Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak buat catatan projek-projek DIY. Sebenarnya banyak sahaja aku buat kerja-kerja DIY. Salah satu yang aku suka akhir-akhir ni ialah membongkar jam. Ada beberapa jam yang perlu dibaiki di rumah, ada yang habis bateri dan ada yang tali putus. Ada juga Apple Watch yang rosak semasa di Mekah baru-baru ni. Sampai terbuka screennya. Aku rasa mungkin sebab cuaca terlalu panas dan sebelum ini dah pernah buka screennya untuk ganti bateri. Biasanya kedai yang pasang dengan kilang yang pasang memang tak akan sama ketahanannya.
Ada dua jam ni habis bateri iaitu Buruj Iconic dan Casio F-201WA-9ADF, talinya pun dan rosak jadi aku pun carilah bateri yang sesuai dan tali yang sesuai. Untuk jam Casio tu senang sahaja nak cari infonya tapi untuk jam Buruj Iconic tu susah sikit, jadi aku buka dahulu cover belakangnya untuk tengok code baterinya.
Setelah dibeli dan baterinya sampai, aku cubalah pasang, sekali rupa-rupanya untuk jam Buruj Iconic tu ada dua baterinya. Di bawah bateri yang besar ada pula bateri yang kecil. Baru aku tahu untuk jam yang combine analog dan digital ni akan guna dua bateri. Dah lah aku kena order sekali lagi untuk jam analog punya bateri. Baterinya punyalah halus. untuk bateri besar ia menggunakan bateri CR2025 dan untuk bateri yang kecil ia gunakan bateri SR621SW. Perlukan ketenangan dan kesabaran untuk menukarnya.
Apapun semalam berjaya juga aku selesaikan. Jam Buruj tu dah aku pakai hari ni. Lama tak pakai jam pemberian isteri ni. Yang menariknya model jam ni dan tak dijual lagi. Bila dilihat di webnya, dah tak ada model ni. Yang ada hanya ada model yang digital sahaja atau analog sahaja. Yang menariknya lagi jam ni ada tarikh hijri dan boleh set waktu solat. Membantu juga kalau malas nak tengok kat phone.
| Casio F-201WA-9ADF dan Buruj Iconic |
| Beli lebihsikit beterinya, kut-kut ada nak guna nanti. |
| Di bawah bateri ada bateri kecil pula. |
| Dah berfungsi semua, semalam jenuh cari cara nak setting semula. Pagi tadi sempat waxkan sedikit tali kulitnya biar lebih tahan dan lebih cantik. |
Sekian dahulu, hingga ke catatan seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan