Assalamualaikum, sambung sikit dari Part 2. Nampaknya trend satu hari satu post. Kena kuatkan keazaman untuk terus mengepos walaupun kadang ada benda yang buat kita hilang mood.
Setelah bermalam di Blenheim, keesokan paginya kami bercadang untuk bertolak ke Nelson. Bagaimanapun malam tu sempat search2 apa yang menarik kat Blenheim ni, rupanya esok pagi ada Blenheim Farmers Market. Ke situ dululah kami pada pagi tu. Banyak gerai2 dibuka untuk menjual produk pertanian tempatan. Semuanya segar2 baru dipetik dari kebun2.
Setelah singgah ke pasar itu kami meneruskan perjalanan ke Nelson, kami singgah sebentar di Westport untuk mengisi minyak. Di Nelson ada jumpa sebuah kedai kebab yang halal jadi kami singgah untuk mengisi perut sebelum check in Motel di Richmond tidak jauh dari Nelson. Di sebelah petangnya kami menghabiskan masa melayan sunset di Tahunanui Beach.
Ada juga gerai yang menjual kopi |
Sayuran segar dan pelbagai produk seperti cheese dijual |
Apple segar yang murah |
Blenheim farmers Market |
Sampai di Nelson ada jumpa kedai Kebab. Kebabnya tiada salad jadi minta salad tambahan dan sos percuma. |
Check in Motel di Richmond tak berapa jauh dari Nelson. |
Melayan sunset di Tahunanui Beach |
Apa yang disembangkan tu? |
Mengamati keindahan ciptaan Allah |
Eryna minta aku tulis nama kawan2 dia di pasir pantai |
Bersambung ke Part 4...
wah bersiwasata ke new zealand jauhnya kak kg new zealand ja pernah sampai heh heh
BalasPadamPening saya mencari maksud bersiwasatu tu.
PadamPening saya mencari maksuk bersiwasatu tu.
BalasPadam