KUALA LUMPUR: Mengaibkan! Begitulah tindakan seorang pengendali laman web tidak bermoral, tergamak memanipulasikan gadis bertudung termasuk aksi seks seorang guru wanita dan pasangan dipercayai sebagai ‘pelaris’ untuk ‘memancing’ pengguna internet tempatan.
Pengendali laman web itu memaparkan gambar adegan seks berkenaan menerusi laman webnya yang mencalar imej gadis atau perempuan Melayu beragama Islam, malah lebih kronik lagi, dia mengaitkan ‘kebodohan’ gadis Melayu dan ‘kelemahan’ lelaki Melayu gagal membela nasib wanita Melayu itu.
Persoalannya, pengendali laman web itu seperti terlepas pandangan pihak berkuasa sungguhpun dengan jelas menjaja bahan lucah dan menjijikkan membabitkan wanita Melayu kepada pelayar web secara percuma.
Justeru, tidak hairan laman web itu mendapat sambutan luar biasa pengguna internet yang ‘gila seks’ sekali gus membolehkan ia sentiasa tersenarai dalam 10 daripada 15 laman web terbaik dan mendapat akses tertinggi di kalangan pengguna internet.
Lebih membimbangkan, pengendali laman web itu turut memberi restu kepada kanak-kanak bawah umur untuk melayari laman web berkenaan dengan mendakwa pemaparan adegan seks dan gambar bogel gadis Melayu itu semata-mata untuk memberi pengajaran.
“Web blog ini dibina bukan untuk memalukan kaum Melayu. Web ini untuk memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja. Dibuka kepada semua lapisan umur. Sebarang kerosakan ke atas komputer anda kami tidak bertanggung jawab,” katanya.
Pemerhatian Harian Metro mendapati pengunjung begitu mudah mengaksesnya dan pelbagai gambar lucah membabitkan adegan seks berahi gadis Melayu bersama pasangan disajikan ketika pertama kali mengunjunginya, tanpa sekatan.
Antara kolum yang mendapat perhatian termasuk,‘Banci Seks, Seks Sebelum Kahwin Terjadi Sebab ??, Ghairah Sangat, Wajib Dilakukan, Ingin Cuba, Tak Tahu Malu, Boleh Dilakukan, Takut Pasangan Curang, Sebagai Tanda Cinta, Saja Gatal dan Halal.
Laman web bertajuk ‘Lembah Seks-Malaysia Boleh-Melayu Boleh’ itu memaklumkan paparan gambar aksi seks membabitkan pasangan kekasih adalah dianggap sebagai rujukan dan pengajaran kepada pelayar internet termasuk himpunan video klip lucah sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini.
Pemerhatian juga menunjukkan laman web itu seperti menghina Islam dan penganutnya apabila mencampur adukkan paparan waktu solat yang diletakkan bersebelahan gambar bogel gadis Melayu dalam pelbagai aksi.
Namun, pengendali web itu seperti ‘membaling batu sembunyi tangan’ apabila berselindung di sebalik identiti palsu, biarpun mendakwa pembela gadis Melayu.
Pengendali laman web itu memaparkan dirinya sebagai wanita terbabit secara langsung dalam industri komunikasi dan media di luar negara iaitu di Bouvet Island di Lautan Atlantik Selatan.
Pemerhatian juga mendapati sambutan begitu menggalakkan disebabkan pengendali web ini memperbaharui ‘isi kandungan’ setiap hari.
Setiap gambar atau video disertakan dengan komen lucah dan merapu bertujuan ‘memancing’ pelayar internet melayarinya.
Laman web ini juga dibina dengan perancangan rapi serta memasukkan bancian pengunjung laman web itu yang menerima undian tidak kurang 2,000 setiap hari.
p/s: sapa lah punya kerja nih :-(
Related post: berita, metro, lucah, blog, melayu
mana url brader ? cerita saja mesti ada bukti.
BalasPadamSo kiranya pompuan Melayu nih suci sangat lah sampai tak boleh dedahkan 'aktiviti - aktiviti' kegemaran they all? It's time kitorang nih sedar sikit, yg bertudung tu tak semestinya bagus sangat.
BalasPadamEh, tolong lah. Aku tgk website nih bukan utk men'syok'kan diri. Aku tgk sekali, mmg jijik. Tak reti malu. Mak bapak hantar pegi universiti utk jadi org berguna, lepas tu boleh jadi bodoh bagi laki tangkap gambar they all bogel. Buat malu kaum je. Macam mana lah Melayu tak mundur?
Ya, for me, that website tu bagi pengajaran. Pengajaran for me supaya didik anak2 aku betul2 supaya takkan jadi macam pompuan2 dan laki2 tak malu dalam website tu.
nape yang bagi komen kat atas ni yang marah lebih2..... artikel ni kan sebagai pengajaran...
BalasPadambenda yang tak baik, nape sampai nak menjaja maruah orang lain...
banyak manalah sangat website yang merapu tu bleh bagi pengajaran wahai cik ynag memberi komen?? bertambah merosakkan lagi masyarakat adala.... orang2 yang tak reti buat keje2 kotor pun bleh jadi pakar....
pengajaran pun iyer, cuma skrg ni org buat duit pulak dari benda2 ni, alahaii
BalasPadam