Memaparkan catatan dengan label 2023. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2023. Papar semua catatan

Selasa, Januari 02, 2024

Trip to Rawang and Cyberjaya

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi di tahun baru 2024. Agak lama juga tidak buat catatan di blog ini kerana bila berada di luar kawasan dan di luar kebiasaan jadi kurang sedikit upaya untuk membuat catatan. Ingatkan sempat membuat catatan akhir 2023 hari tu tetapi tersasar atas sebab2 tertentu. Tahun baru ini dimulakan dengan kejutan gempa bumi kuat disusuli tsunami di Jepun. Begitulah fasa2 akhir dunia ini seperti yang telah diperingatkan lama. Apa pun kehidupan perlu diteruskan tanpa terlalu risaukan urusan dunia ini walaupun dunia ini dan rasa semakin sempit dari segi kehidupannya. Dengan pencerobohan Israel yang entah bila akan berakhir. Kita hanya mampu berdoa supaya semuanya berakhir dan Islam akan kembali mulia. 

Seperti yang aku catatkan sebelum ini, aku sekeluarga menyertai family day belah isteri di Carpe Diem Orchard Home Serendah di Rawang. Menarik sekali tempatnya, dan yang paling best hanya kami2 yang ada pada 2 malam kami di situ. Kesemuanya ada 7 keluarga yang hadir dari pelbagai negeri, sepatutnya ada 8 tetapi terpaksa kansel di saat akhir kerana covid. Setiap keluarga menetap di rumah2 yang berasingan mengikut kesesuaian saiz keluarga. Rumahnya adalah rumah kayu yang sangat terjaga dah hanya bahagian bilik air yang diperbuat dari batu. Di sekeliling rumah2 adalah kebun buah2an dan pengunjung boleh mengambil apa2 sahaja buah yang ada. Kebetulan musim buah rambutan baru bermula dapatlah kami pungut 2 beg besar buah rambutan. Selain rambutan ada juga buah durian, cempedak, ciku, limau bali dan pulasan.

Banyak juga aktiviti yang telah dijalankan di sana, seronok semuanya. Paling seronok ialah budak2 kerana dapat bertemu sepupu sepapat dan ada kolam di tengah2 kawasan ini. Semuanya berakhir setelah dua malam kawasan kebun ini. Setelah selesah di kebun, kami bermalam di Gombak pula dua malam. Dapatlah sembang2 dengan mak terutamanya yang masih trauma dengan insiden homestay dimasuki pencuri. Setelah dua malam di Gombak kami teruskan permusafiran ke Cyberjaya pula. Ketika ini puan isteri bekerja jadi Cyberjaya dengan tempat kerjanya dekatlah. Aku pula ketika itu mengalami diarrhea teruk. Kalau dikirakan hampir seminggu juga untuk ok semula. Naya betul. Memang kat Cyberjaya tak dapat nak ke mana pun. Puncanya ialah aku ini ada masalah lactose intolerence. Sebelum ni dah perasan cuma kadang teringin nak pekena kopi mahal punya pasal merana berhari2. Bukan semua orang tahan dengan susu kotak yang di panaskan tu, bila enzim lactase yang ada tak mampu nak menguraikan gula dari susu maka jadilah diarrhea. Alhamdulillah semalam dah elok banyak. Lepas2 ni kena beringatlah kalau nak minum kopi mahal kena minum yang tak pakai susu dairy.

Begitulah kisahnya berakhir 2023 dan bermula 2024 aku. Semoga tahun ini baik2 sahaja untuk kami sekeluarga.

Khamis, September 28, 2023

McD Breakfast Wrap dan Sazi Hotel Ho Chi Minh City

Assalamualaikum semua para blogger tegar, pembaca senyap dan pengomen yang sentiasa dihargai sekalian. Sekarang ini jam menumjukkan jam 9.30 malam mengikut waktu Vietnam. Aku gagahkan juga untuk menulis pada malam ini walapun badan kepenatan akibat dari perjalanan dan urusan2 lain sebelumnya. Hari ini merupakan hari perjalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam dari Pulau Pinang. Sebelum itu malam tadi dalam jam 12 pagi lebih menjemput puan isteri. Akibat kepenatan, pada waktu subuh baru mula packing barang untuk travel. 

