Jumaat, Ogos 26, 2022

ThinkPad T60 freezing from time to time


Asslamualaikum, lama juga tak update blog. Pagi2 Jumaat ini tiba2 tersemangat pula nak update blog. Kadang kita berblog ni bukan takde tempat lain yang lebih banyak crowd yang akan tengok post kita itu. Kadang tu memang sengaja post di tempat yang orang tak tahu sangat. Iyalah post pun biasa2 sahaja cuma untuk merekodkan apa2 yang berlaku terutamanya benda2 personal yang buat kita suka.

Kisahnya ThinkPad T60 first aku. Setakat ni ada 2 model T60 ni. Yang ni yang awal dulu. Lama juga struggle masalah OS freeze ni. Last dapat jumpa puncanya. Sebelum2 ni laptop ni pernah guna Windows XP dan Manjaro tanpa masalah. Tapi masalah muncul bila aku tukar hard disk dan nak install OS. Kadang problemnya berlaku masa tengah install dan kadang freeze tu jadi masa lepas install. Mulanya aku try install Manjaro sebab dah ada bootable ISO, masa install sangkut. Kemudian aku download pula Arch Linux berjaya install tapi freezing lepas install. Kurang minat Arch kerana banyak sangat nak di commandnya sedangkan Manjaro dah banyak pakai GUI. Lepas tu install dua linux OS ni aku try pula Windows 10 lepas install jadi freezing. Kat sini baru realize ni bukan isu OS tapi ada masalah hardware.

Bila2 tanya2 kat forum ada yang sarankan cuci RAM dan update Bios. Bila dah buat dua benda ni tapi masalah berulang juga. Ntah macam mana boleh terjumpa satu isu yang sama dengan aku pada T60 ni. Iaitu masalah bateri. Masalah bateri telah menyebabkan OS jadi freeze tiba2. Memang bateri ni dah tak boleh simpan charge dah cuma kadang tu malas nak buang sebab nampak pelik kalau tak pakai bateri. Jadi lepas ni nak kena cari bateri barulah.

2 ulasan:

  1. ga jelas kau ni ngomong, ngomong yang benar macamana pula kau ni

    BalasPadam