Rabu, November 10, 2021

Jumpa Geng Lama Di Kuantan

Assalamualaikum. Malam tadi berpeluang bertemu sahabat semasa bersekolah di #SMKATAHAP. Mungkin ramai yang mengenalinya dalam kalangan rakan2 semua. Lepas makan malam dengan family ku gagahi juga untuk bertemu beliau.

Kami sama2 dari #Kuantan jadi bila nak balik kampung biasanya akan bersekali. Pernah juga menumpang kereta bapa Yea ni masa form one. Sekelas semasa form 1 & 2. Beberapa kali juga satu dorm, rasanya semasa form 3 & form 4 sampai bulan 8.
 
Banyak nostalgia dikongsi semasa berjumpa malam tadi. Kali terakhir bertemu ialah pada sekitar 2001 itu pun secara tak sengaja di rumah sewa di Bukit Angkasa. Sebelum itu mungkin semasa lepas SPM sebelum aku berpindah ke #Gombak.
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan