ISU ajaran sesat Ayah Pin kembali heboh diperkatakan dan di Terengganu, jualan sesetengah akhbar dilaporkan meningkat sejak seminggu dua ini ekoran minat orang ramai mengikuti perkembangan terkini kisah tersebut.
Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, sendiri mungkin tidak menyangka usahanya untuk `mengaktifkan' semula kegiatannya bermula tahun lalu berdepan dengan beberapa siri rintangan.
Antara rintangan itu adalah tindakan Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis pada April lalu untuk merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan `Kerajaan Langit' di Batu 13, Hulu Besut.
Bagaimanapun, isteri Ayah Pin selaku pemilik geran tanah di markas melalui peguamnya telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan notis tersebut. Setelah berjaya buat sementara waktu menghalang Pejabat Tanah merobohkan premis dan replika di markasnya, Ayah Pin dikejutkan pula dengan serbuan pihak berkuasa ke atas markasnya dan berakhir dengan penahanan 21 pengikutnya pada 2 Julai lalu.
Semua 21 pengikutnya bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 seorang. Ketika itu, banyak pihak hairan bagaimana kumpulan itu mendapat wang jaminan sebanyak RM21,000 dengan begitu cepat.
Pada ketika Ayah Pin leka sementara menunggu tarikh perbicaraan 21 pengikutnya, markasnya diserbu pula oleh sekumpulan 40 hingga 50 lelaki bertopeng pada 18 Julai dan dua hari kemudian oleh polis dan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
Kini, 45 pengikutnya terpaksa melalui proses perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Besut, manakala, tiga anak Ayah Pin dibebaskan dari tuduhan menghina agama Islam atas permohonan pihak pendakwa.
Ayah Pin dan keempat-empat isterinya sehingga artikel ini ditulis, tidak diketahui lokasi persembunyiannya dan gerakan memburu terus dilancarkan oleh JHEAT dan polis. ~more
Tiada ulasan:
Catat Ulasan