Friday, October 21, 2022

Restoration Project: Acer Keyboard KU-0355

Assalamualaikum. Skip sekejap update pasal siri extri trip ke New Zealand nanti hangpa muntah pula. Rasanya ada 2 part lagi nak habis siri trip ke New Zealand. Bagi yang ternanti-nanti sabar sat ya untuk memberi laluan kepada entry projek restorasi keyboard Acer KU-0355. Keyboard ini hanyalah keyboard biasa sahaja bukanlah keyboard mechanical classic yang menjadi buruan. Mulanya user dah tak nak keyboard ini dan ada yang cadang buang sahaja. 

Atas rasa sayang aku pun memulakan projek restorasi keyboard ini. Mula dengan buka skru2 semua tanggalkan semua key2 dan mencuci key2 dan basenya dengan merendam mereka dalam air sabun di dalam baldi. 

Lepas tu cuci dengan berus dan keringkan sekejap sampai tiada lagi air yang boleh merosakkan board litar. Kemuadian test2 dan pasang balik semula. Hasilnya lumayan berbaloi. Terus ganti pakai keyboard ni. Menaip pun lancar dan sedap sahaja berbanding menaip pada key yang flat tu. Kebanyakkan keyboard sekarang semuanya flat. Menaip tak ada feel dan selalu sangat salah tekan kalau menaip dengan laju. 

 

Keadaan asal, siap ada sticker aset lagi haha

Tanggalkan key dan base keyboard

Lihatlah kekotoran yang terkumpul, berkilo2

Dah siap cuci dan pasang semua. berkilat luar dan dalam

Kualiti keyboard lama ni sebenarnya berkali2 ganda lebih baik dari keyboard zaman moden ni, hanya kita yang tertipu

Rasa nak menaip selalu dengan keyboard macam ni

  Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment