| Bertemu sahabat lama di Kayu Nasi Kandar. |
Assalamualaikum dan selamat malam. Catatan ringkas untuk hari ini ialah tentang menyantuni seorang sahabat lama yang bertandang ke Penang. Dua hari lepas dia ada hantar mesej yang mengatakan yang dia berada di Bayan Lepas. Rupanya dia ada kursus di Penang ni. Aku pula sibuk kalau hari kerja dan nak ke pulau tu memang berat sikit. Rezeki hari ni cuti Hari Malaysia dan dia pun masih ada di sini. Aku pun planlah nak jumpa dia dan kidnap dia sekejap dari kursusnya.
Aku pun bertolak ke Hotel Iconic Mojavie dalam waktu tengah hari tadi untuk mengambil sahabar ni. Dia ni sebenarnya sahabat semasa belajar di Asasi Sains Fizikal di Universiti Malaya. Kami tinggal di Kolej Kediaman Kedua dan kemudian menyewa rumah yang sama di Pantai Dalam. Walau pun kami belajar di fakulti yang berbeza setelah Asasi tetap sahaja kami berkawan rapat. Banyak sekali kenangan zaman belajar ni, zaman mula nak kenal dunia.
Kami lunch nasi kandar di Kayu Nasi Kandar, cari tempat makan yang berdekatan sahaja kerana di sebelah petang dia akan berkursus lagi. Gigih betul berkursus semasa orang semua bercuti. Sempatlah berborak hal-hal semasa dan juga perihal kawan-kawan lain. Paling mengejutkan bila tahu ada seorang kawan ni sedang menjalani hukuman penjara. Semoga dipermudahkan urusannya sepanjang menjalani hukuman. Selesai makan, sambung borak-borak sikit dan kemudian aku pun hantar semula dia ke hotelnya. Itu sahajalah catatan untuk kali ini. Hingga bertemu lagi dalam catatan yang lain.
sedapnya pekena nasik kandaq ye.
BalasPadamPekena nasi kandarlah kawan datang dari KL. Padahal KL pun dah merata-rata ada nasi kandar kan.
Padambest dpt jumpa kwn2 sepengajian. mesti ada sesi mengimbau kenangan zmn study
BalasPadamBiasanya akan selit cerita tentang kawan-kawan yang lain. Paling mengejutkan adalah apabila tahu ada kawan lain sedang hadapi hukuman penjara.
Padambila lama tk jmpa sahabat lama pasti byk cerita..mmg gigih kena attend kursus di hari cuti umum
BalasPadamItulah, katanya sebab nak compactkan masa supaya boleh release last day kursus.
PadamBiasanya macam tu lah bila zaman study. Course lain tapi boleh je ngam jadi kawan. Alhamdulillah ada juga peluang dapat berjumpa dan makan bersama. Mesti banyak ceritanya sesekali berjumpa ni.
BalasPadamYa. Walaupun fakulti lain, masih berkawan. Kalau lelaki biasanya asalkan satu kepala boleh sahaja berkawan walaupun tak ada mutual. Banyak juga ceritanya.
Padamyelah kan...lelaki macam senang je nak click in dengan sesapa. gi main bola saja2 je join team kat padang tiba-tiba dah jadi kawan.
PadamWalaupun sekejap, momen spontan macam “kidnap” kawan dari kursus ni selalunya paling jadi kenangan.
BalasPadamNasib kena waktu cuti. Sempatlah nak kidnap sekejap.
PadamMesti banyak imbau kenangan dulu²
BalasPadamBetul tu. Banyak juga kenangan terhimbau. Kalau lagi ramai lagi syok sebab boleh membahan seseorang tu. Kalau berduanya kurang sedikitlah.
PadamBaguslah masih ada connection dengan kawan-kawan lama.. semoga ukhuwah terus terjalin.
BalasPadamAlhamdulillah, ramai kawan-kawan lama masih in contact.
PadamGembira bisa bertemu sahabat lama . Saya belum coba resto kayu nasi kandar itu, walau dah seriiiing dengar namanya 😄. Nantilah ke Penang lagi nak coba nasi kandar yang lain. Selalu nya deens maju saja 😂.
BalasPadam