Rabu, Oktober 25, 2023

Allah Pasti Menunaikan Janji-Nya Untuk Palestine

Assalamualaikum dan selamat pagi teman2 sekalian. Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa kalian untuk membaca coretan ini. Moga2 ia jadi manafaat kepada semua. Postingan kali ini berkaitan Palestine. Jika ada yang menyokong Israel anda boleh skip postingan ini dan berdoalah banyak2 supaya diberikan petunjuk supaya dapat menilai sesuatu perkara dengan betul dan adil.

Pagi ini sewaktu ada ketika yang agak lapang sedikit aku biasanya akan luangkan sedikit masa untuk melihat postingan pada Status WhatsApp teman2. Disebabkan bilangan kenalan yang mengupdate status di WhatsApp agak ramai biasanya aku tidak dapat selesai melihat kesemuanya. Kebiasaanya aku akan pilih2 mana yang aku rasa menarik dan bermanfaat untuk dilihat.

Ada satu video yang menarik perhatian aku kali ini. Video ini menunjukkan seorang tua yang berada di Gaza di mana tempat berlakunya serangan tiada pertimbangan akal rejim Zionis Israel. Menurut pakcik ini ketika ini di Gaza di mana terdapat mayat2 saudara2 seIslam yang dibunuh dengan sengaja. Mayat2 atau jenazah2 ini mengeluarkan bau yang wangi seperti bauan kasturi (musk, misk). Di antara tanda mulianya mati seseorang Islam itu ialah wanginya jenazahnya. Semoga Allah menetapkan mereka yang dibunuh itu tergolong dalam golongan shuhada yang ada keistimewaannya tertentu.

Selain itu, pakcik itu turut menyatakan keyakinannya bahawa Allah akan menyempurnakan janjinya untuk Palestine dalam masa yang terdekat ini. Semoga Allah bantu kaum muslimin dan agamaNya. Semoga Palestine bebas dan umat Islam dapat menziarahi Masjidil Aqsa tanpa sekatan2. Semoga saudara2 di Palestine diberi kekuatan untuk bangkit mengalahkan Israel. 


Sekian, terima kasih.

24 ulasan:

  1. InshaAllah ,ada jalannya buat kemenangan kaum muslim

    BalasPadam
  2. andai kata benar seperti yg dikata kita doakan bumi anbiya' ini bebas drpd zionist laknatullah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekurang2nya Masjid Al-Aqsa perlu dibebaskan seperti mana bebasnya Masjil Al-Haram dan Masjid An-Nabawi.

      Padam
  3. Semoga Allah selalu bersama orang-orang yang teraniaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Semoga doa2 mereka yang dizalimi ini diperkenankan Allah.

      Padam
  4. Janji Allah itu benar... Bila dan bagaimana itu kita tak tahu...tetapi Palestin tetap akan menang... Allahuakbar... Masa kita kat dunia nie pun x tahu berapa byk lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dunia semakin menghampiri pengakhirannya. Tinggal kita sahaja yang kurang peka dengan isu2 yang menimpa umat Islam seluruh dunia.

      Padam
  5. semoga segera damai ya
    tak ada lagi korban jiwa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Israel masih enggan menghentikan pengebomannya.

      Padam
  6. Allahuakbar.. doa x putus buat saudara2 kita di sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, perbanyakkan doa dan sebarkan kekejaman Zionis ini.

      Padam
  7. Ya Allah turunkanlah hukumanMu atas kaum Yahudi yang telah melakukan kezaliman dengan membunuh saudara-saudara kami kaum muslimin di Palestin. BTW MYiDEAKiNi singgah & follow blog Faizal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Semoga kita gunakan blog2 ini untuk menyatakan sokongan kepada umat Islam seluruh dunia yang sedang dizalimi.

      Padam
  8. Allahurabbi..rasa tak tahan dah tengok mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertindas tapi takde bantuan dari kuasa besar dunia. Cuma mampu berdoa sebab saya tak mampu nak tolong mereka di sana. Semoga Allah beri kekalahan besar kepada rejim zionist dan kemenangan buat Palestin :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, tak sanggup rasanya kesukaran yang mereka hadapi. Tak mustahil perkara yang sama akan terjadi kepada kita pula.

      Padam
  9. pada hari ahad ni sekolah abe kie akan membuat majlis pelancaran solidariti palestine.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sekolah dah buat solidariti untuk Palestin, diharapkan adalah kesannya kepada diri mereka tentang nasib saudara kita di sana. Murid kena satu bahawa orang2 Islam semua adalah satu ummah, cuma kita telah dipecah2kan kepada negara2 supaya menjadi lemah.

      Padam
  10. Insyallah amin... Perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan..

    BalasPadam
  11. Aamiin..moga kekejaman dan kezaliman rejm zionis segera berakhir...saya sudah 3 minggu hilang gembira kerana mengenangkan penderitaan warga Gaza di Palestine

    BalasPadam
  12. Aamiin.. Aamiin..
    Allah selalu bersama orang-orang yang teraniaya.. Semoga bantuannya tiba membantu mereka di Palestine.. Aamiin.. Jangan pernah berhenti berdoa..

    BalasPadam
  13. InshaAllah, aamin.. 🤲🏻😔

    BalasPadam
  14. Aaamiiin aaaamiiiiin, semoga semua doa kita untuk palestine dikabulkan Allah. Dah tak sanggub lihat video2 kekerasan di sana 😭

    BalasPadam