Rabu, Disember 04, 2013
Qasidah di Masjid Batu, Permatang Pauh
Semalam rasa beruntung lebih sikit sebab selepas Maghrib telah dihiburkan dengan Qasidah oleh tiga beradik anak-anak Ustaz Yusuf Awang. Yang besar telah hafal hampir separuh Quran. Kuliah selepasnya mengupas susuk fizikal Rasulullah. Antara yang sampaikan, anak mata Nabi Muhammad berwarna hitam. Ramai yang mengkagumi orang yang bermata coklat, biru, hijau dan lain-lain sedang yang hitam itulah yang paling cantik. Ada pula yang asalnya hitam memakai pula contact lens berwarna.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan