Memaparkan catatan dengan label pulau pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pulau pinang. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 10, 2026

Jumpa-jumpa Rakan Haji Di Coffee Bean Gravitas

Assalamualaikum dan selamat petang. Catatan ringkas tentang aktiviti pada hari Sabtu yang lalu. Ini kali kedua aku buat jumpa-jumpa dengan sahabat-sahabat yang sama berhaji baru ni. Sebelum ini aku berjumpa dengan dua orang sahabat dan seorang mutawif kami semasa aku balik kampung ke Gombak. 

Kali ini aku merancang untuk kumpulkan beberapa pasangan yang tinggal berdekatan di Pulau Pinang. Sebenarnya aku rancang untuk buat perjumpaan ini pada hujung minggu sebelumnya tetapi disebabkan keadaan mata puan isteri yang masih baru operate jadi kami tangguhkan sampailah ke hari Sabtu baru ni.

Sebenarnya aku bukan tak boleh jumpa kawan-kawan yang lelaki ni, kalau dirancang senang sahaja nak jumpa. Aku rasa perlu juga untuk libatkan orang perempuan juga. Bagus juga untuk kita create circle baru yang melibatkan keluarga dan yang menjurus kepada akhirat juga. Sedikit sebanyak mengingatkan diri kita, ibadah haji itu tidak terus terhenti setelah selesai haji.

Kami berjumpa di Coffee Bean di Gravitas, kami semua tinggal berdekatan dan senanglah untuk jumpa. Aku ada juga jemput jemaah yang sedikit jauh tapi tidak dapat hadir, aku juga ada jemput seorang mutawif tetapi qadarullah dia tak dapat juga hadir walaupun awalnya seperti boleh hadir. Tak mengapa, mungkin ada kesempatan lain.

Walaupun kami dalam jemaah yang sama tetapi perjalanan haji kami tidaklah sama, ada yang sampai sebulan lebih awal dan pulang lebih awal. Ada juga yang tinggal di khemah yang berlainan semasa masyair haji. Apapun yang menyatukan seorang Muslim dengan Muslim yang lain itu bukanlah pengalaman yang berbeza tetapi persamaan yang ada dan rasa ingin berkongsi. 

Sebelum berpisah sempat juga aku pass baton kepada seorang tu supaya dia pula akan rancang pertemuan selanjutnya. Mungkin boleh tambah ahli lain lagi dan apa yang penting bagi setiap hubungan itu ialah supaya sentiasa mengharapkan keredhaan Allah atas ukhuwah yang dibina.  

Selasa, November 05, 2024

Menginap di Sri Sayang Resort, Batu Ferringhi

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Baru nak ada masa untuk buat catatan di blog ini dan rasa rugi pula jika tidak dibuat catatan. Mana yang berblog tu tahulahkan macam mana perasaannya. Hujung minggu baru ni wife decide untuk tempah hotel di kawasan Batu Ferringhi. Disebabkan hujung minggu lepas ni bersambungan dengan cuti Deepavali maka banyak hotel telah penuh dah harga naik banyak maka kami tempah apartement yang ada dua bilik. Ada ruang tamu yang luas, ada beranda, ada dua bilik air dan ada dapur kita cukuplah tu untuk menginap untuk dua malam. 

Perjalanannya bermula setelah aku balik dari kerja pada hari Jumaat, perjalanan yang sepatutnya satu jam dah jadi dua jam disebabkan kesesakan. Sampai pun dah penat dan dah malas nak keluar dah, malam tu aku masakkan mi segera goreng (padahal tak goreng pun). Apapun sampai-sampai tu sempatlah juga mengambil gambar matahari terbenam di Batu Ferringi. Malam itu aku tidur awal setelah selesai tugas pengajian aku.

Keesokan paginya kami keluar bersarapan di Restoran Khalil Nasi Kandar. Cawangan Khalil yang ini macam kurang bagus jika di bandingkan dengan Khalil yang bersebelahan Kompleks Kediaman RST, USM. Yang di USM tu jauh lebih baik diurus. Sepatutnya tempat tumpuan pelancong ini lebih patut dijaga dengan baik. Pagi itu Eryna kurang sihat pula, jadi risau juga melarat. Cepat-cepat belikan ubat sebagai ikhtiar untuk sembuh kerana yang memberi penyakit dan yang menyembuhkannya hanya Allah. 

Selesai bersarapan kami ronda-ronda Batu Ferringi sampai ke Teluk Bahang, kemudian kami singgah di tepi pantai untuk menikmati permandangan pantai. Setelah itu kami pun pulang semula ke apartmen untuk berehat.

Bersambung insyaAllah.    

Selasa, Oktober 15, 2024

Ais Krim Durian Premium MerryMe

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Ahad baru ni kami bertiga keluar untuk makan tengah hari di De Pauh Garden dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dah lama sebenarnya tak ke restoran ni. Ingat lagi dalam 14 tahun dulu waktu mula-mula pindah ke Permatang Pauh restoran inilah antara yang mula diterokai. Masa tu suasananya tidaklah sehebat sekarang ini, pengunjung pun tak seramai sekarang ni. Kalau malam memang penuh orang selalunya.

Sebenarnya kami ke situ sudah agak lewat untuk makan tengah hari, rasanya dalam pukul 3 macam tu. Di antara menu yang di tempah ialah ikan jenahak masak kari, sayur bendi goreng dan telur dadar. Aku dan isteri makan nasi manakala Eryna pula biasalah bila keluar tempat macam ni terus tekak jadi tekak minah saleh jadi dia tempah speghetti meatball.

Sementara menunggu makanan sampai ternampaklah stall aiskrim dalam restoren ini juga, aku pun teruslah ke situ untuk beli aiskrim dahulu.Bila ditanya harganya sebekas kecil tu harganya RM8.10 huhu, telan air liur jugalah tapi ambil jugalah satu bekas yang berperisa durian. Puan isteri suka durian jadi bila ada durian akan pilih yang itulah. Ada beberapa perisa lain lagi, yang aku ingat ada juga pure strawberry. Sekejap tadi sempat juga aku cari brand ni, rupanya memang mereka bekalkan aiskrim premium untuk hotel-hotel dah mereka ada jual online juga melalui web https://www.merryme.co/. Sekali sekala nak merasa yang premium ni bolehlah, tengok harga online macam lagi mahal sahaja. Mungkin ada icepack sekali barangkali. 

Sabtu, Ogos 17, 2024

Pekena Clayport Kari Ikan Jenahak Di Restoran Route 69

Besar claypotnya.
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Selamat berhujung minggu bersama keluarga masing-masing dan manafaatkanlah waktu bersama yang ada. Minggu ni puan isteri tidak balik kerana ada kerja dihujung minggu, hujung minggu depan baru dia akan balik. 

Bila tinggal berdua dengan akan biasanya akan beli sahaja makanan atau makan di luar. Kebetulan ada nak beli barang lain di luar jadi ajak anak makan sekali. Dia yang cadangkan untuk makan di Restoran Route 69 di Bandar Perda. 

Mulanya dia nak order tomyam, aku rasa macam tak kena sahaja makan nasi dengan tomyam waktu tengah hari ni, aku pun cadang ambil set claypot ikan jenahak kari. Deal dengan si pengambil order ni macam orang baru kerja sahaja, bila tanya dia blur semacam atau slow. Aku minta isi. Last-last aku order sahaja dua set dengan dua sirap limau. Dia tanya, "nak kepala atau isi". Aku minta dua-dua isi. Malas nak deal dengan tulang kepala, lagi pun kalau nak makan kepala sedapnya makan guna tangan. Lepas order tu tak lama dia datang balik, "isi tak ada bang, yang ada ekor sahaja". Aku pun cakap ok sahajalah sebab ekor itu dikira isi jugalah.

Tak lama selepas itu makanan pun sampai, claypot besar dibawanya kerana dibuat bersekali untuk dua orang. Aku pun legalah, jangan dia bagi dua claypot yang besar sudahlah. Karinya sedap, potongan ikannya besar dan isi ikannya sedap sekali. Dari lima bintang memang boleh bagi lima bintang. Dalamnya ada banyak juga cili dan kacang bendi. Macam biasa akulah yang menghabiskannya. Jumlah semuanya lebih kurang RM35. 

Selesai makan kami pun membeli barang sedikit untuk seminggu yang mendatang ini dan terus balik ke rumah. Balik rumah sahaja rehat-rehat sekejap sempat terlelap. Bila terjaga dari short nap dalam hati aku berkata, "mungkin ada something dalam ramuannya kari ni, sampai terlelap dibuatnya".

Sekian.
 

 

Sabtu, Jun 08, 2024

10 Hari Agung Dalam Islam

Assalamualaikum semua, satu lagi catatan ringkas untuk semua. Permandangan matahari terbenam semalam di Permatang Pauh menandakan akan bermulanya 10 hari agung dalam Islam. Agungnya kerana di dalamnya disempurnakan agama Islam ketika khutbah Nabi ﷺ di Arafah pada 9 Zulhijjah. Di dalamnya ada ibadah haji di mana pelakunya dijanjikan penghapusan dosa sehingga jadi seperti bayi yang baru lahir. Di dalamnya ada perayaan eid al-Adha. Di dalamnya juga ada ibadah korban. Perbanyakkan puasa, zikir, sedekah dalam 10 hari ini. Bila mana Islam telah sempurna tiada lagi penambahan ibadah baru, orang yang menambah-nambah ibadah baru selain yang telah ditunjukkan oleh nabi ﷺ seperti menganggap Islam yang dibawa nabi ﷺ masih belum sempurna. Tiada benda baik dalam ibadah selain dari apa yang telah dicontohkan oleh nabi ﷺ.

 

Khamis, Disember 14, 2023

Majlis Perpisahan Boss2 IT JKNPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin membuat catatan berkenaan Majlis Perpisahan Boss2 IT JKNPP. Majlis telah dibuat di JEN Hotel Penang yang letaknya berdekatan dengan KOMTAR pada 12 Disember lalu. Berita aktiviti kenaikan pangkat gred F44 ke F48 telah lama diperkatakan namun seperi tiada muncul2 hingga pada awal bulan ini barulah surat kenaikan pangkat diterima. Sebenarnya ada 3 orang pegawai yang naik pangkat tetapi yang seorang lagi tu baru sahaja dapat bertukar ke jabatan yang berdekatan dengan rumahnya, jadi beliau menolak kenaikan pangkat kerana penempatannya jauh ke Putrajaya.

Tahniah diucapkan kepada boss2 yang naik pangkat kali ini. En Fauzi yang sebelum ini bertugas di JKNPP bertukar naik pangkat ke PTG Pulau Pinang manakala En Safwan pula ke Kementerian Dalam Negeri. Majlis dihadiri staf2 IT JKNPP dan juga dari hospital2. Sedap juga menu2 di Jen Hotel Penang. Untuk lunch kadar yang kami perlu bayar ialah sebanyak RM60 seorang. Rasanya susah nak jumpa kadar sebegini bagi hotel2 di sekitar Penang ni. Tempat2 mereka ada yang telah diisi dan ada yang belum diisi. Setakat ini bagaimanapun masih terdapat kekosongan 2 jawatan F44 iaitu satu di JKNPP dan satu di Hospital Pulau Pinang.

Satu benda yang perlu dirisaukan bila kerja kerajaan ini kita akan bila2 sahaja akan ditukarkan ke jabatan lain walaupun bukan sebab kenaikan pangkat. Jadi masalah bagi yang berkeluarga dan yang tak boleh nak move semua sekali, maka banyaklah yang PJJ. Aku sendiri PJJ kerana isteri bertugas di Putrajaya bermula tahun ini. Semoga Allah beri ketabahan dan memudahkan kehidupan orang2 yang PJJ dalam mencari rezeki.

Isnin, November 06, 2023

Surau Evoke Pauh Jaya

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga sihat di samping keluarga. Pagi ni nak pos berkenaan satu surau baharu yang dibina berdekatan taman perumahan yang kami tinggal. Namanya Surau Evoke Pauh Jaya, sebenarnya baru sahaja tahu nama surau ni sebegini bila melihat kepada papan tanda yang terpampang pada tempat masuk utama ke dalam surau.

Surau ini dibina bersekali dengan Kondominium Evoke yang letaknya berdekatan dengan surau ini. Sebenarnya dah lama nampak surau ini siap tetapi ianya mula digunakan agak lewat. Sama juga kisahnya dengan medan selera yang dibina sebaris dengan surau ini. Mengapa ia lewat digunakan tidak pula dapat dipastikan.

Senibina surau ini adalah moden dan banyak juga saf2 untuk jemaah bersolat di sini. Dalaman surau juga cantik terutama di bahagian mihrabnya. Dengan lampu2 backlit menyerlahkan lagi kecantikan surau. Ada juga bahagian solat untuk muslimah di sebelah belakang kiri. Menarik juga untuk ke surau ini sekali sekala. Kadang2 aku suka untuk bertukar2 surau. Aku biasanya akan ke Surau Taman Pauh Jaya yang lebih dekat dengan rumah. Selalunya aku suka berjalan kaki sahaja ke surau dan kalau nak ke surau yang baru ni kena jalan jauh sikit dan perlu lintas jalan besar.

Nikmati gambar2 di bawah.

Jumaat, September 22, 2023

Masjid Jamek Sungai Nibong Besar

Mihrab masjid

Assalamualaikum semua, semoga teman2 semua sentiasa dalam rahmat Allah. Posting ini hanya nak update berkenaan rezeki dapat singgah solat fardhu Subuh di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di Pulau Pinang. 

Kunjungan ini bukanlah kali pertama namun ini adalah kunjungan kali pertama setelah masjid ini siap diubahsuai. Sewaktu bekerja di USM dahulu kira2 dalam sepuluh tahun yang lalu aku ada juga singgah di masjid sewaktu ia masih lagi binaan lama. Di sebelah masjid ini terdapat kuburan dan di sebelah kuburan itu terletaknya Medan Selera Sungai Nibong. Bila berkunjung ke medan selera ini sekali sekala akan singgahlah ke masjid ini. Pada bulan Ramadan di sebelah masjid ini ada diadakan bazar Ramadan. Jika ada rezeki di bulan Ramadan, AJK masjid akan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada pengunjung.

Masjid ini juga terkenal dengan kontroversinya di sepanjang proses pembinaannya. Isu ini terkait dengan perancangan kerajaaan negeri untuk menggunakan kawasan masjid sebagai laluan tren. Isu ini menarik perhatian orang2 Islam yang kebanyakannya tidak setuju apatah lagi masjid ini telah ada perancangannya sendiri untuk membuat ubahsuai. Kerap juga aku mengikuti perkembangannya di facebook. Alhamdulillah setelah bersusah payah akhirnya berjaya juga masjid ini diubahsuai sehingga siap sepenuhnya. Semoga Allah memberi kemuliaan kepada orang2 yang berjuang untuk mempersiapkan ubahsuai masjid ini.

Pagi tadi, setelah menghantar puan isteri ke lapangan terbang kebetulan lalu di laluan ke masjid ini. Waktu itu azan Subuh sedang berkumandang. Sempatlah aku solat sunat qobliah dan solat Subuh di masjid ini. Imam solat memperdengarkan surah As-Sajdah dan Al-Insan. Dua surah ini ada fadhilatnya untuk dibaca di waktu Subuh hari Jumaat, namun tidaklah perlu sampai menjadi kewajipan.

Setakat itulah dahulu kali ini. Azan Asar memanggil pula. Ketemu lagi, insyaAllah.

Jumaat, Ogos 11, 2023

Perlunya Laluan Mesra Pejalan Kaki (Pedestrian-Friendly)

Sekitar Seberang Jaya
Assalamualaikum buat semua pembaca blog cabuk ini. Semoga terus rajin membaca dan menulis catatan-catatan kehiudupan yang pendek ini. Ketika menaip blog ini aku baru sahaja sampai ke pejabat dari masjid setelah selesai menunaikan Solat Jumaat. Kadang2 aku prefer untuk berjalan kaki ke masjid walaupun ada motosikal atau kereta. Jarak di antara pejabat dengan masjid yang terdekat ni adalah 1km. Jadi jarak pergi dan balik adalah 2km sebab 2x1=2. Banyak kali juga aku buat perangai ni. 

Dalam pada berjalan-jalan tu aku terfikir kenapa di Malaysia ni orang kurang berjalan sedangkan kalau di luar negara berjalan kaki berkilo meter ni perkara biasa. Ada yang kata kerana Malaysia ni panas, masalahnya di luar sana ada juga waktu yang panas bahkan mungkin lebih panas dari suhu di negara kita. Pada aku ada satu faktor penting lagi selain cuaca iaitu perlunya ada laluan mesra pejalan kaki. Orang putih kata pedestrian friendly. Sengaja aku petik perkataan Inggeris kerana term ini dah biasa diperjuangkan di luar sana namun di Malaysia agak kurang. Dalam kempen2 pilihanraya tak ada langsung kedengaran mana-mana pihak memperjuangkan perkara ini. 

Kalau nak dihuraikan tentang kebaikian laluan mesra pejalan kaki ni pasti panjang lagilah entry kali ni, tapi saya berhenti dahulu setakat ini. Kalau rajin nak senaraikan boleh senaraikan kat komen. Haha. Sekian, terima kasih.

Jumaat, Mac 06, 2020

Masjid Sheikh Eusoff


First time singgah masjid ni Jumaat lepas. Masjid ni lokasinya berdekatan Hospital Pulau Pinang. Melalui pintu belakang yang ada banyak gerai-gerai boleh jalan kaki ke masjid ini. Sebenarnya kena bertugas di HPP hari Jumaat tu, awal-awal masa dalam kenderaan jabatan dah tanya dengan pemandu, kat mana nak solat Jumaat. Boleh baca pasal Sheikh Eusoff di sini.