Jumaat, Oktober 27, 2023

Pekena Aiskrim Milo Kaw

Assalamualaikum semua. Semoga sihat dah berbahagia hari ini dan hujung minggu yang mendatang. Jam telah pun menunjukkan jam 5 petang sebentar tadi. Di luar sana hujan lebat mencurah2 lantaran aku terkandaslah dahulu di pejabat kerana hari ini aku bermotosikal ke pejabat.

Walaupun orang kata kalau lepas kerja hujan boleh diredah sahaja kerana walaupun basah iakan menuju rumah, sampai di rumah nanti boleh tanggal semuanya dan mandi hot shower. Aku kurang minat untuk redah buat masa ini, sekurang2nya tunggulah sehingga hujannya sedikit reda.

Dalam pada itu aku singgah dahulu ke kedai serbaneka yang ada berdekatan dan membeli aiskrim Milo Kaw. Lama juga teringin untuk mencuba Milo Kaw ini tapi mungkin masanya kurang sesuai. Waktu hujan baru sesuai makan aiskrim. Lebih nyaman kerana cuaca yang sejuk. Rasanya saling tak tumpah seperti Milo, rasa lemak2 gitu. Di bahagian atasnya ada coating coklat. Bolehlah buat rasa2 sambil2 menunggu hujan reda. 

Untuk rating kita bagi tiga bintang setengah dari lima bintang. Sejak bila pandai agi rating2 ni? Enjoy gambar2 di bawah.  

Bungkusannya yang menggoda perasaa

Ingatkan besar, rupanya tidaklan besar mana.

Jemput makan aiskrim

Sekian dahulu, nak tengok luar sana sama ada hujan sudah reda atau belum.

22 ulasan:

  1. anak anak suka aiskrim milo ni.. maknya takut nak makan.. confirm meletop bacaan gula nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyalah dah berumur ni kena kurangkan makan manis2 ni. Rasanya aiskrim Milo ni taklah manis sangat, sekali sekala ok.

      Padam
  2. Belum ketemu es ini di sini,jadi belom tau rasanya.

    BalasPadam
  3. Hujan sejuk2 makan aiskrim lagi.. Biasa nie .. Hahahaa...

    BalasPadam
  4. Suka Aiskrim Milo! Tapi yang KAW ni tak pernah pulak try ek 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh nak expect ianya terlalu kaw, kalau nak betul2 kaw kena buat sendiri, siap boleh tabur2 serbuk lagi.

      Padam
  5. my son (ariff) penggemar aiskrim :) myself tak suka sgt aiskrim so sgt jrg craving for aiskrim

    BalasPadam
  6. Orang malaysia dengan Milo memang serasi!

    BalasPadam
  7. Tak berapa kaw.. Sha suka lagi yang versi lama tu.. kikiki..

    BalasPadam
  8. rasa sama kan dgn ais krim milo yg lain?

    BalasPadam
  9. nampak sedap berkrim. kecik je rupanya ye?

    BalasPadam
  10. Saya tuh lebuh suka Milo Malaysia, Krn rasa lebih strong, lebih pekat juga..yg parahnya di Indonesia tak ada Milo ice cream 🤣🤣. Hanya ada Milo bubuk tuh saja.

    Makanya saya selalu beli varian Milo yg banyak macam, pas sedang ke Malaysia. Termasuk ice cream.

    Tp varian baru nih blm coba lagi 😁

    BalasPadam
  11. oo baru teringat wak kene beli milo tin ke Batam., hehe

    BalasPadam
  12. Eh, tak perasan pulak ada aiskrim milo kaw ni kat kedai. Kena cari ni

    BalasPadam