Rabu, Mei 15, 2013

Pengajaran dari PRU 13


Telah seminggu berlalunya PRU 13, telah banyak analisis-analisis dibaca. Secara ringkasnya: 
  1. BN mengekalkan kerajaan persekutuan dengan pengurangan sedikit kerusi di Dewan Rakyat
  2. Kerajaan negeri Kedah kembali di bawah BN
  3. Undi popular memihak kepada PR (kali kedua berlaku)
  4. Pertambahan sokongan kepada PR di kawasan bandar
  5. Pertambahan sokongan kepada BN di kawasan luar bandar
  6. Pelbagai kelemahan SPR dalam menguruskan PRU kali ini, ada keputusan yang dicabar melalui petisyen yang diperuntukkan
Banyak yang dipelajari dari keputusan PRU 13 ini.

Perkara pertama yang terlintas difikiran semasa keputusan dikeluarkan sedikit demi sedikit pada malam 5 Mei 2013 ialah PR overconfident untuk menakluk Putrajaya. Keinginan ini saya lihat agak terlalu mendesak sehingga mengakibatkan pengundi di luar bandar menolak PR, pada mereka ini seperti sebuah jihad untuk mempertahan BN yang talah lama memerintah, pengundi luar bandar kurang terdedah dengan isu sebenar berbanding banyaknya hasutan dan tuduhan melalui media utama. di Malaysia pembangkang tidak langsung diberi ruang menjawab melalui media utama malah manifesto juga tidak dapat disampaikan (10 minit ditawarkan tetapi ditolak).

Pendekatan berbeza semasa kempen BN bagi penduduk luar bandar membantu BN meningkatkan sokongan rakyat. Penduduk luar bandar terutamanya Melayu dilihat lebih mahukan direct benefit kepada mereka. Berbanding PR saya rasa apa yang dimanifestokan itu, itulah yang dikempenkan dimana-mana kawasan sama ada di bandar atau luar bandar. Memandangkan polarisasi bandar - luar bandar kian ketara, perlu difikirkan strategi untuk memenangi hati pengundi.

Banyak isu yang dimainkan oleh BN tidak dapat dijawab dengan baik oleh PAS (komponen PR) atau tidak berjaya sampai kepada masyarakat umum, dibandingkan dengan DAP dan PKR, PAS sedikit ketinggalan dalam perkara ini, PAS terpaksa lebih banyak bertahan berbanding menyerang sepanjang 4 tahun pemerintahan BN. Di Kedah, prestasi baik PR tidak ditonjolkan dengan baik, jika dibandingkan dengan Selangor yang proaktif menyampaikan segala perkembangan melalui channel YouTube dan laman web yang aktif. Di Pulau Pinang akhbar Buletin Mutiara diberi secara percuma untuk menyampaikan perkembangan kerajaan negeri, tidak pasti apakah pemberian ini meluas ke luar bandar. PAS tidak boleh bergantung pada Harakah. Perlu dipelbagaikan media dan medium.

Kerjasama DAP-PKR-PAS dilihat kurang mantap diperingkat negeri, bagi negeri-negeri yang diperintah PR pembahagian Exco terlalu bergantung pada keputusan PRU, contohnya di Pulau Pinang dari segi demokrasi memang DAP jauh mendahului PKR dan PAS jadi pecahan pimpinan negeri juga begitu, sudah tiba masanya ini diubah supaya komposisi lebih sekata, ini dapat membantu komponen parti yang corot sekali. Sama juga halnya dengan di Kedah dulu. Rakyat mahu lihat persepakatan. Persengketaan merebut kawasan yang ingin ditandingi pada PRU akan datang perlu diselesai segera lebih awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan