Assalamualaikum, sedar tak sedar hari ini dah 15 Ramadhan. Bermakna kita dah melalui separuh dari bulan yang mulia ini. Hujung Syaban hari tu dah pasang perancangan untuk khatam Al-Quran dua kali pada bulan ini, Subuh ini baru selesai sekali khatam Alhamdulillah. Kebiasaan akan khatamkan Al-Quran dalam tempoh sebulan mengikut kiraan bulan Hijri. Sebenarnya dah terlajak sehari, jadi selepas ini kena tambah kadar bacaan sedikit sebulum dapat khatam sekali lagi sebelum 1 Syawal. Semoga Allah permudahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan