Assalamualaikum dan selamat malam. Bertemu kembali dalam episod Travelog Haji 3. Setelah selesai umrah bagi haji tamattu' dan ziarah ke Masyair, sekarang adalah tempoh kritikal untuk mempersiapkan mental sebagai persediaan ibadah haji yang agung. Selain dari itu, dalam kira-kira 6 ke 7 lagi kami akan memulakan ibadah haji dengan berihram kemudian berniat haji. Setiap hari kami akan solat berjemaah di surau hotel. Solat di mana-mana selagi dalam tanah haram Mekah tetap diberi ganjaran 100,000 kali ganda berbanding solat di luar tanah haram Mekah. Ada hadith yang menunjukkan Nabi ﷺ masuk ke kawasan tanah haram Mekah untuk solat sedangkan ketika itu Nabi berada di luar tanah haram Mekah. Jika tak silap ketika di Hudaibiah. Begitu juga ada sahabat yang tinggal di Arafah (luar tanah haram) pergi ke dalam tanah haram untuk solat mengenangkan besarnya ganjaran solat di tanah haram.
Dalam tempoh 6-7 hari ini telah disusun banyak slot-slot pengisian ilmu, motivasi dan bekalan jiwa untuk menghadapi ibadah haji. Allah berfirman supaya kita mempersiapkan bekalan sebelum berhaji dan selain dari bekalan berbentuk meterial, adalah lebih penting bekalan ilmu yang soheh, kata-kata nasihat dan penguat semangat. Sebolehnya aku akan cuba dapatkan saf depan supaya dapat dengar dengan jelas sesi ceramah oleh pakar-pakar rujuk dan ustaz-ustaz mutawif.
Satu hari, sedang aku duduk-duduk di surau tiba-tiba aku disapa seseorang yang membuatkan aku terkejut dan juga terharu. Back story pada tahun 2025 aku dan isteri ada jumpa pasangan dari taman yang sama, geng surau yang sama turut serta kursus haji MKM. Apabila aku dan isteri terpilih untuk berhaji pada tahun 2026, mereka tak dapat. Aku pun dah lah rasa serba salah sahaja bila berjumpa di surau. Mereka nak sangat pergi haji. Apa yang boleh buat, doa sahajalah. Apa pun aku ada juga tanya Hj Ahmad kut boleh bantu kawan ni di mana-mana. Ketika tu kawan ni (Fazrul) sedang berihram. Berpeluk juga kami di surau tu kerana terharu sebab dia boleh sampai juga. Rupanya qadarullah Tabung Haji ada bagi kuota tambahan sebanyak 19 dan mereka adalah antara yang tawarkan. Begitulah rezeki ini datang tanpa disangka-sangka.
Kisah kedua untuk episod ni ialah tentang dua orang bapa saudara. Mereka juga dapat tawaran haji tetapi mengikut syarikat lain. Sudahlah beberapa bulan group saudara mara di aplikasi Whatsapp banyak cerita tentang haji. Mereka tiba lewat dua hari dan hotel mereka tak jauh dari hotel kami ketika di Aziziah. Bila tahu mereka dan sampai, aku terus ajak wife pi tengok mereka tu. Ketika tu mereka baru nak selesaikan umrah. Mereka join pakej tetapi yang telah dicustom. Tempoh mereka dalam 30 hari sahaja. Entah macam mana mereka dah terlepas ziarah masyair group mereka, nanti aku sambung cerita aku bawa mereka berdua ziarah masyair di samping mengingatkan mereka tentang persediaan dan aturan ibadah haji yang bakal ditempuhi.
| Kuliah Dr Maza. Beliau tekankan tentang tujuan, jangan terlalu tumpu pada perbuatan. |
| Terkejut jumpa Fazrul ni di surau. |
| Kuliah Ustaz Fadhli Suria. |
| Bertemua dua orang bapa saudara yang mengikuti syarikat Kembara Umrah. |
| Kuliah Ustaz Muiz. |
| Kuliah Ustaz Najmuddin. |
| Sempat juga kami ronda Aziziah sampai ke Al Baik. |
Bersambung InsyaAllah...
Haji punya shades sentiasa terselit di baju.... steady ji!
BalasPadamKena time panas terik tu memang kena pakai shades. Kalau tak, boleh rosak mata.
Padamalhamdulillah. thanks for sharing
BalasPadamInsyaAllah. Sama-sama.
PadamSenaaaaang pastinya bisa berjumpa teman baik di sana. Alhamdulillah beliau pun dapat pergi hajj juga. Sudah rezekinya memang ☺️☺️.
BalasPadamBetuuuul tuh Abang, kalau ada kesempatan bisa berkurang di tanah suci, pastilah sebisa mungkin kita grab kesempatan itu. Tak setiap saat bisa kurban di sana kan ❤️
Betul, sebolehnya rajinkan diri ketika di tanah suci supaya setidaknya bila kembali ke kampung ada juga sedikit kekuatan untuk rajinkan diri untuk ibadah.
Padammmg betul
BalasPadamkat sana kita boleh nampak macam mana Allah mengatur pertemuan dan rezeki dengan cara yang kita tak sangka...
Betul, ada yang mudah dapat jumpa. Ada yang tidak ada rezeki untuk jumpa walau macam mana kita rancang. Allah-lah sebaik-baik perancang.
PadamPerkongsian berilmiah.
BalasPadamSeronoknya baca, pengalaman pergi haji ni. Panas sampai 40 ya, suhu. Masya-Allah.
BalasPadam