Isnin, Disember 28, 2020

Sepanjang 2020

SEIKO 5 SNK065J3
 

Pagi ni masuk kerja semula selepas seminggu bercuti di hujung tahun 2020 ini. Kalau nak direcapkan tahun ni paling kuranglah keluar dari kawasan. Disebabkan Covid-19 banyak masa dihabiskan di rumah sahaja. Kalau tak kerana mengambil cuti pada minggu lepas, jumlah cuti rehat pada tahu ini hanyalah 5 hari!

Awal tahun 2020 iaitu pada bulan Januari 2020 berkesempatan ke luar negara ke Sanya, China. Ketika ini Covid-19 masih belum meledak lagi walaupun ia telah mula dikesan pada hujung 2019 (sebab itu jadi Covid-19 dan bukan Covid-10!). Covid mula meledak hanya bermula Mac 2020. Tujuan ke Sanya ialah meneman isteri yang telah dijemput sebagai keynote dalam conference di Sanya. Sanya ni letaknya di Pulau Hainan di selatan China di Laut Cina Selatan berdekatan Vietnam. Boleh check post-post tedahulu berkenaan Sanya, rasanya ada diblogkan di sini. 

Masuk bulan Februari tiba-tiba dengar ura-ura berkenaan pertukaran penempatan. Alhamdulillah dapat tempat bekerja lebih dekat dengan rumah, dah tak perlu ke pulau dan merentas Jambatan Pulau Pinang. Masuk bekerja di tempat baru tiba-tiba muncul pula Covid. Dah kena pakai mask ke mana-mana. Disebabkan bekerja di Hospital, masih kena bertugas seperti biasa cuma ada kelonggaran sedikit untuk bekerja dari rumah secara shift. Tidak seperti orang lain yang dah diberi kebenaran wfh.

Awal PKP memang agak sukar juga semua tak boleh rumah melainkan apa yang dibenarkan sahaja, sampaikan solat raya pun tidak dibenarkan dijalankan di masjid. Semua dilakukan di rumah masing-masing sahaja. Raya juga tidak ke mana pada tahun ini. Raya puasa dan korban hanya di Pulau Pinang sahaja.

Pada bulan Julai telah ada kelonggaran sedikit dan sempatlah ziarah ibu di Gombak sempat juga ke Pahang dan Klang pada ketika itu. Selepas-selepas itu memang macam tak sedar je masa berjalan. Sedar-sedar dah sampai ke penguhujung tahun 2020. 

Janda Baik

Minggu lepas pada hari Sabtu berkumpulah adik beradik isteri dan keluarga masing-masing di Janda Baik. Melepaskan kerinduan lama tak berjumpa. Menariknya kami bermalam di dalam khemah. 

Khemah besar dengan 4 katil kecil di dalamnya

Suasana dalam khemah

Ada sungai berdekatan dapatlah Eryna mandi sungai

Banyak disediakan permainan indoor, ada karaoke dan yang menarik ada meja ping pong!

Melepaskan kerinduan bermain ping pong

 

Keesokannya selepas sarapan dan berkemas, kami meneruskan perjalanan.

Kuala Terengganu

Perjalanan diteruskan dengan konvoi beberapa buah kereta ke Kuala Terengganu kerana ada sedikit majlis pada sebelah malamnya. Kami semua bermalam di homestay yang telah disediakan penganjur di kawasan Losong.

Keesokan pagi mencari sarapan dan mendobi!
Warung Adik Beradik di Pantai Mengabang Telipot

Pekena makan hasil laut celup tepung

Tak makan nasilah tengah hari tu, meratah lauk sahaja

Bergambar di buaian buatan tangan di tepi pantai

Petangnya ingat nak cari cafe kopi tak tak jumpa, pekena keropok lekor dengan isteri

Pasang Payang yang dan moden dan selesa

Homestay Trisya

Check-out
Gombak

Keesokannya perjalanan diteruskan ke Gombak. Melepaskan kerinduan kepada ibu di sana. Tahun 2020 memang kurang rasa dapat bertemu. Pagi sebelum balik ke Pulau Pinang sempat bawa mak menziarahi pusara abah (rahimahullah). MasyaAllah cantik betul kawasan kubur ini dijaga. Berbeza dengan tanah perkuburan lain yang susah nak jumpa yang dijaga dengan baik.

Sedi pula melihat gambar ini, bagai mana pula kesudahan kita nanti

Semoga abah tenang di sana

Semoga bertemu semula di Syurga yang kekal abadi

Mungkin inilah pelengkap posting blog untuk tahun 2020 ini. Sebenarnya tahun 2020 ini juga cuba meningkatkan minat berblog semula. Sayang pula jika tidak diblogkan apa-apa yang berlaku dalam kehidupan sementara ini.


4 ulasan:

  1. Seronok dapat berjalan lepas PKP nie... Maklum la kan, dah lama terkurung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, banyak berjalan dapat menambah pengalaman dan pengajaran. Semoga 2021 ini lebih baik.

      Padam
  2. Alhamdulillah, dapat ziarah ibu & adik beradik yang lain.

    BalasPadam