Dalam pukul 8 pagi kami telah tiba di Penang Airport. Disebabkan waktu drop baggage belum sampai jadi kami ke McD dahulu untuk bersarapan. Isteri dan anak memesan muffin burger dan aku pula memesan breakfast wrap. Ini adalah gara2 terbaca postingan salah satu blog yang aku follow. Tak ingat pula blog mana tapi ingat nanti akan letak link kat sini. Ok juga wrap ini, first time cuba dan setuju juga kalau disertakan salad rasanya lebih menarik. Mungkin ini bukan tindakan populis namun aku rasa agak kurang bila tiada salad dalam wrap itu. 

Selesai makan dan drop baggage kami terus ke imigresen dan telah berlaku satu masalah untuk lepas masuk. Setelah berurusan dengan imigresen dan TCO baru dapat lepas. Lega betul selepas itu. Ingat lepas ni nak kena settlekan masalah ni kalau tidak akan sentiasa ada masalah untuk keluar. Lama juga menunggu di terminal kerana kami memang tak suka terkejar2. Biar menunggu lama tak mengapa dari kelam kabut di airport. Dalam nak kapat terbang baru dapat tersenyum sikit. 

Kami tiba di Ho Chi Minh jam 2 petang dan kami terus ke hotel dengan Grab. Di sini boleh guna Grab jadi tak risau dari segi pergerakan tu. Bayar pun boleh auto deduct card yang telah didaftarkan. Kami telah menginap di Sazi Hotel. Sazi Hotel ni dipilih last minit juga itu pun sebab terjumpa satu postingan blog rakan blogger juga. Nanti kalau dapat jumpa balik link akan letak kat sini. Bagus juga blogwalking ni, dapat juga influnce kita dalam pemilihan dan keputusan.  

Siapa biasa ke HCMC ni minta cadangan sedikit apa aktiviti di sini?

Khamis, Julai 20, 2023

Trip Awal Muharam ke Kuala Lumpur

Assalamualikum teman2. 

Nak blogkan sikit berkenaan trip ke KL yang masih lagi berlangsung sekarang ni. Kiranya macam live blogginglah kan. Instant update. Sebenarnya risau kalau diperam2 nanti hilang semangat nak mengepos entry ini. Kisahnya semalam bertolak dari Penang ke KL dengan menaiki flight Firefly. Rasanya ni kali ketiga naik flight Friefly. Kapal terbangnya kecil sahaja, seat ada 4 sahaja satu row. Ya betullah tu macam bas ekspress dulu2. Pertama dulu masa perjalanan KK ke Tawau, yang kedua Penang ke KB dan ini yang ketigalah. Siapa yang pernah merasa sahaja yang tahu debarannya sewaktu nak berlepas dan mendarat. In fact semalam semasa nak mendarat pilot tak nampak landasan katanya sebab cuaca kurang baik. Terpaksa berlegar di Selatan Subang dahulu untuk mendarat. Debarannya sungguh kuat, Istighfar sahajalah banyak2 sepanjang proses itu sehinggalah kapal terbang selesai mendarat. 

Tujuan aku dan isteri ke KL ni ialah sebab menemankan dia yang bertugas mengaudit di Universiti Geomatika Malaysia. Kebetulan semalam 1 Muharram jadi cuti. Aku ambil cuti rehat hari Khamis dan Jumaat untuk membolehkan aku ikut. Cuti2 pun kadang aku kena buat kerja juga sebab sekarang tengah sibuk menyiapkan web Konvensyen Figh Perubatan Kebangsaan 2023 anjuran Hospital Seberang Jaya melalui Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah dan Jawatan Surau Al-Mukmin, HSJ. Kalau hangpa nak join boleh roger. Di KL kami menginap di Tamu Hotel & Suite di Kampung Bharu. Ini yang penganjur tetapkan untuk auditor. Aku suka ja hotel ni sebab senang nak makan dan boleh pi masjid tiap waktu. Lokasinya bertentangan dengan Masjid Jamek Kampung Bharu. 

Selepas rehat2 petang semalam, lepas Maghrib dan jamak Isya di masjid kami pun jalan2 cari makan di lorong yang ada gerbang Daulat Tuanku tu. Teringin nak makan nasi sebab seharian tak jumpa nasi lagi semalam tu. Jadi kami usha2 kat jalan tu, nampak satu kedai ni ramai orang duk menunggu dan ada pekerja yang arrangekan mana seat yang kosong. Mulanya nak beralih dah mencari kedai yang lebih lengang sebab takut lambat kalau kedai yang ramai orang ni. Tapi tiba2 ada meja kosong dan kami pun masuk dah orderlah makanan ala Siam. Rupa2 kedai ni Suraya Seafood. Kalau tak silap dari dulu dah ada cuma sebab dan renovate jadi nampak lainlah. Kami order sup perut, sotong masak halia, kerabu mangga dan kerang bakar. Sedap sekali masakannya, memang rasa keaslian masakan Siam. Selesai makan kami balik ke bilik, nasib baik sampai sebab perut dah full sangat sampai macam nak menyusur macam ular sawa.

Oklah setakat itu dahulu kerana aku nak bersiap ke Gombak pula untuk ziarah Ibu di sana. Antara tujuannya aku follow ni ialah sebab nak ziarah juga. Last jumpa pun Raya Puasa maknanya dah 3 bulan. Ok jumpa lagi di lain postingan. Hangpa komen2lah ya, bagi semangat sikit nak berblog ni. Enjoy juga gambar2 di bawah ya. Blog cara kita. 

Isnin, Julai 03, 2023

Korban 1444H

Assalamualaikum teman2 semua. 

Rasa bersalah pula jika tidak update pasal Hari Raya Aidil Adha baru2 ni. Semestinya ibadah korban sangat sinonim dengan Hari Raya Aidil Adha. Tahun ini aku berkorban di jabatan tempat aku bekerja. Jumlah keseluruhan lembu yang dikorbankan ialah sebanyak 3 ekor. Nilai korban bagi satu bahagian adalah RM850, nilai ini adalah termasuk keperluan pengurusan seperti beli barang berkaitan. Selain dari menjadi peserta bagi iabadah korban aku juga terlibat bertugas. Dulu2 selalu bertugas di Madrasah Al-Hilaliah, Gombak Setia dan ini kali pertama aku bertugas secara rasmi di sini. 

Apa yang menariknya bila bertugas ni, kita dapat belajar benda2 baharu. Bab2 pembahagian yang selalu orang konfius pun kita boleh belajar sama. Program ini dijalankan pada hari Ahad iaitu hari tashrik terakhir. Cepat selesai proses pembahagiannya kerana lembu dah siap disembelih dipusat penyembelihan. Lembu pun agak besar kali ni, jadi banyaklah dapat hasil daging lembunya. Selesai pembahagian aku pun balik ke rumah untuk menghantar bahagian peserta. Kononnya nak balik semula kerana ada majlis penyerahan dan makan tengah hari tapi tak jadi nak datang semula sebab menguruskan daging dan tulang2 di rumah pula.

Tengah hari tu dapatlah merasa makan sup tulang dengan agak mewah sedikit. Enjoy gambar2 di bawah, sebahagian gambar2 adalah ihsan Ustaz Mohamad Alif Ishak.

