Jumaat, September 22, 2023

Masjid Jamek Sungai Nibong Besar

Mihrab masjid

Assalamualaikum semua, semoga teman2 semua sentiasa dalam rahmat Allah. Posting ini hanya nak update berkenaan rezeki dapat singgah solat fardhu Subuh di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di Pulau Pinang. 

Kunjungan ini bukanlah kali pertama namun ini adalah kunjungan kali pertama setelah masjid ini siap diubahsuai. Sewaktu bekerja di USM dahulu kira2 dalam sepuluh tahun yang lalu aku ada juga singgah di masjid sewaktu ia masih lagi binaan lama. Di sebelah masjid ini terdapat kuburan dan di sebelah kuburan itu terletaknya Medan Selera Sungai Nibong. Bila berkunjung ke medan selera ini sekali sekala akan singgahlah ke masjid ini. Pada bulan Ramadan di sebelah masjid ini ada diadakan bazar Ramadan. Jika ada rezeki di bulan Ramadan, AJK masjid akan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada pengunjung.

Masjid ini juga terkenal dengan kontroversinya di sepanjang proses pembinaannya. Isu ini terkait dengan perancangan kerajaaan negeri untuk menggunakan kawasan masjid sebagai laluan tren. Isu ini menarik perhatian orang2 Islam yang kebanyakannya tidak setuju apatah lagi masjid ini telah ada perancangannya sendiri untuk membuat ubahsuai. Kerap juga aku mengikuti perkembangannya di facebook. Alhamdulillah setelah bersusah payah akhirnya berjaya juga masjid ini diubahsuai sehingga siap sepenuhnya. Semoga Allah memberi kemuliaan kepada orang2 yang berjuang untuk mempersiapkan ubahsuai masjid ini.

Pagi tadi, setelah menghantar puan isteri ke lapangan terbang kebetulan lalu di laluan ke masjid ini. Waktu itu azan Subuh sedang berkumandang. Sempatlah aku solat sunat qobliah dan solat Subuh di masjid ini. Imam solat memperdengarkan surah As-Sajdah dan Al-Insan. Dua surah ini ada fadhilatnya untuk dibaca di waktu Subuh hari Jumaat, namun tidaklah perlu sampai menjadi kewajipan.

Setakat itulah dahulu kali ini. Azan Asar memanggil pula. Ketemu lagi, insyaAllah.

16 ulasan:

  1. Ulasan yang menarik, tentang masjid jamek Sungai Nibong. Pembaca seakan ikut berada di lokasi. terima kasih telah berbagi informasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak. Saya cuma cuba2 sahaja menulis ini. Terkadang ada rasa ingin meluahkan menggunakan platform blog ini. Lama ditinggalkan dan sekarang cuba untuk kembali aktif menulis di sini.

      Padam
  2. Faizal pernah jd staff usm ker? my adik now staff usm (lecturer)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya pernah jadi staf USM malah isteri saya pensyarah di USM. Siapa nama adik dan bertugas di school apa?

      Padam
  3. Menarik ceritanya bang, akhirnya masjid berdiri megah.. alhamdullilah bisa ikut sholat berjamaah di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya mas sebelum2 ini ada rasa ingin singgah pada bila2 yang bekesempatan lalu kali ini Allah rezekikan untuk berkunjung.

      Padam
  4. 4 tahun di Penang saya malah tak pernah ke mesjid ini. Tapi memang saya jarang ke area Nibong bang 😅. Nantilah kalau bisa balik Penang lagi, nak juga jalan2 ke daerah sana.

    Oh Abang pernah kerja di USM? Adik saya kuliah di sana waktu itu. Saya kuliah di Olympia College. Tapi sering main ke USM, kadangpun kalau musim libur kuliah, saya menginap di asrama adik, karena kami biasa tak balik rumah😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan tersilap dengan daerah Nibong Tebal di Seberang Perai. Sungai Nibong ini tidak jauh dengan USM di dalam pulau. Sudah biasalah dengan Pulau Pinang ya?

      Padam
  5. Masjid atau rumah Allah antara tempat yang wajar selalu dikunjungi,...mudahan beroleh rahmat dai Allah jika selalu berada di masjid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro. Semoga kita semua sentiasa diberi rahmat usaha2 kita yang sedikit ini.

      Padam
  6. Alhamdulillah. Saya belum berpeluang lagi sampai kawasan sana. Dah bertahun juga la, tak ke Penang.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..Moga Allah berkati pada mereka yang berusaha menyiapkan masjid ni dalam menempuh pelbagai cabaran dan isu semasa proses pembinaannya...

    BalasPadam
  8. Senangnya bisa subuhan di masjid jamek

    BalasPadam
  9. Cantik putih berseri mihrab masjid.

    BalasPadam
  10. kenapa nak buat laluan tren kat situ? x boleh ke nak lencong sikit dr kaw masjid? ke... terlalu dkt dgn rumah penduduk?

    BalasPadam