Isnin, Februari 19, 2024

Membeli Tong Sampah Di IKEA Batu Kawan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ambil kesempatan sedikit pagi ni sebelum masuk kerja untuk buat catatan berkenaan aktiviti hujung minggu baru ni. Alkisah telah berlaku kejadian tong sampah dapur rosak. Tong sampah kami sebelum ini jenis plastik yang boleh dipijak untuk membukanya. Bila dah lama digunakan lama2 dah rosak sampai dah tak boleh nak buka penutupnya bila dipijak. Mulanya dah cari tong untuk menggantikannya di kedai yang pernah beli tong sampah seperti itu tapi bila tengok2 dah tiada jenis yang dikehendaki itu. Apalahkan pasal tong sampah pun nak update dalam blog.

Hari Sabtu baru ni selepas mengambil puan isteri di airport dah bagi tau nak ajak dia dan Eryna ke IKEA. Kadang2 idea ni muncul tiba2. Antara alasannya Eryna sejak cuti sekolah tak ke mana2. Jeles katanya tengok kawan2 dia pergi bercuti ke sana sini. Keduanya pasal tong sampah itulah. Kan kat IKEA ada jual, huhu memanglah ada jual tetapi harganya 5 kali lipat. Tapi kualitinya mesti berbezakan. Yang di IKEA ada yang di buat dari besi. Aku pun dan usha2 dahulu sebelum pergi tu. Model yang menjadi pilihan ialah MJOSA Harap tong sampah baru ni dapatlah berkhidmat dengan lebih lamakan.

Selain dari itu beli juga satu bench rak kasut. Lama juga nak beli ni untuk ganti rak kasut lama yang dah mereput. Rak yang dibeli ini ada dua tingkat dan kalau campur yang di lantai jadi 3 tingkatlah. Model yang dipilih ialah TJUSIG. Ada dua saiz dan aku pilih yang panjang. Selain jadi tempat letak kasut boleh juga duduk2 di atasnya. Item ketiga yang dibeli ialah kerusi SMALLEN untuk Eryna guna di meja belajarnya. Kerusi yang dipakai sekarang dah ada problem katanya. Bila tengok ok je cuma kerusi lipatlah. Yang baru beli ni boleh pusing2. Selesalah sikit kut. 

Selain itu ada lagi tambahan2 item2 kecil lain. Standardlah tu mesti nak capai sana sini item2 yang menarik. Kami juga makan tengan hari di restoren IKEA ni. Aku perasan walaupun cuti sekarang orang dah tak berapa ramai sangat. Mungkin sebab dah banyak tempat2 lain lebih menarik dan IKEA ni produk dia tak banyak pembaharuan. Tak tahulah yang di cawangan lain. Untuk makan kami ambil set Combo Keluarga. Jenuh juga nak menghabiskannya. Bila yang lain dah surrender awal, bapaklah yang kena habiskan. 

Korang beli apa je kat IKEA? 


BLAHAJ ni pun kena pau dengan Eryna

Acah2 buat kerja pejabat

Kombo Keluarga; ada meatball, ayam panggang dan chicken wings goreng.

Semalam dah siap pasang, siap buang 2 rak kasut lama yang dah reput.

 Sekian.

14 ulasan:

  1. linda tak pernah lagi masuk IKEA...kikiki
    nie kalau masuk nie..memang darat habis lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, kena buat lawatan sekali tu untuk mencari inspirasi sekurang2nya.

      Padam
  2. Saya dah lama jugak tak pergi ikea..biasanya suka pergi ikea damansara jer..pernah beli mcm2 termasuk almari, katil dan tong sampah yg besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak beli yang besar2 kena bawa kereta yang besar2 juga.

      Padam
  3. Lama tak Ikea, barang2 memang banyak yang berguna.

    BalasPadam
  4. Sedap tidur peluk jerung tu! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan sampai mimpi kena ngap dengan jerung sudahlah.

      Padam
  5. Dari awal IKEA buka di jakarta, saya belum sempat lihat. Sampai sekarang dah ada 3 cabang, saya tetep belum pernah kesana πŸ˜‚πŸ˜‚. Antara memang jauh juga, dan kedua takut khilaf belanja🀣. Apalagi barang2 dia memang bagus kan.

    Tapi bicara tong sampah, teringat pula tong sampah dapur memang dah waktunya ditukar. Dah sering lepas penutupnya. Nanti sesekali nak juga lihat2 IKEA πŸ˜…. Mahal tapi biasanya memang berkualitas kan bang, jadi tak apalah..πŸ˜πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita kena selalu upgradekan. Baru kepala lebih aman kerana ada sesuatu yang baru. Jadi kenangan2 juga perkara2 kecil sebegini. Makannya sedap jadi satu lagi alasan untuk ke IKEA.

      Padam
  6. Macam-macam pernah beli kat Ikea ni cermin, almari baju, mainan, bekas isi barang....saya rasa barang-barang Ikea ni praktikal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, banyak yang menarik2 juga. Bila ada barang yang nak diganti, IKEA boleh jadi pilihannya.

      Padam
  7. Beli online je dah lama jugak tak membeli barang ikea.
    Nampak sturdy tong sampah ikea tu gaya mutu keunggulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Online pun banyak yang dah ok sekarang ni. Yang penting review bagus.

      Padam