MELAKA: Tembelang seorang remaja yang cuba menyorok perbuatan sumbang dengan teman wanitanya selepas ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) terbongkar apabila kondom yang digunakannya terlucut dan jatuh melalui kaki seluarnya ketika masuk ke pintu pejabat Jaim untuk soal siasat, semalam.
Kejadian itu disedari seorang kakitangan Jaim yang mengiringi pasangan terbabit untuk dibawa masuk ke tingkat satu pejabat itu.
Ketika masuk ke pejabat, kakitangan berkenaan terlihat satu kondom di lantai hadapan pintu dan terus memanggil remaja lelaki berkenaan dan bertanyakan mengenai kondom itu.
Remaja berkenaan mengakui kondom itu terlucut daripada anggota sulitnya.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pasangan terbabit ditahan pegawai syarak Pengkalan Badak di Tehel dekat sini, selepas mendapat aduan mereka berdua-duaan dalam kereta di sebuah kebun getah di kawasan itu.
Menurutnya, berdasarkan laporan, pegawai syarak berkenaan bersama beberapa saksi tiba di tempat kejadian kira-kira jam 10.30 malam dan menghampiri sebuah kereta Proton Iswara.
"Ketika menjenguk ke dalam kenderaan itu terlihat lelaki dan wanita di dalamnya dan selepas memperkenalkan diri, mereka meminta dokumen pengenalan masing-masing.
"Ketika itu, pasangan lelaki berusia 19 tahun dan wanita berusia 24 tahun lengkap berpakaian.
"Selepas mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan berkurung di tempat sunyi sehingga menimbulkan syak, pasangan terbabit terus ditahan," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Rahimin berkata, pasangan terbabit diserah kepada pegawai penguat kuasa Jaim untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, lokasi tempat mereka ditahan agak jauh dari rumah penduduk dan terletak kira-kira enam kilometer daripada jalan besar berhampiran.
"Ketika tiba di Jaim, kami menyedari kondom terlucut itu dan ia diambil untuk dijadikan bahan bukti.
"Mereka mengakui melakukan hubungan seks dengan kerelaan sendiri sebelum ditahan dan masing-masing sempat menyarung pakaian kecuali pakaian dalam apabila menyedari terdapat kereta menghampiri mereka.
"Pasangan itu juga mengakui itu kali kedua mereka melakukan perbuatan itu," katanya
Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana berkurung dan bersunyian dengan bukan mahram.
Katanya, sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.
Related post: news, melayu, malaysia, lucah, berita
benda trjadi coz dia orang cari
BalasPadamkalu ada photo cntik send le kat gue...
Ya Allah,kau lindungi umat Islam dari terus hanyut dek kepesatan sosial tika ini..kau lindungi kami dari terjebak dengan dosa ini.-amin-
BalasPadamTidak lama dahulu, ahli2 ARKEOLOGI tlh mjumpai sbiji batu (tablet) Zaman Assyria..
BalasPadamPada batu itu tcatat tulisan kuno yang berbunyi:
"DUNIA SEMAKIN ROSOK.. TERDAPAT BANYAK TANDA-TANDA YANG DUNIA HAMPIR KIAMAT..RASUAH SUDAH MENJADI PERKARA BIASA"
"KANAK-KANAK MENJADI SEKIN KURANG AJAR, MEREKA TIDAK LAGI BERDIRI APABILA ORANG YANG LEBIH TUA MASUK KE BILIK, MELAWAN CAKAP IBU BAPA, MAKAN DENGAN GELOJOH, DUDUK BERSILANG KAKI, BERKASAR DENGAN GURU & BERANI MEMBUAT BENDA-DENDA YANG TIDAK SENONOH...
PLATO, pemikir tkenal Yunani yg juga murid kepada SOCRATES, dlm slh 1 klsnya pernah bertanya kpd para pelajarnya, " Apakah yg sedang blaku pd golong muda kita..
"Mereka tdk hormat pd ibu bapa, mereka melanggar undand-undang, murusuh & mnuduh yg bukan-bukan..
Nilai moral dalam diri mereka semakin teruk..
Apakah yg akan tjadi pada anak muda kita nanti...?????
RENUNG-RENUNGKANLAH.....