Khamis, Jun 08, 2023

Trip ke Kota Bharu

Assalamualaikum. Marilah kita mengemas kini sedikit entri pada blog ini. Kali ini cuma nak update short trip ke Kota Bharu pada hujung minggu baru ni. Cuti sekolah kali ni memang tiada plan lain jadi inilah plannya. Bertolak pada hari Jumaat ni kena betul settingnya supaya dapat Solat Jumaat. Tiada ada keuzuran untuk tidak Solat Jumaat kecuali kalau keluar bermusafir sebelum fajar. Jadi kami singgah Solat Jumaat di Masjid Daerah Jeli. Cantik juga masjidnya. Setelah solat kami makan dengan berseleranya di sekitar Jeli, walaupun tidak banyak lauk yang tinggal tapi disebabkan lapar, semuanya jadi sedap. Malam tu kami bermalam di rumah kakak ipar di Kota Bharu.

Trip kali ni hanyalah trip makan2 sahaja. Kerana tiada aktiviti lain yang menarik selain makan bila ke Kota Bharu. Keesokan harinya kami bersarapan di Ayang Cafe. Menu yang mesti dicuba ialah nasi tumpang. Banyak menu2 makanan Kelantan yang menarik sebenarnya dan tak sampai lagi ke tempat lain. Setelah bersarapan kami ke Pasar Siti Khadijah. Wife sempatlah membeli kain pasang dan baju kaftan. Selain tu beli barang2 makanan yang menarik sekali.

Tengah harinya pula kami plan untuk makan di Suwarin Jinda Cafe, ramai sungguh orang menunggu untuk masuk. Restoran buka pada pukul 3.30 petang jadi sebelum tu kami ronda2 ke Pantan Cahaya Bulan dahulu. Menu2 di Suwarin Jinda menarik sekali, banyak yang tiada di restoran2 siam biasa. Rasanya restoran ini menunya sama seperti menu di Thailand. Jika tak silap ada juga cawangannya di Hat Yai. Aku saja cuba sup perut bulat atau sup perut muda, supnya sangat sedap dan susah nak jumpa menu ni. 

Petangnya sempat mencari kain dan tempat baju batik di Summit Style Tailor  di tengah pekan Kota Bharu. Sebelum ni pernah menempah di sini dan berpuas hati dengan jahitannya. Di sebelah malam pula aku sempat berjumpa member lama. Dia datang ambil aku di rumah. Selalu macam tu lah aku kalau ke mana2 tempat yang ada kawan2 lama tak jumpa aku akan roger kut ada rezeki boleh berjumpa. Dapatkan maklumat yang jelas atas apa yang telah berlaku di samping borak2 mengingatkan kisah2 lama.

Keesokan harinya iaitu pada hari Ahad, kami bersarapan di Roti Puri Omar tidak jauh dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Sedap sekali roti purinya. 2 keping roti puri dengan kari kambing berharga RM8.50 kalau tak silap. Seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah di Bukit Bunga untuk membeli keropok lekor. Sedap juga keropok lekornya rasa banyak ikan. Seterusnya kami singgah di R&R Perah untuk solat sebelum terus menuju ke pangkal jalan. 

Enjoy gambar2 ekslusif di bawah.

Sabtu, April 01, 2023

Morning Walk 1 April 2023/ 9 Ramadan 1444

Assalamualaikum. Pagi ni lepas Subuh sempat lagi berjalan laju di sekitar perumahan. Rutin ni dah jadi kebiasaan dari beberapa bulan yang lepas. Biasanya hari Sabtu dan Ahad akan berjalan dalam kegelapan waktu Subuh, dapatlah keluarkan peluh sikit. 


Kegelapan waktu Subuh

Berjalan ku sendirian

 Hujung minggu nanti kita jalan lagi.

Sabtu, Februari 11, 2023

Gempa Bumi

Gempa bumi adalah salah satu tanda-tanda kebesaran Allah, ia tidak boleh dikaitkan dengan alam. Gempa bumi yang berlaku itu tidak lain merupakan perintah Allah yang menciptakan bumi dan langit, dan menetapkan setiap apa yang terjadi di dalamnya, serta merupakan salah satu dari sekian banyak tanda-tanda kiamat. 

