Selasa, September 20, 2022

New Zealand Trip 2022 Part 2

Assalamualaikum, sambung sikit postingannya dari Part 1. Setelah bermalam di Kaikoura kami merancang untuk meneruskan perjalanan ke Picton. Picton merupakan bandar pelabuhan, bagi yang nak ke north island dengan menaiki feri di sinilah tempatnya. Sewaktu merancang perjalanan, pada mulanya ingin menjelajah ke north island of New Zealand tetapi disebabkan route di sebelah utara jauh2 dan place of interest jauh dan mungkin tak dapat jelajah banyak jadi kami decide untuk menjelajah ke south island sahaja. 

Sebelum memulakan perjalanan aku dan isteri sempat ke pantai dari motel. Cantik permandangan waktu pagi, ada landasan keretapi yang perlu dilintas sebelum sampai ke pantai. Di sebelah kanan kami tersergam gunung-ganang dengan salji di puncak2nya.

 

Private beach di sebelah belakang motel

Singgah meluruskan badan, di sini beginilah R&Rnya

Ahii rombongan

Sampai ke bandar Picton, cantik sekali dock mereka dengan kapal2 yang berjaga dan tersusun rapi

Apa punya gaya ni?

Selesai di Picton kami ke satu lagi bandar iaitu Blenheim, di sini terdapat kedai kebab yang halal

Ada gaya Reggae tak?

Petangnya kami ke Seymour Square untuk menikmati keindahan sambil bergambar

Merenung menikirkan sama ada nak tinggal kat New Zealand atau nak tinggal di Malaysia

 

Bersambung ke Part 3...

2 ulasan: