Rabu, Ogos 13, 2025

Mencuba Wall's Honey Butter Almond Ice Cream

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita tentang apa yang berlaku pada hari Ahad lepas. Ke satu kedai money exchange untuk menukar duit Singapore baki dari duit yang tidak dibelanjakan disebabkan peristiwa yang pelik sekali di Changi Airport, Singapura. Tak boleh nak ceritakan detail apa yang berlaku tetapi telah tidak dibenarkan masuk ke Singapore dan dihantar balik ke KLIA2 pada minggu sebelum tu. Trauma betul. Apa pun masa di KLIA2 dah tanya dah bank yang ada di situ ratenya tapi tak tukar lagi duitnya. Kononnya nak try tanya money exchange yang dekat rumah kut boleh dapat tinggi lagi sekali lagi rendah. Kalau tahu terus je tukar masa di airport. Nak tak nak tukar jugalah duit tu dan malas nak pegang duit Singapore dah. Semoga Singapore dilanggar todak lagi.

Balik dari tukar duit tu sempat singgah satu kedai untuk beli ais krim. Sebolehnya cuba elak dari bali yang dari Nestle, yang Wall's ni tak tahulah masuk senarai boikot ke tidak. Terpandang satu ais krim dengan base rasa honey butter lalu belilah dalam 3 batang. Mula-mula ada rasa macam Horlicks sikit, lama-lama sedap pula rasa ais krim perasa butter ni. Berlemak sahaja rasanya di selang seli dengan rasa madu. Di luarnya ada coating white malt dan kacang almond. Mungkin sebab coating white malt tu yang menyebabkan rasa macam Horlicks tu.

Kami bagi rating 4 dari 5 bintang. Boleh cuba lagi bila-bila. Nampak macam slow pula muncul ais krim dengan perasa baru sekarang ni.  



Menarik packagingnya.

Bentuknya sama seperti Magnum, macam ada 2 bulatan yang bersambungan di tengahnya.

Ais krimnya kental dan tak mudah cair.

Sekian dahulu untuk catatan kali ini.  

1 ulasan:

  1. Hahhahha suka ayat 'semoga dilanggar todak' uisshhh sedihnyaaaa....ni mcm kes kat Korea, suka suki antau org balik semula.

    BalasPadam