Friday, April 07, 2023

Oud Kalimantan Dah Nak Habis

Oud Kalimantan Dah Nak Habis

Dua minggu lepas baru mula berjinak2 dengan oud ni. Sedar tak sedar dah nak habis Oud Kalimantan 3ml ni. Sekejap sahaja rasanya. Semalam order pula lagi dua botol bersaiz 6ml pula buat kegunaan penghujung bulan Ramadan dan persediaan untuk Syawal. Mula2 rasa macam tak boleh terima bau dia tapi dalam masa yang sama rasa addicted pula, bila lama tak pakai rasa nak memakainya. Kadang duk bau2 pergelangan tangan ni kerana seperti ada tarikan. Dan bau itu melegakan. Nanti akan update lagi yang dua botol baru order tu. Dua2 bauan lain.

No comments:

Post a Comment