Jumaat, November 26, 2021

Projek repair dan upgrade #IBM #ThinkPad #T60

Projek repair dan upgrade #IBM #ThinkPad #T60 lepas balik kerja semalam sampai sebelum Maghrib. Laptop retro berusia 15 tahun ni dah berjaya di upgrade beberapa perkara. Pertama processor asal Intel Core Solo T1300 upgrade ke Core 2 Duo T7200 supaya laju sikit processing, double up cache & support 64bit OS. Sambil2 tu cuci fan & buh thermal paste baru. 

Kedua ganti keyboard layout Jepun ke layout English US. Keyboard Jepun tu ada key yang rosak. Lucky dapat keyboard original. 
 
Ketiga ganti CMOS battery. Yang lama dah drain habis. Keempat tambah RAM dari 1GB ke 3GB maksimum untuk T60 ni. 
 
Last sekali ganti hard disk HDD dengan SSD. Booting terus ngam lepas trick saja bagi RAM kosong dulu. Sekarang guna Manjaro Linux dan plan nak nak install MX Linux. Baru perasan tak ada wifi card laptop ni tapi slot ada. Kena cari dulu WLAN card rasa tersorok ada kat mana2 tu atau pakai USB dongle ja.
 







2 ulasan:

  1. uncle kalau benda2 macam ni... umpama tikus baiki labu la jawabnya... hahaha

    BalasPadam