah di arahkan keluar ganti tempat yang di depan. Berdoalah di dalam sujud yang terakhir kerana ada hadith menunjukkan saatnya kita paling dengan Allah adalah ketika sujud. Satu lagi kalau tidak solat, walaupun berdoa selepasnya berkemungkinan besar kita akan diarahkan keluar kerana dianggap telah selesai. Berdoalah memohon segala2nya di dalam sujud akhir itu. 

Selesai di Raudah aku dah terpisah dengan jemaah2 lain. Aku ambil keputusan untuk masuk ke kawasan makam Rasulullah untuk memberi salam kepada Rasulullah. Ada lafaznya yang shahih seperti yang di ajarkan oleh Ustaz Dr Ariful Bahri. Siapa ustaz ini? Nanti insyaAllah aku buat catatan berkenaan Dr Ariful Bahri pula. Setakat ini dulu catatan ini.    


Stesen Keretapi Mekah

Suasana dalam keretapi



Berbaris untuk masuk ke Raudah secara berkumpulan

Suasana dalam Raudah, bayangkan kita berada di tempat yang sama Nabi dan para sahabatnya beribadah setiap hari.

Di antara rumah Aisyah (RA) dan mimbar Nabi SAW adalah satu dari taman2 syurga.

Ziarah maqan Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Umar (RA)

Cantik sekali mimbar ini. 

Lampu yang indah sekali.

Berhenti seketika.

Semoga mendapat syafaat Rasulullah di akhirat nanti.

 Sekian dahulu, insyaAllah nanti sambung lagi catatannya.

11 comments:

  1. alhamdulillah, moga Allah memakbulkan segala apa yang didoakan, moga mabrur umrah tuan sekeluarga — aameen

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...memang mencabar utk masuk raudhah tu esp utk kaum wanita (masa saya pergi dulu, tak berapa nak ada sistem, main himpit2 jer masuk situ)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya merasa juga zaman main himpit2 tu, berkejar2 untuk dapat masuk. Bahaya juga untuk orang2 yang tak kuat.

      Delete
  3. Alhamdulillah... Terima kasih diatas perkongsian yang baik.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, terima kasih kongsi semuanya. Rindu semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih. Semestinya rindu untuk ke Mekah dan Madinah. Teringin juga untuk ke Aqsa.

      Delete
  5. Alhamdulillah sudah sampai Raudah, Mas.
    Membayangkan saat di Raudah dimana dahulu Nabi dan para sahabatnya beribadah disana, betapa syahdunya.
    Senang membaca perjalanan Umrah-nya. Moga suatu waktu nanti saya mampu juga menjalankan ibadah Umrah.

    Salam,

    ReplyDelete
  6. Beruntungnya bisa coba kereta cepat yg baru ini bang 👍. Dulu saya umrah 2018, blm ada soalnya 🤣. Jadi tetap hrs naik bus.

    Memang lah kalo hotel yg dijanjikan tak sesuai, macam ada perasaan tak puas kan. Tapi betul juga kata bang, tak usah dibawa ke hati sangat. Nanti niat ibadah jadi ternoda pula .

    Raudhah, memang lah butuh pengorbanan. Saya bersyukur waktu itu dpt pembimbing yg bagus, jadi bisalah kami semua sholat dan saling menjaga saat di Raudhah.

    Semoga ada rezeki untuk umroh lagi kesana ❤️

    ReplyDelete
  7. Rindunya Raudah....dapat bersolat dan berdoa ni carpet hijau ni. Moga ada rezeki kami sekeluarga dijemput ke sini....

    ReplyDelete