Rata-rata ramai yang keliru, marah dan tidak dapat menerima tafsiran perlakuan sumbang dan lucah sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden MCA yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ong Ka Ting baru-baru ini.Related post: blog, melayu, malaysia, islam, politic
Menurut Ong perlakuan tersebut sebenarnya merujuk kepada:Pasangan yang melakukan aksi melampau seperti berbogel atau melakukan aktiviti seks.
Bermakna hanya apabila pasangan atau sesuatu kumpulan itu berbogel ataupun melakukan aksi seks di khalayak ramai barulah ia dianggap sebagai perlakuan sumbang ataupun lucah. Ketika itu barulah penguatkuasa PBT boleh mengambil tindakan.
Ong mungkin mentafsir perlakuan tersebut menurut kaca mata barat ataupun menurut selera peribadinya ataupun apa sahaja namun ianya nyata dan jelas tersasar dan tergelincir dari landasan Islam dan adat serta budaya Melayu.
Islam dilahirkan untuk membentuk akhlak dan moral umat manusia dan budaya Melayu sendiri sungguh kaya dalam mempertahankan maruah dan harga diri bangsanya. ~lagi ....
Rabu, April 19, 2006
Mufti Perak tolak tafsiran Ka Ting
Mufti Perak tolak tafsiran Ka Ting:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan