Memaparkan catatan dengan label cabul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cabul. Papar semua catatan

Khamis, Disember 25, 2008

Mangsa bomoh berlidah setan

Mangsa bomoh berlidah setan:
KOTA TINGGI: Khuatir dirinya menghidap penyakit chikungunya selepas terasa sakit sendi, seorang gadis mahu mendapatkan air penawar daripada seorang bomoh yang kononnya mempunyai kepakaran mengubati penyakit misteri secara rawatan tradisional.

Namun, kunjungan gadis berusia 19 tahun ditemani teman lelakinya berusia 25 tahun itu kira-kira jam 8 malam kelmarin bertukar menjadi igauan ngeri apabila dicabul bomoh terbabit, termasuk menggunakan lidah.

Lebih menjijikkan, bomoh durjana berusia 50 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan mengaibkan itu dalam sebuah bilik di hadapan isterinya.

Mangsa sebelum itu ditemani teman lelaki dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk menghantar adik di Bandar Tenggara kira-kira 43 kilometer dari sini, sebelum kedua-duanya bertolak ke Kluang.

Bagaimanapun, sebelum berlepas ke Kluang, lelaki itu yang bimbang teman wanitanya dijangkiti chikungunya kerana berasa sakit sendi mencadangkan mendapatkan air penawar daripada bomoh terbabit.

Ini kerana lelaki itu pernah ke rumah bomoh terbabit yang mendakwa boleh mengubati penyakit misteri secara rawatan tradisional.

Selain itu, bomoh berkenaan yang pernah bekerja sebagai pemandu lori dikenali ramai kerana dikatakan mampu menjalankan kerja menilik nasib dengan bayaran RM5 satu sesi dan membuat ramalan nombor ekor.

Difahamkan, sebelum dimulakan sesi rawatan, lelaki itu diminta menunggu di luar, sementara mangsa diminta tinggal sendirian dalam bilik oleh bomoh terbabit yang ditemani isterinya.

Mangsa mendakwa pasangan suami isteri itu melakukan kekerasan fizikal terhadapnya apabila ditarik dan dibaringkan ke lantai sebelum suspek melondeh seluar dalam dan mencabulnya.

Terkejut dengan insiden itu, mangsa meronta sebelum berjaya meloloskan diri keluar dari bilik itu dan hanya memaklumkan kepada teman lelakinya setibanya di Kluang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, sebatan dan denda.

“Berikutan laporan itu, polis menahan seorang bomoh berusia 50 tahun dan isterinya berusia 45 untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Osman berkata, mana-mana mangsa yang pernah dicabul sebelum ini diminta tampil untuk membuat laporan dan membantu siasatan polis.



p/s: ape ke halnya bawak gi jumpa bomoh pulak ish3..

Jumaat, April 25, 2008

Murung dinoda guru sendiri

Murung dinoda guru sendiri:
"TEMERLOH: Rahsia murung seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sejak setahun lalu terbongkar apabila dia mendedahkan diperkosa seorang guru kanan sebuah sekolah menengah di sini, lebih setahun lalu.

Mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya yang juga guru di sekolah sama, kelmarin, selepas didapati sering murung.

Dia bersama kakaknya membuat laproan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, kira-kira jam 4 petang.

Dalam laporannya, pelajar tingkatan tiga itu mendakwa dia dua kali dinodai guru berusia 40 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak di kuarters guru dan bilik darjah pada 26 dan 29 Mac tahun lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik, berkata kakak mangsa mengesan perubahan sikap adiknya itu yang murung sejak beberapa bulan lalu.

Selepas didesak, katanya, pelajar itu menceritakan perkara sebenar kepada kakaknya.

Mangsa mendakwa dia dirogol guru berkenaan yang bertugas menjaga hal ehwal pelajar sekolah itu menyebabkan kakaknya terkejut.

Katanya, susulan laporan mangsa, sepasukan anggota polis menahan guru terbabit yang ketika itu sedang mengajar dalam sebuah kelas.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Hasil pemeriksaan mengesahkan dia pernah dirogol.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa merahsiakan kejadian itu daripada"
p/s: ish3 penolong kanan sekolah manalah sangap sangat ni, anak murid sendiri tuu ... hmmmm ...

Rabu, Mei 09, 2007

Jaga cabul pelajar

p/s: kepada budak2 hostel, hati2 ...

Jaga cabul pelajar:
PETALING JAYA: Akibat tidak dapat menahan nafsu, seorang pengawal keselamatan menceroboh masuk sebuah asrama sebelum meraba seorang pelajar perempuan yang sedang lena tidur.

Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, pengawal berusia 30-an itu bertugas meronda kawasan sekolah sebelum menceroboh asrama pelajar perempuan itu.

Sumber polis berkata, pengawal itu didakwa menceroboh ke sebuah bilik didiami beberapa pelajar perempuan yang sedang lena tidur di atas katil.

“Pengawal keselamatan itu kemudian menjadikan seorang pelajar tingkatan lima sebagai sasaran dengan meraba punggung dan kaki mangsa berulang kali.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, terjaga dari tidur. Mangsa yang terkejut menjerit meminta tolong menyebabkan rakannya terjaga,” katanya.

Berikutan itu, pengawal terbabit melarikan diri.

Susulan itu, pelajar berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya sebelum suspek ditahan tidak jauh dari asrama berkenaan.

“Polis masih menyiasat bagaimana dia boleh menceroboh ke asrama berkenaan yang sepatutnya berkunci dari bahagian dalam.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan,” katanya.

Ini kes kedua membabitkan perbuatan ‘pagar makan padi’ dalam tempoh kurang sebulan selepas seorang pengawal keselamatan diberkas kerana cuba merogol dan mencabul kehormatan seorang pelajar kolej di Setapak, Kuala Lumpur, pada 21 April lalu.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, pengawal berusia 17 tahun itu didakwa cuba merogol pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (Kolej TAR) berusia 18 tahun enam bulan di tepi longkang kaki bukit di belakang stor elektrik bahagian hadapan dewan kuliah kolej itu.

Suspek didakwa mengetuk kepala mangsa terlebih dahulu dengan batu sebelum cuba mencabul kehormatannya dengan mencubit di kedua-dua buah dada dan memasukkan jari kanan ke kemaluan mangsa.

Keadaan gelap kerana hujan lebat menyebabkan jeritan mangsa yang diheret ke belakang dewan kuliah oleh suspek dalam keadaan berlumuran darah tidak didengari orang lain.

Mangsa bagaimanapun terselamat apabila seorang lagi pengawal keselamatan datang ke dewan kuliah itu untuk memasang lampu menyebabkan penjenayah terbabit segera melarikan diri.

Penjenayah terbabit bagaimanapun berjaya diberkas polis dan dihadapkan ke mahkamah pada 30 April lalu.
Related post: , , , ,