Memaparkan catatan dengan label ais krim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ais krim. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 13, 2025

Mencuba Wall's Honey Butter Almond Ice Cream

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita tentang apa yang berlaku pada hari Ahad lepas. Ke satu kedai money exchange untuk menukar duit Singapore baki dari duit yang tidak dibelanjakan disebabkan peristiwa yang pelik sekali di Changi Airport, Singapura. Tak boleh nak ceritakan detail apa yang berlaku tetapi telah tidak dibenarkan masuk ke Singapore dan dihantar balik ke KLIA2 pada minggu sebelum tu. Trauma betul. Apa pun masa di KLIA2 dah tanya dah bank yang ada di situ ratenya tapi tak tukar lagi duitnya. Kononnya nak try tanya money exchange yang dekat rumah kut boleh dapat tinggi lagi sekali lagi rendah. Kalau tahu terus je tukar masa di airport. Nak tak nak tukar jugalah duit tu dan malas nak pegang duit Singapore dah. Semoga Singapore dilanggar todak lagi.

Balik dari tukar duit tu sempat singgah satu kedai untuk beli ais krim. Sebolehnya cuba elak dari bali yang dari Nestle, yang Wall's ni tak tahulah masuk senarai boikot ke tidak. Terpandang satu ais krim dengan base rasa honey butter lalu belilah dalam 3 batang. Mula-mula ada rasa macam Horlicks sikit, lama-lama sedap pula rasa ais krim perasa butter ni. Berlemak sahaja rasanya di selang seli dengan rasa madu. Di luarnya ada coating white malt dan kacang almond. Mungkin sebab coating white malt tu yang menyebabkan rasa macam Horlicks tu.

Kami bagi rating 4 dari 5 bintang. Boleh cuba lagi bila-bila. Nampak macam slow pula muncul ais krim dengan perasa baru sekarang ni.  

Selasa, Ogos 29, 2023

Akhirnya Merasa Juga Pop Cornetto Creamy Butter Popcorn Ice Cream!

Assalamualaikum semua pembaca blog cabuk ini. Akhirnya merasa juga ais krim Cornetto baru ni. Terpengaruh dengan posting rakan blogger menyebabkan kita terasa nak mencari perasa ni. Cornetto ni dulu2 masa kecil2 inilah aiskrim paling mahal pada ketika tu. 

Throwback sikit masa kecil2 dahulu ada seorang ibu saudara yang bekerja sebagai guru di sekolah, pada hari Jumaat selalunya dia akan belikan aiskrim Cornetto untuk kami empat beradik. Punyalah seronok dapat makan aiskrim mahal ni pada masa tu. 

Sampai sekarang Walls terus mengeluarkan ais krim Cornetto ni. Dah macam2 perasa muncul. Yang terbaharu ni diperkenalkan perasa popcorn creamy butter. Base aiskrimnya rasa mirip kepada jagung cream disulam dengan bijian caremel di atas dan di dalamnya. Pada aku sedap jugalah menikmati aiskrim perasa ni, pelan2 aku makan macam budak kecil 90an makan. Sayang nak habiskan cepat2. Paling syok part bawah cone dia akan ada coklat yang agak tebal untuk elak kut aiskrim cair dari keluar ikut hujung cone.

Lama juga mencari aiskim ni, jengok2 peti aiskrim tengok tak ada. Yang ni jumpa di CU Mart. Tak tahulah sama ada ramai orang beli atau memang tak banyak dipasarkan. Siapa peminat aiskrim bolehlah cari di tong2 aiskrim berdekatan anda.

Jumaat, Januari 01, 2016

Day 6 Part 1 / Masjidil Haram

Menikmati ais krim dan roti selepas Subuh
Ais krim di Mekah
Bersembang dengan seorang Muslim yang menjual
makanan burung
Di luar bilik hotel, kami berempat berkongsi bilik 
Solat di atas mataf tingkat atas sekali
Seribu satu perasaan
Pelbagai bangsa mentauhid Allah yang satu
Hijr Ismail dalam pembaikkan, gambar dari atas mataf
Berpindah ke Swissôtel Makkah
Emak risau sebab abah duk tempat driver macam nak drive!