Memaparkan catatan dengan label Blood Donation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blood Donation. Papar semua catatan

Selasa, Disember 30, 2025

Penutup Derma Darah Tahun 2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni aku telah merajinkan diri untuk derma darah, supaya dapat cukupkan 3 kali derma darah setiap tahun. Walaupun kita boleh derma setiap 3 bulan, biasanya untuk dapat 4 kali setahun tu susah juga kerana kadang kurang sihat, kadang baru balik dari luar negara dan kadang tu semangat tak sampai. Alhamdulillah tahun ni cukup tiga, bila aku semak balik buku derma darah, kebanyakan tahun dapat tiga kali tapi ada juga yang 2 kali sahaja. Nanti 2026 kita cuba lagi 3 kali. 

Kali ni derma darah dapat goodies berupa mug bertulis "I'm a blood donor", cantik juga mugnya. Dan macam biasa dapat air mineral 2 botol, air kotak milo 2, air kotak laici 2, biskut 4 pak kecil dan 2 pak milo 3 in one. Banyak juga tu, bolehlah jadi stok di pejabat. 

Rabu, April 16, 2025

Derma Darah Bilangan Pertama 2025

Jadikan sebagai aktiviti rutin.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Awal pagi tadi sempat melayari beberapa catatan pada blog-blog yang diikuti. Entah macam mana terbaca catatan berkaitan derma darah di sini. Teringat pula yang selepas masuk kerja dari cuti raya tempoh hari ada menderma darah lantaran teringin pula membuat catatan berkenaannya di sini.

Sebenarnya dalam satu tahun seorang yang selalu menderma darah pun biasanya dua atau tiga kali sahaja dapat menderma. Antara sebabnya orang yang baru balik dari luar negara perlu tunggu dahulu sebulan walaupun dari segi masanya dah boleh menderma. Dari segi masa seorang boleh menderma setiap tiga bulan. Satu lagi bulan puasa, selalunya orang kurang semangat nak derma darah di bulan puasa. Mungkin takut ada masalah apa-apa atau mungkin bulan puasa ni agak suntuk masanya dan perlu sedikit sebanyak kurangkan aktiviti. Jika seseorang menderma di bulan puasa kira hebatlah, masa baca catatan rakan blogger tu baru tahu ada juga pusat derma darah yang buka waktu malam. Bagus juga pendekatan tu kerana biasa pusat derma ni di dalam hospital dan waktu bekerja memang paling  masalah sekali ialah isu parking kereta di hospital. Kadang tu orang jadi malas nak menderma kerana masalah parking. Apapun biasanya ada juga disediakan parking untuk penderma cuma bila kena nasib tak baik kenalah juga cari parking jauh dan berisiko kena saman.

Bila aku tengok semula buku derma darah aku, baru penuh satu muka surat iaitu 15 kali derma. Sikitlah tu berbanding suami rakan blogger tu dah dekat 40 kali. Apa pun sebolehnya sementara masih layak untuk menderma ni bantulah. Perasan bulan puasa dan lepas raya stok darah amat kurang. Ada juga aku share panggilan derma darah dari Hospital Pulau Pinang di laman fb.

Rabu, Februari 21, 2024

Derma Darah Jenis O

Assalamualaikum dan selamat malam. Ada ke yang baca blog malam2? Aku jarang baca blog malam2 ni. Nak buat catatan untuk hari ini sikit, sikit sahaja tak mau panjang2. Pagi tadi lepas sarapan nasi lemak aku pun menuju ke tempat derma darah di hospital tempat aku kerja. Oh ya sedar tak sedar dah sebulan balik dari perjalanan umroh. Nanti aku update lagi pasal umroh kerana ada ceritanya lagi. Untuk menderma darah, di antara syaratnya seseorang itu perlulah telah sebulan balik dari luar negara. Jika kurang makan kena tunda supaya cukup sebulan. Aku tak pasti apa sebabnya, mungkin risaukan penyakit yang dibawa dari luar negara kut. 

Aktiviti menderma darah ini telah aku jadikan rutin sejak dari 5 tahun lalu. Apabila kita menderma darah, untuk menderma darah lagi kita perlu tunggu sekurang2 3 bulan. Aku biasanya ngam2 3 bukan atau lebih2 sikit aku akan derma semula. Dah alang2 kerja dekat hospital ni jadi rajinlah untuk menderma darah. Jika satu masa nanti aku bekerja di tempat lain mungkin akan sukar sedikit. Kadang2 kita berada di sesuatu tempat itu ada tujuannya yang kita tidak nampak, cuma kita sahaja yang perlu merebut peluang itu. 

Selesai menderma darah, aku pun tambahlah makan2 dan minum2 sikit dahulu untuk menambah tenaga. Sebelum2 ini ada dibancuhkan Milo di tempat derma darah, tapi last 2 kali aku menderma dah tak ada dibancuhkan air. Cuma penderma darah akan dapat Milo 3 in 1, air mineral, air kotak dan biskut. Selepas tu ada masalah printer di salah satu wad. Nak kena repair dan kerjanya nak kena angkat printer yang berat sekali. Ikutkan selepas menderma darah tak boleh buat kerja berat tapi sebab dah tak ada orang lain dah terpaksalah juga. Oklah tiada apa2 yang berlaku, cuma kena lebih hati2 lah. 

Berkenaan derma darah ini, aku ada buat catatan di fb juga, ayatnya berbunyi begini; "Sifirnya begini; sebelum didiagnosis dengan penyakit yang boleh menghalang pendermaan darah, eloklah kita menderma darah dahulu." Maksudnya sementara boleh menderma darah ni kita dermalah. Akan datang mungkin dah tak boleh nak menderma atau dah tak sesuai lagi. Setakat ini sahaja catatan pada malam ini. Selamat malam.  

Rabu, Jun 21, 2023

Jom Derma Darah

Assalamualaikum semua. Setelah terhenti sekejap dari mengepos apa2 entri baharu akhirnya ada jua kekuatan untuk mengupdate lagi si sini. Hari ni nak update sikit pasal aktiviti menderma darah pagi tadi di Hospital Seberang Jaya. Sebenarnya aku selalu jugalah menderma darah, cuma dah terhenti sekejap dalam 7 bulan sebab ada sekali tu aku tak lepas untuk menderma darah. 

Semalam sewaktu nak balik kerja terperasan ada staf bank darah pasang banner untuk program ni. Sebenarnya hari2 biasa pun kita boleh menderma darah cuma kali ni dibuat istimewa sedikit kerana pada 16 Jun adalah diisytiharkan Hari Derma Darah Sedunia. Ada juga penyertaan dari syarikat luar iaitu Bank Muamalat dan juga Vico untuk kempen kali ini.

Pukul 8.30AM aku dah sampai ke tempat kempen ini dijalankan, sambil2 aku tengok2 projektor lepas tu aku terus isi borang. Jadilah aku penderma pertama untuk program kali ini. Berpeluang juga untuk sembang2 kecil dengan boss Bank Darah. Disebabkan saringan lepas dan cantik bacaannya dapatlah aku jadi peserta paling awal. Bagi yang tak pernah derma darah mungkin tertanya2 apa rasanya? Jawapannya tak rasa apa pun, waktu cucuk jarum tu sama sahaja macam cucuk jari nak vaksin tu. Prosesnya sekejap sahaja dan hanya 450ml sahaja darah diambil. Sebelum menderma sama rasanya dengan selepas menderma. Cuma lepas menderma tu minumlah minuman manis sikit contohnya Vico ke. 

Selepas menderma ada dapat goodies iaitu payung, sebenarnya boleh pilih dari baberapa item dan aku pilih payung. Boleh guna teruskan. Selain itu dapat juga RM50 dalam bentuk bukan akaun Bank Muamalat. Nanti nak kena pergi ke bank untuk bukan akaun. Dah siap derma darah jangan lupa set reminder untuk menderma lagi selepas tempoh 3 bulan.