Assalamualaikum. Semalam selesai semua rukun dan wajib haji. Kami memilih untuk tahalul awal dan melewatkan tawaf ifadah kerana susahnya pergerakan dari Aziziyah ke Masjidil Haram. Sampai di hotel berdekatan Masjidil Haram aku ajak isteri untuk selesaikan sendiri tanpa mengikut jemaah lain. Dah tak sabar-sabar nak menyelesaikannya. Banyak juga cabaran dalam berihram walaupun kami dah selesai tahalul awal. Ada 3 lagi larangan yang perlu dipatuhi. Selepas Isya kami terus cari jalan untuk ke mataf untuk tawaf. Selesai tawaf kami selesaikan pula saie. Makan selesaikan ibadah haji kami. Setelah makan murtabak dan pekeja jus kiwi 🥝 dan avocado 🥑 kami pun meneruskan perjalanan balik ke hotel. Perjalanan agak jauh. Apabila puan isteri singgah toilet, aku pula ambil peluang untuk baring di karpet hijau yang disediakan untuk orang solat. Sungguh lega rasanya dapat berbaring seketika. Dalam pada berbaring tu, terrakanlah gambar menara Masjidil Haram ini. Semoga Allah terima haji kami.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan