Tuesday, April 16, 2024

Raya Di Gombak

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang rajin membaca catatan di blog ini. Secara spesifiknya permohonan maaf dalam blog ini adalah berkisar tentang catatan2 yang mungkin menyinggung perasaan mana2 orang. Juga nak mohon maaf sekiranya ada komen2 yang tidak berbalas. Kalau boleh memang nak membalas kesemua komen2 anda tapi apakan daya kadang terlepas pandang juga. 

Sebenarnya pagi ni baru masuk kerja setelah cuti seminggu dan extra 1 hari lagi semalam untuk berehat dan mengemas apa2 yang patut di rumah. Satu minggu punya trip tahu2 sahajalah, banyak yang perlu diselesaikan. Untuk catatan berkenaan raya aku nak pecahkan kepada dua, nanti akan pos pula di bawah satu lagi pos bertajuk Raya Di Temerloh, Pahang kerana memang ada dua fasa biasanya raya cara kami ni. Kami balik ke rumah emak di Gombak pada hari Isnin jadi sempatlah dua hari lagi puasa dan berbuka di Gombak. Berbuka yang akhir tu dah rasa feel raya sebab dah mula ada lemang dan rendang. Malam itu juga ada dua orang kawan datang berkunjung. Kedua2nya adalah kenalan semasa belajar di Universiti Malaya dahulu. Seorang tu pegawai polis dan seorang lagi guru. Lama juga tak jumpa diorang ni jadi lamalah berboraknya sampai macam tak nak balik.

Keesokan harinya kami solat hari raya idul fitri di Madrasah Al-Hilaliah. Bagus sekali khutbah raya kali ini, antara yang masih segar dalam ingatan ialah petanda kita mendapat pahala Ramadan ialah semua amalan yang kita lakukan pada Ramadan kita sambung pada bulan2 seterusnya. 

  1. Jika kita boleh puasa di bulan Ramadan maka kita sambung puasa2 sunat di bulan lain.
  2. Jika kita boleh bangun sahur pada Ramadan, kita sambung bangun awal untuk solat malam 8 rakaat dan 3 witir. Juga lazimi solat subuh berjemaah di masjid.
  3. Jika kita boleh taja berbuka di masjid maka kita taja juga makan2 untuk orang miskin, pelajar atau kawan2 pejabat di bulan lain.
  4. Jika kita boleh berlama2 'iktikaf di masjid, lakukan juga di bulan lain.
  5. Jika kita boleh baca Al-Quran sehari satu juzuk, maka lakukan juga pada bulan lain supaya kita dapat khatam sekali sebulan mengikut kiraan bulan hijriah.
  6. Jika kita dapat mengawal percakapan kita di bulan Ramadan maka kita jaga juga percakapan kita di bulan seterusnya.
  7. Jika kita banyak berdoa meminta keampunan di bulan Ramadan maka kita banyakkan juga doa pada bulan2 seterusnya.

Itulah antara peringatan yang dapat aku fikirkan dari khutbah yang disampaikan. Selesai solat hari raya kami bersalaman di antara satu sama lain selain memberi duit raya kepada anak2 buah. Pada hari raya pertama itu kami juga berkunjung ke rumah saudara mara di Wangsa Maju, Batang Kali, dan Semugkis. Sampai2 rumah dah malam dan kepenatan. Setakat ini dahulu, ikuti sambungan catatan raya nanti.


1. Dikunjungi sahabat pada malam raya.

2. Berjalan kaki menuju ke surau untuk solat eid.

3. Khatib sedang menyampai khutbah.

4. Bergambar selepas solat eid.

5. Bergambar di hadapan rumah emak.

6. Semoga amal ibadah kita diterima Allah.

7. Bersalam2 dengan keluarga.

8. Tangan sebelah salam, sebelah lagi minta apa tu?
 
Sekian catatan kali ini.

14 comments:

  1. Selamat Hari Raya En.Faizal & keluarga.Maaf zahir & batin.
    gambar last tu senyum je en.suami dah faham sangat dgn perangai Pn.Isteri kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga. Dulu pun macam tu juga.

      Delete
  2. selamat hari raya En.Faizal sekeluarga...Maaf zahir batin...
    waktu bersalam dengan mak bapak je bergenag air mata, salam dengan suami, banyak gelak dari bermaafan...adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga. Selalunya macam tu lah.

      Delete
  3. Maaf zahir batin juga dari kami.. jika ada buat tersinggung dan terguris hati di mana2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, semoga Allah menerima amalan kita.

      Delete
  4. Taqabbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  5. Terimakasih sharing khutbah nya Abang πŸ‘. Jadi reminder juga untuk yg membaca blog ini. Insyaallah nak coba amalkan selalu, walau mungkin belum bisa semua.

    Saya pun minta maaf untuk semua tulisan dan komentar saya di blog ini yaa. Terkadang jari lebih cepat dari pikiran. πŸ™. Minal Aidin wal Faizin

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin.
    Terima kasih kongsikan intipati khutbahnya.
    Cantiknya rumah emak di Gombak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Selamat hari raya juga. Susah nak menjaga rumah besar2 tu. Untuk berkumpul2 memang sesuai.

      Delete
  7. Minal Aidin wal Faidzin mohon maaf lahir dan batin πŸ™....tangan satu meminta maaf,tangan yang lain meminta duit raya bang😁.

    ReplyDelete
  8. Salam Aidilfitri saudara..
    InsyaAllah.. Akan cuba teruskan amalan di Ramadan ke bulan-bulan yang lain juga.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. Salam Lebaran 2024. Bagus dapat ilmu baru dari khutbah tu.

    ReplyDelete