Assalamualaikum dan selamat petang.
Baru-baru ni sempat ke Bangkok sekejap kerana menemani isteri yang ada bengkel di sana. Mulanya wife hanya ajak Eryna sahaja tapi entah macam mana aku rasa teringin pula nak ikut sekali. Pertamanya kerana belum pernah lagi ke Bangkok. Satu lagi rasa nak bercuti lama sikit untuk melarikan diri dari kebiasaan sehari-hari. Apapun kami bila join trip kerja ni, dapatlah jimat bayaran untuk bilik hotel sedikit. Mana yang lebih tu kena top-uplah.
Perjalanan smooth sahaja nak masuk ke Bangkok ni, tak macam Singapore yang suka treat orang macam penjenayah. Sampai di Airport Suvarnabhumi dah petang, bila waktu petang di Bangkok ni masalahnya adalah jem. Perjalanan ke hotel ambil masa sampai 1 jam. Apapun untuk booking Grab tak perlu setting apa, asalkan dah link dengan card dan mungkinlah card tu kena allow untuk boleh guna di luar negara semuanya smooth sahaja. Apapun bila dia tengok charge dalam duit RM memang perasan ada tinggi sikit tukaran wangnya berbanding harga dalam matawang bath.
Mulanya wife nak upgrade bilik supaya dapat bilik yang ada dua katil, tapi dah fully book. Nasib baik dalam bilik ada macam sofa tempat duduk yang boleh buka jadi katil. So bolehlah juga jadi tempat tidur tidur extra. Kami semuanya bertiga. Selesai mandi dan solat aku pun secara automatiknya terus cari apa yang ada di persekitaran hotel kut-kut ada kedai makanan halal yang dekat. Jumpalah Samat Muslim Food (Halal). Senang letak terus sebagai nama restoran, bila orang search perkataan halal akan terus jumpa. Strategi perniagaan juga tu.
Bila Grab drop kami sebenarnya tak nampak pun kedai tu, katanya di depan sikit cuma dia kena drop awal kerana jalan tutup katanya. Sebenarnya aku rasa driver Grab tu pun tak tahu mana lokasi ni, nampak macam mula tu dia tercari-cari. Bila dah keluar dari kereta aku pun cuba cari guna Google Maps, aku ni sebenarnya bila jalan kaki memang susah nak faham Google Maps. Sampai terpaksa tanya seorang perempuan bertudung di jalan.
Aku rasa walaupun bertudung mereka ni tak pandai bahasa Melayu, tak sama macam di Selatan Thailand. Rupanya kedai tu di seberang jalan sahaja, kena naik jejantas untuk melintas jalan. Lega bila masuk kedai adalah nampak orang Melayu dan muslim lainnya yang makan di situ. Kedainya kecil sahaja, dan masa kami sampai ada satu meja kosong. Rezeki betul. Kami order nasi putih, tomyam seafood, kailan ikan masin dan sotong goreng tepung. Semuanya main tunjuk-tunjuk sahaja kerana rasanya mereka tak pandai bahasa Melayu atau English. Menu-menu ni adalah antara apa yang kami biasa pesan di kedai bila di Malaysia. Sengaja nak bandingkan rasanya.
Satu persatu menunya sampai, fuh memang betul orang kata tomyam di Bangkok ni sedap betul rasanya. Kalau dibandingkan memang jauhlah rasa sedapnya berbanding di Malaysia, bahan-bahannya cukup, lauk dalam tomyam seafood itu betul-betul berbaloi, ada sotong, udang, kepah yang besar-besar. Rasa tomyamnya pedas, sampai terpaksa pesan air mineral tambahan buat menghilangkan pedas. Sayurnya pun sedap dan sotong gorang tepungnya juga berbeza dengan yang biasa dimakan, tepungnya ada campur bahan lain sebagai bancuhannya. Rasa melekat elok dengan sotongnya dan agak rangup juga. Puas kami bertiga makan. Total kos dalam RM70+. Rasa berbaloi untuk pengalaman makan malam pertama di Bangkok.
| Tak dapat duduk satu row, dalam 2 jam lebih sikit dari KLIA. |
| Check-in Pullman King Power, Bangkok. |
| Tomyam yang akan sentiasa teringat-ingat. Banyak lauk di dalamnya. |
| Sayur kailan ikan masin. |
| Besar udangnya. Ada 4 ekor udang dalam semangkuk tomyam ni. |
Ini pula sotong gorengnya, di atasnya ditaburkan tepung yang rangup-rangup. |
Sekian dahulu, nanti sambung lagi insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan