Ahad, September 14, 2025

Road Trip Ke Hat Yai Hari Pertama

Assalamualaikum dan selamat malam. Siang tadi ada menonton satu video orang tak berapa betul di sempadan Malaysia Thailand. Video tu dia tunjukkan ramainya orang Malaysia masuk ke Thailand melalui sempadan darat dan sambil-sambil tu perli orang Malaysia yang kata ekonomi teruk, kononnya kalau ekonomi teruk takkan orang mampu nak ke Siam. Aku fikir, takkan semudah itu nak sukat ekonomi negara, kalau ekonomi baik, semua orang ada pilihannaya sendiri. Mungkin kesempatan cuti empat hari ni itu sahaja tempatnya yang sesuai untuk bawa keluarga. Thailand pun banyak juga kelebihan tempat-tempat dan makanannya. Dalam Al Quran sendiri ada perintah supaya kita mengembara melihat tempat lain di bumi ini baru terbuka sedikit minda kita.

Berbalik kepada tajuk catatan blog kali ini, beberapa minggu lalu aku dan keluarga masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dengan memandu sendiri. Pertamanya nak cuba masuk negara lain selepas sebelum ini telah dihalang masuk ke Singapura dan dihantar balik ke KL dengan tiket percuma. Mungkin sebab janggut panjang sangat kut. Keduanya memang dari dulu teringin nak berkenderaan sendiri masuk ke Thailand, ramai dah kenalan-kenalan yang dah masuk dan cadangkan supaya cuba pengalaman masuk dengan memandu sendiri. Kebetulan cuti tiga hari ketika tu. 

Lepas solat Jumaat kami bertolak ke Bukit Kayu Hitam, sebelum lintas sempadan kami isi minyak penuh dahulu kerana minyak di sini lebih murah, kemudian kena beli insuran dalam RM30 lebih. Sebelum itu kami dah isi borang declare secara online supaya urusan lebih mudah. Rupanya tak susah mana pun nak masuk dan masa untuk masuk tu tidaklah lama sangat, mungkin rezeki kami kut. Dapat masuk terus rasa lega, drive beberapa ketika rasa dah selesa sikit aku suruh wife check kut ada masjid dan kami pun masuk dalam sikit untuk ke masjid di daerah Sadao. Congak-congak takut tak sempat nak solat di hotel sebab tu kami singgah dulu untuk solat. Tak jauh dari masjid dah nampak 7 Eleven, memanglah jauh beza 7E di sana dengan di Malaysia. Beli benda-benda frozen boleh panaskan dahulu, pilihan pun banyak cuma kena check juga ada bahagian yang halal dan ada bahagian yang tidak halal. 

Selesai isi perut dengan sosej dan roti bakar di 7E kami teruskan perjalanan ke hotel di Hat Yai. Hotelnya selesa juga dan ada parking di hadapan hotel. Rehat sekejap, mandi dan solat kemudian kami keluar semula ke Asian Night Market, bukan nak shopping sangat pun tapi nak makan sebenarnya. Kami naik Grab, pergi naik EV dari BYD balik naik EV dari MG. Tergamam dibuatnya, jika di Malaysia kalau order Grab silap-silap dapat teksi lama. Malam tu dah pekena nasi khomok dengan daging masak rendang. Puas hati makan dan yang bestnya air buah pekat murah betul. Malam itu kami tidur dengan puasnya walaupun masa tidur ada juga terjaga kerana ada bunyi krik krik, aku rasa lipas tapi entahlah tak dapat dipastikan bunyi apa.     

 

Beli insuran cukup syarat sahaja. 

Berdebar juga nak melalui imigresen Thailand.

Di sini ke isi borang pengesahan kenderaan sendiri, kena bawa geran kereta.

Singgah di Masjid Jamek Al Islam di Sadao.

Kubah yang telus cahaya, tak perlu buka lampu di waktu siang.

Bergambar dahulu di luar masjid. Bukan main advance Thai punya kiraan tahun. 

Isi perut dengan sosej dari 7E, ada perkhidmatan memanas.

 
Santai sahaja memandu di Thailand, semua orang bawa slow sahaja.

Makan malam di Asian Night Market.

Macam-macam makanan dicuba, sedapnya tengok mango juice tu.  

Bersambung lagi nanti insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan