Assalamualaikum dan selamat pagi. Mungkin ramai dan mula kembali ke pejabat masing-masing setelah menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Di kesempatan ini juga saya dengan rendah hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf zahir dan batin kepada semua.
Sebenarnya semalam dan masuk kerja tetapi baru hari ini dapat sedikit semangat untuk membuat catatan Selamat Hari Raya ini. Iya bulan Ramadan telah pergi, bagaimana pun harapnya ada lah sedikit sebanyak semangat beribadah di bulan Ramadan itu dibawa ke bulan-bulan seterusnya. Jika kita pada bulan Ramadan mencuba menahan diri dari apa yang mengurangkan pahala, harap dapat juga kita teruskan.
Tahun ini beraya hari pertama di Gombak iaitu di rumah ibunda saya. Sebelum ke Gombak saya dan anak ke Cyberjaya dahulu menjemput isteri. Sempat juga kami menyediakan rendang daging dan kuah kacang berdaging untuk dibawa ke rumah ibunda.
Kami Solat Hari Raya Idul Firti di Madrasah Al-Hilaliah yang tidak jauh dari rumah, berjalan kaki pun tidaklah penat. Kemudian kami bersalam-salaman bersama keluarga dan makan juadah raya seperti lemang, nasi impit dan rendang. Seterusnya kami beraya di rumah bapa saudara di Danau Kota.
Keesokan harinya dalam perjalanan ke Pahang untuk beraya bersama adik-beradik isteri, kami ke Kuala Klawang dahulu untuk beraya di rumah ibu saudara. Syoknya sebelum balik dibekalkan kami durian sebekas. Durian dari kebunnya sendiri dan disimpan sejuk beku untuk dibagi-bagikan kepada tetamu istimewa.
Di Pahang kami check-in Hotel Seri Malaysia yang mengumpulkan 7 keluarga. Malamnya ada makan malam khas ditempah dengan hotel dan kemudiannya ada acara bersalam-salaman. Keesokannya kami beraya di 3 buah rumah di Felda Mayam, Felda Purun dan Mentakab.
Pada hari raya keempat sebelum balik ke Gombak, kami sempat juga beraya merangkap makan tengah hari di Temerloh. Banyak juga rumah yang kami datang beraya untuk tahun ini. Dan aku sendiri agak lama juga bercuti iaitu sampai hari Jumaat kerana nak balik ke Penang sekali dengan isteri. Jimatlah tiket kapal terbang dia sedikit.
 |
| 1. Poster Eid Mubarak yang aku buat untuk sebaran di FB dan WA, background Mekah sebab dah teringin sangat untuk ke sana. |
 |
| 2. Berswafoto dahulu sebelum menunaikan Solat Eid. |
 |
| 3. Khutbah Solat Eid. |
 |
| 4. Bergambar bersama ibunda, lama tunggu dia bersembang dengan kawan-kawan dia. |
 |
| 5. Sesi bersalam-salaman di Gombak. |
 |
| 6. Beraya di rumah Acu. |
 |
| 7. Beraya di Kuala Klawang. |
 |
| 8. Beraya di Hotel Seri Malaysia Temerloh. |
 |
| 9. Rumah Tok 4 Felda Purun. |
 |
| 10. Raya di Mentakab. |
Sekian dahulu catatan hari raya kali ini. Nanti kita beraya ke blog-blog pula.
Selamat hari raya Aidilfitri :)
BalasPadamSelamat hari raya Aidilfitri
BalasPadam