Rabu, Mei 09, 2007

Jaga cabul pelajar

p/s: kepada budak2 hostel, hati2 ...

Jaga cabul pelajar:
PETALING JAYA: Akibat tidak dapat menahan nafsu, seorang pengawal keselamatan menceroboh masuk sebuah asrama sebelum meraba seorang pelajar perempuan yang sedang lena tidur.

Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, pengawal berusia 30-an itu bertugas meronda kawasan sekolah sebelum menceroboh asrama pelajar perempuan itu.

Sumber polis berkata, pengawal itu didakwa menceroboh ke sebuah bilik didiami beberapa pelajar perempuan yang sedang lena tidur di atas katil.

“Pengawal keselamatan itu kemudian menjadikan seorang pelajar tingkatan lima sebagai sasaran dengan meraba punggung dan kaki mangsa berulang kali.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, terjaga dari tidur. Mangsa yang terkejut menjerit meminta tolong menyebabkan rakannya terjaga,” katanya.

Berikutan itu, pengawal terbabit melarikan diri.

Susulan itu, pelajar berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya sebelum suspek ditahan tidak jauh dari asrama berkenaan.

“Polis masih menyiasat bagaimana dia boleh menceroboh ke asrama berkenaan yang sepatutnya berkunci dari bahagian dalam.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan,” katanya.

Ini kes kedua membabitkan perbuatan ‘pagar makan padi’ dalam tempoh kurang sebulan selepas seorang pengawal keselamatan diberkas kerana cuba merogol dan mencabul kehormatan seorang pelajar kolej di Setapak, Kuala Lumpur, pada 21 April lalu.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, pengawal berusia 17 tahun itu didakwa cuba merogol pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (Kolej TAR) berusia 18 tahun enam bulan di tepi longkang kaki bukit di belakang stor elektrik bahagian hadapan dewan kuliah kolej itu.

Suspek didakwa mengetuk kepala mangsa terlebih dahulu dengan batu sebelum cuba mencabul kehormatannya dengan mencubit di kedua-dua buah dada dan memasukkan jari kanan ke kemaluan mangsa.

Keadaan gelap kerana hujan lebat menyebabkan jeritan mangsa yang diheret ke belakang dewan kuliah oleh suspek dalam keadaan berlumuran darah tidak didengari orang lain.

Mangsa bagaimanapun terselamat apabila seorang lagi pengawal keselamatan datang ke dewan kuliah itu untuk memasang lampu menyebabkan penjenayah terbabit segera melarikan diri.

Penjenayah terbabit bagaimanapun berjaya diberkas polis dan dihadapkan ke mahkamah pada 30 April lalu.
Related post: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan