Rabu, Februari 21, 2024

Derma Darah Jenis O

Assalamualaikum dan selamat malam. Ada ke yang baca blog malam2? Aku jarang baca blog malam2 ni. Nak buat catatan untuk hari ini sikit, sikit sahaja tak mau panjang2. Pagi tadi lepas sarapan nasi lemak aku pun menuju ke tempat derma darah di hospital tempat aku kerja. Oh ya sedar tak sedar dah sebulan balik dari perjalanan umroh. Nanti aku update lagi pasal umroh kerana ada ceritanya lagi. Untuk menderma darah, di antara syaratnya seseorang itu perlulah telah sebulan balik dari luar negara. Jika kurang makan kena tunda supaya cukup sebulan. Aku tak pasti apa sebabnya, mungkin risaukan penyakit yang dibawa dari luar negara kut. 

Aktiviti menderma darah ini telah aku jadikan rutin sejak dari 5 tahun lalu. Apabila kita menderma darah, untuk menderma darah lagi kita perlu tunggu sekurang2 3 bulan. Aku biasanya ngam2 3 bukan atau lebih2 sikit aku akan derma semula. Dah alang2 kerja dekat hospital ni jadi rajinlah untuk menderma darah. Jika satu masa nanti aku bekerja di tempat lain mungkin akan sukar sedikit. Kadang2 kita berada di sesuatu tempat itu ada tujuannya yang kita tidak nampak, cuma kita sahaja yang perlu merebut peluang itu. 

Selesai menderma darah, aku pun tambahlah makan2 dan minum2 sikit dahulu untuk menambah tenaga. Sebelum2 ini ada dibancuhkan Milo di tempat derma darah, tapi last 2 kali aku menderma dah tak ada dibancuhkan air. Cuma penderma darah akan dapat Milo 3 in 1, air mineral, air kotak dan biskut. Selepas tu ada masalah printer di salah satu wad. Nak kena repair dan kerjanya nak kena angkat printer yang berat sekali. Ikutkan selepas menderma darah tak boleh buat kerja berat tapi sebab dah tak ada orang lain dah terpaksalah juga. Oklah tiada apa2 yang berlaku, cuma kena lebih hati2 lah. 

Berkenaan derma darah ini, aku ada buat catatan di fb juga, ayatnya berbunyi begini; "Sifirnya begini; sebelum didiagnosis dengan penyakit yang boleh menghalang pendermaan darah, eloklah kita menderma darah dahulu." Maksudnya sementara boleh menderma darah ni kita dermalah. Akan datang mungkin dah tak boleh nak menderma atau dah tak sesuai lagi. Setakat ini sahaja catatan pada malam ini. Selamat malam.  


Biasanya akan derma ikut tangan kiri sebab banyak guna tangan kanan.

Tak banyak mana pun satu beg tu, 450ml kalau tak silap.

On site repair printer di wad. Tq pada yang ambilkan gambar.

Lawa pula permandangan matahari terbenam.

Sekian, hingga ketemu lagi dicatatan seterusnya insyaAllah.

15 ulasan:

  1. Balasan
    1. Wah awal juga tu. Waktu pagi ada waktu yang best untuk layan blog.

      Padam
  2. Saya blog walking ikut mood. Jadi kadang siang, kadang malam.

    Tahniah jadi penderma secara konsisten. Darah O pulak tu, penderma universal.

    BalasPadam
  3. Pernah beberapa kali. Bila terserempak je, perut tak kosong, pergi je. Tapi last tu, doktor kata darah tak ok so tak pergi dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah 2 kali kena reject juga sebab tak ngam time tu.

      Padam
  4. Semoga tetap bisa menyumbangkan darahnya dan sehat selalu.

    BalasPadam
  5. Sayaaaa, seringnya malam kalo nak BW 😄. Maklum bang, memang susah nak tidur malam 😅.

    Belum kesampaian nak coba donor darah. Dulu sempat tak bisa, karena berat badan tak memenuhi syarat. Kalo tak salah minimum berat 45 kan ? Dulu Berat saya masih 40-43.

    Tapi menginjak usia 40, baru lah naik jadi 48 😄. Seharusnya dah bisa untuk donor. Tapi Krn tempat jauh, susah juga. Beruntung Abang kerja di rumah sakit, bisa rutin nak donor. 👍. Yg saya baca juga, donor darah ini bagus utk membersihkan darah dari penyakit2 kan.

    BalasPadam
  6. Bagus dapat derma darah ni. Kalau O hanya boleh terima darah O tapi darah selain O boleh terima darah semua kan..... Moga sihat selalu ya....darah kita pun akan menghasilkan darah yang baru.

    BalasPadam
  7. Saya baru sekali derma darah

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka yang memerlukan.

    Saya pun baru je menderma darah baru baru ni. Pertama kali lah tapi. Saya pun fikir begitu. Sebelum ada penyakit lain, eloklah kita menderma. Sementara boleh.

    BalasPadam
  9. Kalai terakhir saya menderma darah ialah tahun 2000.kemudian dah tak boleh derma darah lagi kerana darah cair. Tak pekat.

    BalasPadam