Sabtu, Disember 04, 2021

Hyundai i10 After 8 Years


Assalamualaikum. Pagi ni lepas sarapan kat Astaka Perda kami singgat sat di IKA (kira macam ala2 IKEA) untuk beli bakul sampah untuk dapur. Beli yang ada teknologi boleh buka sendiri bila dipijak tu. 

Lepas tu baru perasan dah reach odometer untuk tukar minyak enjin hitam & oil filter selain buat rotation tyre. Kali ni kita cuba LiquiMoly barulah kena dengan istilah minyak hitam. 

Kereta Hyundai/ Inokom i10 ni dah cecah 132,000++km untuk tempoh pakai dari 2013. Banyak juga kmnya sebab dulu buat berulang Permatang Pauh ke Tanjong Malim setiap minggu selama 5 tahun. 

Dalam tempoh 8 tahun ni Alhamdulillah kereta tak ada rosak yang major, yang minor pun minor sangat macam bulb terbakar, getah penahan brake indicator reput & fuse charger terbakar. Selain tu sekadar maintenance & sekali tukar rim sebab bengkok. 

Semoga terus mengekalkan prestasi cemerlang. Tahun ni boleh dapat APC. Tiba…


6 ulasan:

  1. Hyundai tu dah bagi perkhidmatan yang terbaik tu...

    BalasPadam
  2. Salam, wow 8 tahun baru cecah 130k ++++. Kereta saya baru 5 tahun dah 137k..hehehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dasyat, banyak naik kereta dari berjalan tu.

      Padam
  3. Alhamdulillah, tak banyak masalah..

    BalasPadam