Memaparkan catatan dengan label computer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label computer. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 14, 2025

Upgrade Laptop Sendiri Pula

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Lepas buat catatan ni nak berjalan kaki ke masjid. Di antara sunnah yang boleh dilakukan untuk ke masjid ialah sunnah berjalan kaki ke masjid. Hari ini adalah hari ke 13 kita berpuasa, kalau di Indonesia dah hari ke 14. Bolehlah kita ambil masa sedikit untuk fikirkan apa yang berlaku sepanjang 13 hari ni memandangkan tinggal lagi separuh sahaja Ramadan. Sedar tak sedar nanti ia akan meninggalkan kita. Kemudian baru kita nak tanam azam kalau Ramadan sekali lagi nak buat itu dan ini. Di waktu masih tersisa ini selesaikan apa yang wajib bagi kita, antaranya zakat. Ramai yang terlepas pandang bab zakat, kena belajar jenis zakat, apa yang diwajibkan atas kita, dan saya cadang selesaikan zakat dalam bulan Ramadan. Lihat juga keutamaan kita dalam beramal, ada yang wajib dan ada yang sunnah. Pastikan yang wajib tip top baru laksanakan sunnah dengan banyak dan konsisten. Hindarkan diri dari banyak bercakap yang sia-sia. Jangan tengok video yang bermuzik, banyak mempamer aurat dan yang sia-sia (Kalau tengok FYP TT memang tak boleh nak jaga). Jaga hubungan dengan Al-Quran, tilawahnya dibanyakkan, tadabbur ayat-ayatnya, tajamkan hafalan sedia ada dan tambah hafalan surah atau ayat baru.

Dalam pada aku membaiki laptop orang kadang-kala laptop sendiri tak upgrade-upgrade. Jadi baru ni ada customer minta ganti screen laptop dia yang bergegar, masa order screen baru aku order sekali screen laptop sendiri. Walau pun tak rosak kadang laptop asal yang kita beli resolutionnya rendah dan sebenarnya boleh upgrade ke full hd punya resolution. Pada aku sekarang ni kalau nak pakai laptop kena pastikan screennya full hd iaitu 1920x1080 pixel. Kalau guna rendah dari tu mesti susah nak buat kerja nak-nak kalau guna software yang baru. Web app dan website pun sekarang lebih selesa diview dengan fhd resolution. Lepas tukar mesti akan cakap dalam hari, kenapalah tak buat dari dulu. 

Satu lagi upgrade yang aku buat selain screen ialah wireless card. Ini pun boleh diupgrade bagaimana pun kena buat research dahulu sebab bukan semuanya ngam. Sebelum upgrade pada network yang sama saya dapat 300Mbps tetapi selepas upgrade dapat 600Mbps. Selalunya orang akan blame telco atau wifi tetapi ada kemungkinan limitas device kita sendiri. Bila upgrade rase respond web lagi tip top. Aku jenis suka buka banyak tab pada browser jadi lepas ni boleh buka banyak lagi tab huhuhu.

Dah nak pergi masjid dulu. Pada rakan-rakan blogger bulan Ramadan ni blog-walking bikin lapar kan. Nanti letak caption.

Isnin, Mei 20, 2024

Win Debloat Tools

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni nak kongsikan sedikit perkara agak teknikal berkenaan Windows 11. Seminggu dua terpaksa sibukkan diri buat maintenance komputer-komputer di tempat kerja. Selalu terjumpa komputer dengan Windows 11 yang masalahnya slow. Slownya macam ada something yang tak kena. Jadi aku cari-cari bagaimana nak debloat Windows 11. Apa itu debloat? Microsoft Windows dari dahulu selalu menginstallkan software atau services yang tidak perlu. Nak cari dan buang satu-satu bukan perkara yang mudah. 

Salah satu tools yang aku jumpa untuk Debloat Windows 11 ialah Win Debloat Tools. Tools ni boleh di download melalui link yang akan aku letakkan di bawah catatan ini. Selain dari debloatkan sistem kita ada juga tool-tool lain dari perisian ini yang aku masih belum cuba. Akan datang akan aku teroka lagi apa yang boleh di buat oleh aplikasi ini. Kepada yang menggunakan Windows 11 dan hendak mencuba bolehlah cuba untuk meringankan sedikit sistem komputer anda. Sekian dahulu catatan ringkas untuk kali ini. Link downloadnya ada di bawah.

