Assalamualaikum dan selamat petang. Sambung siri Road Trip ke Hat Yai. Hari kedua atau hari kemuncaklah boleh dikatakan sebab trip ini singkat sahaja iaitu pergi hari Jumaat dan balik hari Ahad. Ada beberapa tempat yang kami sempat singgah pada hari ini pertamanya kami bersarapan di Bang Han Restaurant. Macam-macam makanan ada tapi kami order murtabak dan dim sum. Ramai pengunjung di restoran ni dan rata-ratanya orang Malaysia. Selesai sarapan kami meneruskan perjalanan berkereta dipandu sendiri dari bandar Hat Yai ke Samila Beach di Songkhla. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit. Aku bawa kereta slow-slow sahaja sesuai cara orang tempatan bawa lagi pun baru nak biasakan diri bawa dalam bandar. Perjalanan smooth sahaja dan jalannya cantik, cuma apabila hampir sampai ke bandar Songkhla barulah jalannya kecil sedikit.
Sampai di Samila Beach suasana agak lengang lagi, iyalah masih pagi. Setelah parking kereta berhampiran pantai kami disapa orang tempatan muslim yang seperti nak menjemput makan di kedainya. Disebabkan kami dah sarapan awal maka kami tolak dengan baik. Kami jalan-jalan di pantai yang agak luas juga. Songkhla ini terletak di bahagian timur Thailand dan pantai ini menghadap Laut China Selatan. Sewaktu aku survey-survey tempat sempat juga aku check ramalan kaji cuaca, katanya ada ribut yang mungkin melanda Samila Beach. Aku pun pesan siap2 untuk bawa jeket tapi tinggal dalam keretalah sebab ramalan sahaja kan. Sedang duk syok tengok2 baju di kedai tiba-tiba angin kuat menerpa, habis payung2 kena terbang dan pekedai semua cepat2 kemas kedai mereka. Mana yang barang di letak di luar dibawa masuk dan dibuka awning tambahan supaya air tak masuk. Agak lebat juga dan sempat juga ke kereta untuk mengambil payung dan jeket. Fuh cemas sekejap sebab jarang-jarang kena ribut kalau di Penang. Ribut ni datang dari kawasan Filipin dan menuju ke arah pantai timur Thailand selatan.
Selesai di situ dah hampir tengah hari. Dalam perancangan aku nak ke Songkhla Central Mosque. Dalam gambar nampak cantik sebab macam ada kolam di hadapan masjid tu tapi rupanya kolam tu dah ditutup dan dijadikan dataran. Apa pun dalaman masjid memang cantik. Ini masjid ke dua yang aku singgah dalam trip ini dan kedua-dua masjid berlantaikan jubin. Jika di Malaysia biasanya berkarpet. Mungkin tanpa karpet ia lebih mudah dijaga dan maintenance pun dapat dikurangkan. Masjid ni ruang solatnya di tingkat 3 dan rupanya tingkat dua tu ada pejabat nikah. Kat sinilah orang Malaysia bernikah sembunyi-sembunyi agaknya. Apa pun antara azan dan iqamah agak panjang, rasa dalam 30 minit juga dan perasan juga mungkin ada group rombongan kahwin kut yang tersilap pergi solat dalam group mereka sebelum jemaah sebenarnya mula.
Enjoy gambar-gambar di bawah.
 |
Pekena sinaran matahari di hadapan hotel kami menginap. |
 |
Kami bermalam di Friendlytel Hotel selama dua malam. |
 |
Bergambar di tugu kucing dan tikus, di hadapan pantai ini ada dua pulau iaitu Pulau Kucing dan Pulau Tikus. |
 |
Luas pantainya dan cantik bersih. |
 |
Songkhla City yang tak sempat diexplore, hanya lalu sahaja. |
 |
Menara Masjid Songkhla. |
 |
Cantik dan besar Masjid Songkhla ni. |
 |
Kubah yang besar dan cantik. Tak pasti sama ada keraajaan Thai yang biasa pembangunan masjid ini atau tidak. |
 |
Lantai licin dan keras huhu. |
 |
Mimbar Masjid Pusat Songkhla. |
Sekian dahulu, nanti kita sambung lagi catatan di mall terbesar di selatan Thai dan Pasar Terapung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan