Thursday, September 28, 2023

McD Breakfast Wrap dan Sazi Hotel Ho Chi Minh City

Assalamualaikum semua para blogger tegar, pembaca senyap dan pengomen yang sentiasa dihargai sekalian. Sekarang ini jam menumjukkan jam 9.30 malam mengikut waktu Vietnam. Aku gagahkan juga untuk menulis pada malam ini walapun badan kepenatan akibat dari perjalanan dan urusan2 lain sebelumnya. Hari ini merupakan hari perjalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam dari Pulau Pinang. Sebelum itu malam tadi dalam jam 12 pagi lebih menjemput puan isteri. Akibat kepenatan, pada waktu subuh baru mula packing barang untuk travel. 

Dalam pukul 8 pagi kami telah tiba di Penang Airport. Disebabkan waktu drop baggage belum sampai jadi kami ke McD dahulu untuk bersarapan. Isteri dan anak memesan muffin burger dan aku pula memesan breakfast wrap. Ini adalah gara2 terbaca postingan salah satu blog yang aku follow. Tak ingat pula blog mana tapi ingat nanti akan letak link kat sini. Ok juga wrap ini, first time cuba dan setuju juga kalau disertakan salad rasanya lebih menarik. Mungkin ini bukan tindakan populis namun aku rasa agak kurang bila tiada salad dalam wrap itu. 

Selesai makan dan drop baggage kami terus ke imigresen dan telah berlaku satu masalah untuk lepas masuk. Setelah berurusan dengan imigresen dan TCO baru dapat lepas. Lega betul selepas itu. Ingat lepas ni nak kena settlekan masalah ni kalau tidak akan sentiasa ada masalah untuk keluar. Lama juga menunggu di terminal kerana kami memang tak suka terkejar2. Biar menunggu lama tak mengapa dari kelam kabut di airport. Dalam nak kapat terbang baru dapat tersenyum sikit. 

Kami tiba di Ho Chi Minh jam 2 petang dan kami terus ke hotel dengan Grab. Di sini boleh guna Grab jadi tak risau dari segi pergerakan tu. Bayar pun boleh auto deduct card yang telah didaftarkan. Kami telah menginap di Sazi Hotel. Sazi Hotel ni dipilih last minit juga itu pun sebab terjumpa satu postingan blog rakan blogger juga. Nanti kalau dapat jumpa balik link akan letak kat sini. Bagus juga blogwalking ni, dapat juga influnce kita dalam pemilihan dan keputusan.  

Siapa biasa ke HCMC ni minta cadangan sedikit apa aktiviti di sini?

 

Sewaktu menunggu Grab ke airport.

Breakfast di McD.

Breakfast wrap McD.

Ada omelette dan hash brown dalam wrap tu.

Flight Air Asia ke Ho Chi Minh City.

Sewaktu menunggu di terminal, lega setelah dapat lepas.

 Sekian dahulu setakat ini, terima kasih.

20 comments:

  1. Selamat bercuti bersama keluarga tercinta.
    Tak pernah ke HCM, cuma tau tu syurga shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah nak kata syurga shopping atau tidak namun nampaknya meriah juga di sini. Cuma untuk mendapatkan makanan yang halal sukar juga yang ada pun agak mahal juga harganya.

      Delete
  2. Wah! Tak sabar posting seterusnya! Mesti banyak gambar cantik2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro. Saya biasanya tak post gambar banyak2 sangat, pilih2 mana yang sesuai.

      Delete
  3. Semoga perjalanan berjalan dengan lancar dan happy selalu :)

    ReplyDelete
  4. happy holidays!!! bestnya cuti2 obersi ;)

    ReplyDelete
  5. Selamat menikmati liburannya..semoga bersenang"di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mbak Reney. Alhamdulillah ok semuanya di sini. Sekali sahaja terkena dengan penjual kacang rebus.

      Delete
  6. Selamat bercuti semoga gembira selalu, Kita org kg tak jarang pergi mana mana..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah. Sementara ada kelapangan bolehlah tengok2 tempat orang.

      Delete
  7. Aisssh Abang dari bercuti ke HCMC yaaa. Tak sabar baca cerita2nya nanti. Dah lama sangat saya kesana 2011 December. Menarik, tapi saya kena scam pula di sana 🤣🤣. Padahal dah hati2 sangat karena saya tahu ada banyak scammers di Vietnam. Tetep kena ternyata 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terkena dengan orang jual kacang. Dia akan capat Vietnam, bila kita macam tanya dia suruh keluarkan duit macam nak tunjukkan. Bila dah keluar duit dia akan ambil duit paling besar. Kemudian dikembalikan keping2 duit kecil sahaja. Hati2 juga dengan yang offer untuk gam kasut.

      Delete
  8. sy g HCM dulu naik kat penang. sbb ms tu ikut member2 yg kebanyakannya ddk utara. jd 1 pengalaman baru buat sy sbb sblm2 ni mmg naik kat belah2 KL je laa (termsk Subang & LCCT)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menghairankannya harga tiket dari Penang lagi mahal dari KL ke Ho Chi Minh.

      Delete