Isnin, Ogos 14, 2023

Pekena Saltys The Hartamas dan Nasi Kerabu Moksu

Assalamualaikum semua. Selamat kembali bertugas kepada yang bertugas. Ada juga negeri yang dapat cuti khas Pilihanraya Negeri yang berlangsung pada hari Sabtu lalu. Jangan risau blog ini tidak mengulas berkenaan pilihanraya kerana tidak berminat dengannya bahkan menjauhinya. 

Entry kali ni cuma nak update pasal apa yang berlaku pada hari Sabtu dan Ahad baru ni. Aku dan isteri ke Putrajaya dengan menaiki kereta. Tujuan utama permusafiran kali ini ialah untuk menghantar sedikit barang2 isteri ke sana. Puan isteri akan bertugas di Putrajaya dalam masa terdekat bermakna kami akan terpisahlah kembali. Aku bertugas di Pulau Pinang. Dulu dan pernah PJJ ni masa aku bertugas di Tanjung Malim, kali ni dia pula. Begitulah nasib yang sukar untuk dimengertikan.

Perjalanan lancar dan sampai dekat2 KL kami plan nak lunch dahulu. Sebelum tu ada tanya member lama ni yang ada buka kedai di Hartamas. Kebetulan kedai baru buka dan kami pun terjahlah ke Saltys The Hartamas. Kepada pembaca yang tinggal di KL dan mungkin nak cuba makan di sini boleh click link. Tagline bagi kedai ni ialah The Best Cheese in Town, jadi hangpa boleh expect menu2 yang penuh dengan cheese. Kami dihidangkan dengan menu nasi beriani kambing dan mac & cheese kambing dan ayam. Memang sangat sedap rasanya sesuai dengan aku yang sukakan nasi beriani cuma potionnya agak banyak bagi aku. Jenuh juga nak menghabisnkannya. Mac & cheese juga tersangatlah padunya, rasanya tak pernah lagi rasa yang lebih sedap dari yang di kedai ni. Kalau ada masa hangpa pi la bawa anak2. Anak2 mesti suka menu2 kat sini. 

Selesai makan kami teruskan perjalanan ke Putrajaya untuk dropkan barang kat rumah kenalan. Jadi plannya wife akan tinggal di sini sementara dapat kuarters dan jika semuanya ok nanti anak akan pindah bersekolah di sana. Selesai meninggalkan barang dan borak2 kami terus ke Hotel Everly melepaskan penat memandu dan menyelesaikan apa2 yang patut. Malamnya kami ke Alamanda. Puan isteri lapar pula tapi aku masih kenyang. Kami tidur di situ satu malam dengan nyenyaknya. 

Pagi Ahadnya kami terjah pula ke rumah adik puan isteri dan mengajak mereka sekeluarga bersarapan pagi. Kami bersarapan di Nasi Kerabu Moksu di area Bangi sempadan dengan Putrajaya. Sedap juga nasi kerabu di sini, banyak pilihan makanan terutamanya makanan Kelate. Antara yang paling menarik ialah kambing bakar. Dari jauh dah nampak asap di kedai ni hasil dari operasi membakar daging dan kambing. Selesai bersarapan kami singgah ziarah emak di Gombak sebentar kemudian kami teruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang. 

Setakat itu dulu coretan kali ni.  


Member yang dah lama tak jumpa

Menarik sekali menunya, katanya akan buka cawangan di Wangsa Maju pula

Check in Hotel Everly

Twin sharing je yang tinggal jadi satu katil lagi tak pakai lah :P

Pekena kopi dahulu petang tu

Pemandangan dari Aras 9 Hotel Everly Putrajaya di waktu pagi

Sarapan pagi di Nasi Kerabu Moksu bersama keluarga Ajim
 

Sekian, terima kasih.

35 ulasan:

  1. PJJ. Kena ulang-alik selalu. Peluang untuk JJCM juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah tu, kena siap2 modalnya untuk travel dan makan2 di luar.

      Padam
  2. Berpisah hanya untuk sementara...semoga tugas"lancar saja yaa

    BalasPadam
  3. asap bakar tu penting untuk menarik perhatian pelanggan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari jauh dan bau kambing bakar. Nasib tak panggil bomba.

      Padam
  4. Nampak sedap menu yang terhidang tu 🤩
    Hotel nampak kemas Dan selesa. Barulah Syok nak bermalam... Moga dipermudahkan semua urusan ye...

    BalasPadam
  5. Nampak berasap kedainya, mesti bau sedap, bakar daging dan kambing. Semoga encik Faizal dan isteri kuat hadapi PJJ dan segala urusan dipermudahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik2, terima kasih. Harap cepat masa berlalu.

      Padam
  6. agak mencabar juga jadi PJJ ini terutama dalam bab kewangan dan masa...kos perjalanan untuk berjumpa pasangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sebelum ni dah merasa PJJ dekat 5 tahun.

      Padam
  7. salam singgah di sini dari Indonesia ^_^

    #follower 154

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah terima kasih, nanti saya buat kunjungan balas. InsyaAllah.

      Padam
  8. Done follow!

    Belum pernah makan lagi kat Nasi Kerabu Moksu. InsyaAllah ada masa nak ke sana jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau duk area Putrajaya/ Bangi mesti kena pergi.

      Padam
  9. Sebagai penyuka keju kejuan, saya mesti coba resto nih kalo nanti ke KL lagi 😄😄🤤. Tapi memang sebaiknya kalo dah berbau keju, tak usah banyak sangat portion, karena bikin mual kalo kebanyakan 😅

    Nasi kerabu pun sedaaap. Saya pertama kali coba nasi kerabu saat masih kuliah di Penang, dan ada Bazaar di USM, salah satu stand menjual nasi kerabu. Sukaaa sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh dulu belajar di USM ya? Saya pernah bekerja di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Nasinya penuh sayuran dan kelapa goreng.

      Padam
  10. macam familiar laa Saltys The Hartamas tu.. hmm jap... tengah loading...fikir...

    BalasPadam
  11. Susah ya belah kedah ni nak carik nasi kerabu yang kena dengan tekak . huhu terbayang pulak .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau biasa lalu area Seberang Jaya ada satu kedai saya recommend, boleh search Kak Sal Kelate.

      Padam
  12. the best cheese in town utk penggemas cheese pasti suka...nanti dh buka kt wangsa maju dkt skit kalo nk try..menu mac n cheese kesukaan bdk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujung minggu ni akan mula buka di Wangsa Maju. Ada diskaun 50% kalau nak cuba bolehlah try waktu pembukaan ni.

      Padam
  13. Teringin nak mencuba mac n cheese kambing 😋

    Semoga Allah permudahkan urusan en.faizal sekeluarga.

    BalasPadam
  14. pernah mkn di kerabu moksu... sedapppp

    BalasPadam
  15. Waalaikumussalam.
    Sedapnya ada kambing bakar! Tambah selera makan di situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, banyak juga kambing bakarnya. Kalau tak silap yang lauk kambing bakar tu RM12.

      Padam
  16. Ke sana ke sini dia ek... Kita lately, g mana-mana makan pun xsempat nak share dekat blog.. mana yg sempat pun, hanya tulis dekat google review sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rugi tu review kat Google. Menguntungkan Google sahaja tu.

      Padam
  17. Ye, memang sukar dimengertikan. Sabar dan tabah jalani hidup yang keras ini. Semoga Allah permudah segala urusan. Aamiin...
    Putrajaya banyak tempat makan sedap-sedap. Kalau ke Putrajaya tak tahu nak makan kat mana Ayer 8 tu. Bangi pun apa kurangnya, lagilah banyak tempat makannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, terima kasih. Masih menunggu surat, kalau boleh jangan sampai2.

      Padam
  18. mknanua portion tu boleh mkn 2 orang laa ya?

    gombak area mana tu? taman ke kampung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh makan 2 orang. Gombak Setia, rumah lot sebelah sekolah.

      Padam
  19. Wah.. Salty hartamas tu boleh cuba kalau berkesempatan nanti.. tq share..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya boleh try, saya ingat kalau nak turuk ke KL nak singgah lagi.

      Padam