Nabi ﷺ bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah hilangnya ilmu, banyak terjadi gempa bumi..." [HR. Bukhari].

Rabu, Januari 25, 2023

Daikin FTV-P Series (R32)

Assalamualaikum, hujung minggu ni cuti agak panjang kerana ada sambungan cuti tahun baru Cina pada hari Isnin dan Selasa. Di antara projeknya pada hujung minggu baru ni ialah projek pemasangan air cond di ruang tamu. Sebelum ni ada bincang dengan bro Azizi yang selalu service aircond kat rumah untuk pasang sebuah lagi aircond kat ruang tamu. Dia cadangkan untuk pasang 2 horse power sebab ruang besar sampai ke dapur dan ruang tamu atas. Boleh rasa katanya kalau pakai 2hp. Jenama yang dicadangkan ialah Daikin. Setelah diberi harga dan aku pun servey2 market price nampak ok. Tak lah cekik darah punya kerja. Apa2 pun kena minta quote dahulu dan servey market price, bagus bagus lagi kalau dapat tahu spesifik model number. Macam unit ni adalah dari Daikin FTV-P Series (R32), untuk indoor unit model numbernya ialah FTV50PBV1MF dan outdoornya RV50PBV1M. Jenis non-inverter. Air floor ratenya 531. Boleh tengok page Daikin untuk model ini di sini. Yang menariknya Daikin ni dia ada Smart Control yang boleh guna melalui phone. 

Pemasangannya akan susah sedikit sebab ruang dinding ke hadapan yang kurang dan kena mount pada beam, jadi kena pasang salur untuk ke dinding luar. Kurang recommend cara ni tapi harapnya tiada masalah. Satu lagi untuk outdoor unit juga agak problem sikit untuk mounting sebab saiznya agak besar iaitu 310 x 1,065 x 228mm. Terpaksa mount pada dinding pagar di bahagian bawah. 

So far dah 3 hari pakai antara jam 7PM ke 9PM sahaja. Memang cepat sejuknya. Waktu 2 jam ni memang waktu kritikal iaitu time solat Maghrib & Isya'. Di antara dipenuhi dengan ruti mengaji Al-Quran. Keisan kat orang perempuan yang pakai telekung kadang masih kepenatan balik dari kerja atau selesai memasak. Agak panas walaupun pasang kipas siling dan kipas berdiri. Aku pula selalunya tak mandi dulu waktu petang. Biasanya akan mandi waktu nak tidur. Selesalah bila ada aircond waktu antara jam 7PM dan 9PM itu. Enjoy gambar2 di bawah.

Daikin FTV-P Series (R32)

Setelah selesai pemasangan

Cigebu ambil kesempatan duduk2 di atas kotak aircond sebelum pemasangan

2 orang bekerja dari pukul 1PM sampai pukul 5PM

Sebelum dipasang

Brader ni tengah buat wiring

 

Rabu, Januari 04, 2023

2023 - Bring Back Personal Blogging

Assalamualaikum, kedatangan tahun baru pada aku hanyalah satu perubahan nombor sahaja. Secara teknikalnya kita hanya meneruskan kehidupan sediakala seperti biasa. 

Ramai orang kaitkan azam dengan tahun baru, sedangkan sebenarnya kita perlu sentiasa berazam pada setiap masa. 

Pagi ini ada terbaca satu pos dari TheVerge.com bertajuk "Bring back personal blogging". Antara peristiwa hangat yang berlaku dalam tahun 2022 ialah jatuhnya Twitter sejak Elon Musk membeli syarikat itu. Berbondong-bondong pengguna twitter mencari alternatif lain. 

Ada juga diperkatakan tentang akan kembalinya zaman blog dalam tahun ini. Mana yang berblog itu teruskan berblog. Sekian.