Khamis, Oktober 05, 2023

Refleksi Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023

Assalamualaikum semua para pembaca blog ini. Pagi ini nak update sikit blog ini pasal Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023 yang telah selesai dengan jayanya semalam. Sebelum2 ini aku ada update pasal konvensyen ini dalam blog ini. Entah macam mana dari awal telah dipilih untuk membantu menjayakan event ini, bermula dengan mewujudkan website konvensyen, mempromosi, menguruskan pendaftaran, menjana resit bagi yuran pendaftaran, menjana sijil, dan menjaga slide di hari kejadian. Sejujurnya aku tak biasa nak menguruskan benda2 ni jadi sepanjang 3 bulan ni banyak jugalah yang dapat dipelajari. 

Urusan2 ni kadang2 tu membuatkan kita stress dan mengganggu juga kerja hakiki, sampaikan waktu ke Ho Chi Minh minggu lepas pun aku usung juga laptop kut2 ada benda yang perlu diselesaikan. 

Konvensyen ini diadakan di Bertam Resort Penang, hari Isnin tu baru dapat tengok situasi tempat. Suspend betul bila tengok ballroomnya yang besar dan cantik betul. Paling mendebarkan ialah pada hari pertama konvensyen di mana terdapat majlis perasmian yang dihadiri oleh para VIP dan juga orang kementerian. Alhamdulillah tidak banyak isu dan semua dapat ditangani dengan baik.

Selepas perasmian dah kurang sikit tekanannya dan slot demi slot dilalui dengan kemas sehingga ada juga yang memuji flow audio video yang nampak seperti profesional. Selain itu dapat juga menumpang dengan pelbagai kupasan ilmiah berhubung fiqh perubatan. Jika ada yang teringin atau berminat boleh cari zonkuliah di facebook, rakaman ada dibuat bagi event ini.

Sekian dahulu, mohon maaflah kerana terketinggalan keretapi untuk singgah blog2 hangpa semua dan mengomen sedikit sebanyak. Enjoy gambar2 dan caption2 di bawah.  

 

Rehearsal, terkejut tengok tempat yang sebegitu besar ini. Mampos gua kalau ada benda2 yang tak jadi!  

Pengarah Baharian Peubatan KKM sebagai perasmi, beliau juga adalah pembentang bagi slot 1, sempoi orangnya.
Selain dari pembentangan ada juga 2 sesi forum di adakan.


Team ZonKuliah yang hebat itu pun ada cover konvensyen ini.

Cantik Bertam Resort ini yang berkonsepkan Morocco.

Dengan partner yang menjaga audio background, terima kasih juga menumpangkan kereta untuk 2 hari.

Bergambar bersama Dr Danial Zainal Abidin, hebat orangnya.

Happy dapat bergambar dengan orang yang hebat ni.
Selepas selesai semua tugas, terpancar kepuasan.
  
Antara feedback yang diperolehi dari peserta konvesyen.

Sekian dahulu, ada beberapa post pending untuk diterbitkan.

18 ulasan:

  1. Wah acaranya besar sekali, tempatnya di semacam ballroom hotel ya....
    Emang harus dipersiapkan dengan matang, kalau ada yg g jalan pasti bakal runyam kegiatan acarany

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul bro, saya kurang biasa dengan event2 besar sebegini. Hanya cuba2 beranikan diri sahaja.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Terbaik tuan~ teruskan taburkan bakti utk Negara dan bangsa..

    BalasPadam
  4. Cantiknya resort ni.

    Tahniah berjaya menggalas tugas dengan cemerlang πŸ‘πŸ½
    Memang tak mudah tapi dapat banyak ilmu πŸ‘πŸ½

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, dengan penganjuran event2 sebegini dapatlah tengok2 resort yang makin famous ni. Banyak ilmu juga dapat kerana tema konvensyen ini bukan dalam kepakaran kita.

      Padam
  5. Balasan
    1. Terima kasih Mamapp. Dah selesai pun konvensyen ini.

      Padam
  6. 1st pic tu...muka u seiras my batchmate, suspens jap hahah tp beliau sekarang kat obersi(keje kat sana)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah nasib, mungkin pelanduk dua serupalah tu.

      Padam
  7. Wah sibuk banget nampaknya,tapi semua urusan aman dan lancar khan?..sukses selalu πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, selesai sudah dengan jayanya. Berkat kerjasama sepasukan.

      Padam
  8. Yang penting sekarang dah lega karena semua lancar πŸ‘. Memang lah kalau handle event besar begini, pasti ada rasa nervous takut ada yg tak kena. Tapi setelah lewat, langsung plong rasanya πŸ˜„. Dapat pengalaman juga , bolehlah nanti handle event yg lebih grand lagi bang. πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya sekarang dah boleh move on. Harapnya semua pesertanya berpuas hati kerana ini event berbayar. Bertam Resort ni sesuai sangat untuk event sebegini.

      Padam
  9. sy handle event yg cuma libatkan 40 org tu pn dah rasa sesak nafas dah. ni kan pula beratus org fuhhh

    tahniah tahniahπŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Team work semuanya tu. Kalau sorang2 mana nak jadi. Alhamdulillah.

      Padam