Isnin, Jun 18, 2012

Tips polish kereta

Dah lama sebenarnya tak polish kereta, last pun 2-3 bulan lepas (kereta Spectra & Civic). Sabtu hari tu agak free then mula gatal tangan tak tau nak buat apa. Capai botol Soft99 mulalah tonyoh kereta. Nak bagi tips kepada yang berminat nak polish kereta.

  1. Jangan basuh kereta kemudian polish. Sehari dua lepas basuh kereta then polish, make sure kereta tak kena hujan atau terlalu kotor sebelum polish.
  2. Pastikan anda mempunyai tenaga yang hebat, kerja polish bukan kerja santai.
  3. Cuaca kena agak panas. Tp jgn buat di bawah terik matahari.
  4. Gunakan polish yang terbaik, aku guna Soft99 rasa ramai yang recommend brand Japan ni.
  5. Pakai sarung tangan getah, kalau tanpa sarung tangan cepat penat, lagi satu chemical ni berbau kuat. 
  6. Jangan buat semua bahagian atas kemudian semua bahagian bawah nanti cepat penat, gilir-gilir antara atas dan bawah.
  7. Pakai cap supaya nampak hensem.
  8. Tenyeh dalam bentuk bulatan, ulang 2-3 kali tempat yg sama sampai agak kering.
  9. Jangan lupa polish bumbung kereta sekali, kat sini cat cepat mati kalau tak berpolish selain bonet.
  10. Habis polish satu kereta then biarkan dulu sampai kering dalam sejam ok la kut.
  11. Gunakan kain polish khas untuk sapu compound polish yang telah keras tu. Sekali lagi banyak tenaga dan kesabaran, kadang susah nak clearkan sbb mungkin lama tak polish.
  12. Selesai semua then bolehlah start motor pi cari air soya ke.
Selian terima kasih.




 


 

16 ulasan:

  1. Cap tadak. Kne cari dulu nih haha

    BalasPadam
  2. wahh...dah pakai honda stream yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ah, amboi ko dah jual cokelat ke pulak.

      Padam
  3. Item no.1... Sepatutnya kereta perlu dicuci dahulu, keringkan baru lah boleh di polish... Ini untuk mengelak kesan calar pada permukaan cat... nie apa teman selalu buat la...

    Kalau kat hantar polish ka kedai pun, dia orang buat macam tu jugak...

    BalasPadam
  4. Kalau dekat motosikal boleh guna ke..?

    BalasPadam
  5. Soft 99 Meta clean tu polish atau wax

    BalasPadam
  6. Kereta saya calar banyak tempat..boleh guna polish nie ke. Saya ada beli. Saya polish sekali tapi mash ada calar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je guna, kalau calar kasar memang kena cat balik. Calar sikit2 tu boleh cover.

      Padam
  7. Kalu dah crap tu blih polish lg x ? Crap skit ii jee kt blkg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Crap macam mana tu? Boleh rasanya kalau calar2 sikit tu. Tak rugi pun buat sendiri kereta sendiri.

      Padam
  8. kalau guna soft 99 ni bola tak polish di cermin depan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh, rosak nanti. Untuk cermin ada solution lain untuk buang kesan2 air tu.

      Padam
  9. Saya setuju dengan item No. 2, so since takde..hantar kedai lerr...hehehehehe

    BalasPadam