Rabu, Januari 02, 2008

Minah rempit rupa-rupanya pondan

MELAKA: Seorang remaja yang disangka Minah Rempit yang menyertai kumpulan rempit lain untuk bersuka ria sempena menyambut tahun baru awal pagi semalam sebenarnya seorang pondan.

Lelaki berusia 22 tahun itu yang berpakaian kemejaT ketat, berseluar denim sendat dan berambut panjang itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi ketika menaiki motosikal dalam operasi bersepadu awal pagi, semalam.

Remaja terbabit dikatakan keluar bersiar-siar di sekitar bandar ini dengan motosikal selepas pulang dari tempat kerja sebelum ditahan dalam satu pemeriksaan jalan raya di Jalan Tun Perak.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata remaja terbabit pada mulanya ditahan untuk pemeriksaan biasa pihak polis.

Katanya, selepas mendapati ada sesuatu yang tidak kena dan apabila diminta menunjukkan kad pengenalan, didapati dia seorang lelaki lalu terus dirujuk kepada pegawai penguat kuasa Jaim yang bertugas dalam operasi itu.

"Selepas mendapati remaja itu sebenarnya lelaki tetapi berlagak sebagai wanita, kami terus menahannya untuk siasatan lanjut," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Operasi bersepadu selama lima jam bermula jam 12 tengah malam itu turut disertai polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela). Operasi tertumpu kepada kegiatan lumba haram dan khalwat terutama menjelang sambutan tahun baru.

Rahimin berkata, seorang lagi lelaki berlagak wanita turut ditahan setengah jam selepas remaja terbabit ditahan. Link

Lupuskan Pinjaman PTPTN anda???

p/s: dapat email spam ni pagi tadi. macam2 cara org nak tipu. jgnlah mudah percaya!

Lupuskan PTPTN Anda

Maklumat...

SphiNx Team adalah pertubuhan rahsia dimana sebahagian kecil dari kami mempunyai agenda tersendiri. Malah kami mempunyai akses ke bahagian administration yang anda fikir ianya adalah mustahil.

Sekitar lewat tahun 2006, kita digemparkan dengan "untraceable" peminjam PTPTN. Seseorang yang harus bayar RM18,000.00-RM30,000.00 dalam masa 6 bulan selepas tamat pengajian, tidak perlu membayar satu sen pun kerana rekod pinjamannya hilang tanpa dapat dikesan kerana PTPTN menggunakan sistem manual. Anda fikir ia satu kebetulan? Fikirkan lagi..

Pada pertengahan tahun 2007, kerajaan mula memberi perhatian kepada isu peminjam PTPTN, dimana sekarang mereka menggunakan teknologi canggih untuk menyimpan, update dan lupuskan sesuatu pinjaman secara online. Satu lagi kesilapan terbesar kerana menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada teknologi canggih.

Perkhidmatan...

Kami menawarkan perkhidmatan melupuskan pinjaman PTPTN anda kurang dari masa 15minit. Anda tidak lagi erlu risaukan bayaran pinjaman yang membebankan. Perkhidmatan kami adalah cepat dan selamat. Sediakan bayaran sebanyak Rm2000.00 atau USD600 (E-gold only). Proses bayaran hanya menggunakan E-gold. Tetapi jika anda tidak mempunyai egold jangan risau kerana anda boleh tukarkan duit RM ke E-gold melalui "Exchanger". Dapatkan akaun Egold secara percuma di SINI (link telah dibuang). Kemudian anda boleh dapatkan E-gold di senarai exchanger di bawah:

1. WannaGold (link telah dibuang)

2. Evogates (link telah dibuang)

3. AsianaGold (link telah dibuang) (Diiktiraf oleh E-gold sebagai Legit Exchanger (link telah dibuang))

Jika anda tidak mahu membuka akaun E-Gold, anda boleh deposit terus ke akaun E-Gold Kami. Kami akan memberikan No akaun E-Gold Kami untuk anda melalui e-mail



Kami juga menyediakan perkhidmatan tambahan:

**Menaikkan markah ( Hanya USM, UUM, UTM, UPM dan UKM sahaja)


Lupuskan PTPTN Anda (link telah dibuang)

Maklumat...

Sekitar lewat tahun 2006, kita digemparkan dengan "untraceable" akaun para peminjam PTPTN. Seseorang yang harus bayar RM18,000.00-RM30 ,000.00 dalam masa 6 bulan selepas tamat pengajian, tidak perlu membayar satu sen pun kerana rekod pinjamannya hilang tanpa dapat dikesan kerana PTPTN menggunakan sistem manual. Anda fikir ia satu kebetulan? Fikirkan lagi..

Pada pertengahan tahun 2007, kerajaan mula memberi perhatian kepada isu peminjam PTPTN, dimana sekarang mereka menggunakan teknologi canggih untuk menyimpan, update dan lupuskan sesuatu pinjaman secara online. Satu lagi kesilapan terbesar kerana menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada teknologi canggih.

Perkhidmatan...

Kami menawarkan perkhidmatan melupuskan pinjaman PTPTN anda kurang dari masa 15minit. Anda tidak perlu lagi risaukan bayaran pinjaman yang membebankan. Perkhidmatan kami adalah cepat dan selamat. Sediakan bayaran sebanyak Rm2000.00 atau USD600 (E-gold only). Proses bayaran hanya menggunakan E-gold. Tetapi jika anda tidak mempunyai egold jangan risau kerana anda boleh tukarkan duit RM ke E-gold melalui "Exchanger".

Untuk maklumat lanjut, lawat laman web kami di (link telah dibuang)

Rahsia pelanggan adalah keutamaan kami. Data peribadi anda tidak akan dapat dikesan setelah rekod dimansuhkan oleh kami

Kami juga menyediakan perkhidmatan tambahan:

**Menaikkan markah ( Hanya USM, UUM, UTM, UPM dan UKM sahaja)