Rabu, Jun 28, 2023

Computer BIOS Update


Assalamualaikum. Pagi ni saya check system update laptop Dell Inspiron 3480 saya menggunakan applikasi SupportAssist dari Dell. Dari semakan dapat makluman ada update untuk BIOS.
Dell Inspiron 3480/3580/3583/3780 and Vostro 3480/3580/3583 System BIOS
This package contains the Dell system BIOS update. BIOS is a firmware package that is embedded on a small memory chip on the system board. It controls the keyboard, monitor, disk drives, and other devices.
Version: 1.24.1
Category: BIOS
Release Date: June 12, 2023
Last Updated:
Importance: Urgent
File Format:
File Name: Inspiron_Vostro_3480_3580_3583_3780_1241.exe
File size: 16.31 MB
Mungkin tak ramai yang ambil peduli sangat tentang BIOS update ni tapi bagi saya kita kena pastikan komputer yang kita gunakan sentiasa up-to-date, apatahlagi jika tahap important ada urgent. Jadi saya sedang dalam proses update, sambil tu saya buat catatan sedikit diblog. Selepas selesai update biasanya komputer perlu di restart. Kalau nak tanya apa2 pasal BIOS update boleh comment di bawah.

Selasa, Disember 21, 2021

All USB Port Not Functioning

Problem USB port desktop PC semua tak function. Bila semua tak function PC dah tak boleh guna melainkan kalau ada port PS2 yang mana PC kebanyakannya dah tak ada port ni. Selain tu mungkin boleh guna slot PCIE. 

Bila inspect board jumpa ada chip terbakar. Nak bagi USB function balik buang cip tu dan tada 🎉. Semua function balik. Kalau tak function tadi kena tarik satu wayar ke slot USB satu lagi. Cuma solution ni shortcut untuk bagi function sahaja. USB mungkin dah tak ada protection incase USB device ada problem. Setakat mouse, keyboard & pendrive oklah. Lain2 device yang murah2 tak ada cop SIRIM hindarkan. 


Cip yang dah terbakar



Cip telah dibuang


Selasa, Disember 08, 2020

Goodbye, another power supply.

While troubleshooting #PC, you might need to on and off power frequently. Doing that might lead to another problem which is the death of power supply. Goodbye, another power supply.

Isnin, Mac 30, 2020

64-bit Windows XP

Zaman Windows XP dulu nak jumpa machine yang support 64-bit punya lah susah. Kebanyakkannya masih pakai 32-bit. Masa tu workstation yang hi end je pakai 64-bit processor architecture.

Jumaat, Mei 16, 2014

Update OS



Antara pengharapan palsu setiap kali update OS ialah sistem akan jadi laju. Rasa laju sbb masa install tu semua cache, temp file, dump file semua diclear. Sebab tu feel laju seketika. 


Sabtu, April 30, 2011

Remember this?



Teringat masa study kat UM dulu, masuk lab kat FSKTM berjam2 semata2 nak download mp3, nak bawak balik kena pecah2kan masuk 3-4 disket. Balik2 nk gabung balik tiba2 error pulak frust betulkan.

Khamis, November 20, 2008

Virus serang 500,000 komputer

Virus serang 500,000 komputer:

"LONDON: Pengguna internet di seluruh dunia diingatkan berwaspada berikutan ancaman serangan 'kemuncak' virus secara besar-besaran pada Isnin depan yang turut disifatkan hari paling buruk bagi serangan virus seumpamanya.

Akhbar The Guardian melaporkan semalam, amaran oleh pakar keselamatan komputer itu dibuat berdasarkan analisis maklumat mengenai virus dan cecacing internet merangkumi lebih 500,000 komputer di seluruh dunia.

Selain amaran peningkatan ancaman dan serangan virus pada November dan Disember, pakar keselamatan komputer juga mengingatkan ancaman lain.

Ini disebabkan pengiklan dan penyangak sudah cuba menggunakan populariti bakal Presiden Amerika, Barack Obama sebagai muslihat memperdaya pengguna memuat turun virus.

Berikutan itu, pakar keselamatan daripada syarikat PC Tools menyifatkan tarikh 24 November sebagai berkemungkinan menjadi hari kemuncak serangan dan kemuncak kegiatan virus bagi 2008.

Data 2007 menunjukkan kemuncak serangan virus, cecacing dan ancaman lain berlaku tiga hari sebelum cuti umum 'Thanksgiving' Amerika Syarikat, yang meramalkan keadaan sama mungkin berulang tahun ini.

Syarikat itu mendakwa peningkatan kegiatan virus itu juga berkemungkinan disebabkan meledaknya kegiatan beli-belah menerusi internet menjelang Krismas. Agensi "


p/s: jaga2 semua. jgn bukak email sembarangan.