Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Isnin, April 10, 2023

Oh Allah, Don't Make This World Our Biggest Concern

Oh Allah, Don't Make This World Our Biggest Concern

Tengah duk browse2 gambar lama terjumpa gambar ni. Mungkin nak tegur diri ini untuk tidak menjadikan urusan dunia sebagai keutamaan terbesar. Sekarang ni banyak sekali terima berita orang itu tiba2 sakit, orang itu tiba2 dan meninggal. Perlulah kita sentiasa menginsafi tujuan kita hidup ini yang utamanya adalah sebagai mengumpulkan bekalan untuk kehidupan sebenar di akhirat nanti.

Khamis, Mac 31, 2022

Lelah Dan Letih Selama Di Dunia Sentiasa Menjadi Bekal Kebajikan Di Akhirat Kelak

 

Assalamualaikum, pagi ni sempat membuat simple graphic menggunakan app Studio by GoDaddy. Cari-cari app Over tak jumpa rupanya mungkin GoDaddy dah beli app Over ni. Sumber teks tak dapat dikenal pasti tapi text ini pernah diposkan pada facebook status beberapa tahun yang lalu.

Kehidupan dunia memang melelahkan. Tapi jangan sampai melemahkan akhirat kita.
Di antara petikan doa yang Nabi shallallahu 'alaihi wasallam panjatkan:

اللَّهُمَّ اجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Ya Allah, jadikanlah kehidupan ini tambahan untukku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku dari seluruh keburukan. (HR. Muslim: 2720)

Seperti juga susah dan senang, kehidupan maupun kematian keduanya adalah baik bagi hamba yang beriman.

Lelah dan letih selama di dunia, sentiasa menjadi bekal kebajikan di akhirat kelak.

 Begitulah petikannya.

Isnin, Oktober 28, 2013

Allahummar hamna bil Quran

Allahummar hamna bil Quran
waj’alhu lana imaamau wa nuurau wa hudaw wa rahmah
Allahumma dzakkirna minhu maa nasiina
wa ’allimna minhumaa jahiilna
warzuqna tilaawatahu
aana al laili wa athrofannahar
waj’alhu lana hujjatan
Yaaa rabbal ‘alamiin

Ertinya:

Ya Allah kasih sayangilah daku dengan sebab AlQuran ini
Dan jadikanlah AlQuran ini sebagai pemimpin, sebagai cahaya, sebagai petunjuk dan sebagai rahmat bagiku
Ya Allah ingatkanlah daku apa-apa yang aku lupa dalam AlQuran yang telah Kau jelaskan
dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui
Dan kurniakanlah daku selalu sempat membaca AlQuran
pada malam dan siang hari
Dan jadikanlah AlQuran ini sebagai hujjah bagiku
Ya Allah Tuhan semesta alam

--
3 bulan 1 minggu.

Sabtu, Februari 04, 2012

Doa dari Al Quran: Surah Ali Imran ayat 8

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

 

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Jumaat, Februari 03, 2012

Doa dari Al Quran: Surah Al Furqan ayat 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Sabtu, Januari 28, 2012

Doa dari Al Quran: Surah Al Kahfi ayat 10

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

Doa dari Al Quran: Surah Al Baqarah ayat 127-128

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Doa dari Al Quran: Surah Toha ayat 25-28

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku;