Sabtu, Julai 23, 2011

Socialism dan social media

Socialism dan social media merupakan dua perkara yang tidak berkait antara satu sama lain, pun begitu perkataan asas social ada pada kedua-dua term. Socialism merujuk kepada ideologi dan sistem ekonomi manakala social media merupakan istilah dalam dunia internet dimana kini menjadi alat komunikasi dan diskusi. Socialism meletakkan golongan bawahan (majoriti/pengguna) sebagai tuan kepada satu institusi contohnya dalam sesebuah company. Socialism muncul sebagai ideologi yang bertentangan dengan ideologi capitalism yang mengeksploitasi keinginan manusia berbelanjana untuk kepentingan capital. Golongan pekerja ditekan untuk kepentingan golongan capitalist. 

Apakah ada sedikit persamaan yang ada dalam struktur social media dengan ideologi socialism? Mungkinkan ideologi yang menjadi ketakutan kerajaan capitalism secular yang tidak mementingkan kebajikan rakyat ini sedikit sebanyak menyelinap dalam struktur social media? 

Pada pandangan aku tidak ada kaitan jelas antaranya cuma dalam social media tidak ada hierarchy. Golongan yang asalnya dikenali ramai adalah sama taraf dengan orang biasa, sesiapa boleh berkomunikasi dengan bebas. Golongan yang dianggap biasa boleh menjadi individu yang boleh influence individu lain serta mendapat sokongan yang boleh mengalahkan individu yang asalnya dikenali ramai di luar sistem social media ini. Nilai sama rata ini merupakan asas ideologi socialism. Mungkin ini merupakan salah satu sebab terdapat segelintir pemimpin politik yang tidak mahu menggunakan social media dan sentiasa dalam ego sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan