Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang dimuliakan Allah. Pagi ini nak sambung kisah perjalanan Umrah 2024 yang telah berlaku pada 11-21 Januari yang lalu. Cerita ini berkisar pada hari Khamis tanggal 18 Januari iaitu sehari selepas kami tiba di Madinah Al-Munawwarah.
Paginya setelah bersarapan di hotel ada aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak syarikat. Semua jemaah diminta untuk berkumpul di lobi hotel untuk ziarah sekitar Masjid Nabawi. Setelah berkumpul, kami berjalan beramai2 ke bahagian kanan belakang Masjid Nabawi berdekatan Saqifah Bani Sa'idah. Ustaz Farhan menceritakan sejarah Saqifah Bani Sa'idah ini dan aku mendengarnya dengan khusyuknya begitu juga jemaah lain. Aku tak pasti sama ada pernah ke sini sebelum ini kerana suasana telah berubah sekali. Jika di cari maklumatnya gambarnya berbeza2 mungkin kerana cepatnya pembesaran yang berlaku di Masjid Nabawi ini. Saqifah Bani Sa'idah merupakan tempat penting dalam sejaran umat Islam. Kawasan ini berkait dengan sejarah pembai'ahan Kalifatul Muslimin Siyyidina Abu Bakar As-Siddiq (ra) setelah kewafatan Nabi Muhammad (saw). Kawasannya ditutup buat masa ini untuk kerja2, walau bagaimanapun kita masih boleh melihat sebuah pokok yang dikatakan tempat berlakunya bai'ah itu.
Setelah itu kami di bawa ke Dataran Yamamah iaitu satu lagi tempat bersejarah. Di sini di dirikan bangunan sebagai tanda tempat solat di luar masjid ketika zaman pemerintahan 3 khalifah yang pertama. Solat di luar masjid dilakukan bagi solat tertentu seperti solat hari raya aidil Fitri dan Aidil Adha. Sebab itu ada tempat2 masih melaksanakan solat di kawasan lapang bagi solat hari raya. Di kawasan ini banyak sekali burung merpati mungkin kerana itu ia dinamakan yamamah iaitu burung merpati.
Selepas itu kami semua bergambar di hadapan Dataran Yamamah. Kami juga memasuki sebuah muzium iaitu muzium pembangunan Masjid Nabawi. Untuk memasuki muzium in perlu ada bayaran tetapi ada seorang jemaah yang sponsor semua untuk masuk. Dalamnya ditunjukkan bagaimana pembangunan yang berlaku di Masjid Nabawi sejak dari awal pembinaannya oleh Rasulullah sendiri bersama para sahabat dari kaum muhajirin dan ansar. Banyak sekali ilmu yang diperolehi dari lawatan ke muzium ini. Jika ada kesempatan ke sana, jangan lupa untuk melawat muzium2 yang ada di sekitar Masjid Nabawi. Sebelum umrah kali ini aku pernah melawat muzium Al-Quran dan Muzium Haramain juga.
Pada waktu Asar, sewaktu menunggu2 azan, tiba2 aku terperasan orang di sebelah aku ni seperti dikenali. Terus aku menegurnya, rupanya2 jemaah surau di kawasan rumah aku. Dia juga pernah bekerja di USM dah dia kenal juga dengan puan isteri. Satu keajaiban tu bila boleh jumpa orang yang dikenali secara tidak sengaja.
Di sebelah petangnya ada pula program tazkirah oleh Ustaz Fauzan di hotel selepas Asar hingga hampir waktu Maghrib. Sebenarnya aku puasa pada hari itu dan aku risau juga sebab nak cari tempat untuk berbuka di dalam masjid. Kalau lambat takut penuh. Tapi itulah satu keistimewaan berada di tanah haram ini jika kita memikirkan betul2 banyak sekali perkara yang Allah mudahkan untuk kita. Walaupun agak lambat sampai ke masjid masih ada ruang untuk berbuka. Suasananya hanpir sama seperti di Masjidil Haram. Ada kurma, yogurt, roti dah air teh. Kenyang sampaikan tak perlu cari makan untuk malam dah. Kalau di negara kita mana mungkin kenyang, itulah barokah bumi Madinah!
Selesai Maghrib aku ke sekitar pintu 19 untuk mencari Kuliah Dr Ariful Bahri. Dr Ariful Bahri ini merupakan salah seorang yang telah diberi keizinan untuk menyampaikan kuliah di Masjid Nabawi dalam Bahasa Indonesia. Beliau merupakan pelajar cemerlang Universiti Madinah tamat PhD atau dalam Indonesia disebut juga S3. Sebelum beliau ada juga Dr Abdullah Roy juga dari Indonesia (aku sedang mengikuti kuliah Halaqah Silsilah Ilmiahnya secara online) dan Dr Mahmood Timbalan Reaktor Universiti Islam Madinah yang berasal dari Kedah, Malaysia . Sedap betul mendengar kuliah beliau, hingga 2 malam aku mengikuti kuliahnya. Bila balik ke Malaysia aku juga mencari2 kuliahnya yang selalu ada livenya.
Setakat ini sahaja dahulu catatan kali ini kerana sudah agak panjang. Apa yang penting di tanah haram sana, rebutlah peluang menambah2 ilmu syari'e.
|
1. Bergambar bersama Ustaz Amir, pembantu mutawif.
|
|
2. Ustaz Farhan Abu Furaihan sedang menyampaikan kuliah sirah.
|
|
3. Saqifah Bani Sa'idah
|
|
4. Bersama jemaah MKM bergambar di Dataran Yamamah.
|
|
5. Berpeluang berkumjung ke Muzium Pembangunan Masjid Nabawi
|
|
6. Penerangan oleh Ustaz Farhan.
|
|
7. Suasana yang selalu dirindui.
|
|
8. Terjumpa En Saad di Masjid Nabawi, jemaah Surau Taman Pauh Jaya.
|
|
9. Kuliah Asar oleh Ustaz Fauzan, mutawif kami.
|
|
10. Suasana berbuka puasa di Masjid Nabawi.
|
|
11. Meriah suasananya.
|
|
12. Berpeluang hadir ke kuliah Dr Ariful Bahri.
|
Setakat ini dahulu, sekian.
Jauh-jauh datang ke tanah suci bertemu tetangga surau ya bang... alhamdullilah dapat menimba ilmu dari para ahlinya.
BalasPadamBetul tu. Kebetulan yang menjadi kenangan. Semoga kita sentiasa berdamping dengan orang2 yang berilmu.
PadamFuh! Tengok foto pun dah rasa seronok!
BalasPadamJom uncle, balik kampung.
PadamSeronok dan tak akan puas baca kisah Umrah. Rindu Mekah Madinah.
BalasPadamSaya pun sama, suka baca cerita umrah berbanding vlog. Kesannya lebih mendalam.
Padampengalaman dan kenangan yg sgt berharga tu...
BalasPadamIa, kenangan yang akan sentiasa bermain di fikiran.
PadamAlhamdulillah.. dapat menambah ilmu di tanah suci.
BalasPadamIya, kita ambil peluang menambah ilmu di mana yang ada.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamAgak selesa dan nyaman jika ke sana pada bulan Januari..
BalasPadamIa, cuacanya lebih sejuk dari Malaysia.
PadamRindu juga nak balik umroh ❤️.
BalasPadamSaya pun kagum dengan Orang2 sana yg sedang puasa, lalu berbuka di mesjid. Karena banyaaak sangat yg menyediakan makanan. Sampai rasanya memang kenyang hanya dengan memakan menu di sana. Segitu murah hatinya mereka untuk memberikan makanan bagi Orang2 yg berpuasa kan. ❤️
Saya harap lah ramadhan tahun ini kita pun bisa menyediakan makan berbuka yg baik untuk Orang2 nanti di mesjid.
Semoga dapat ke sana lagi. Seperti dah membuak2 perasaan tu. Iya, menyediakan makanan bagi orang berbuka puasa dianjurkan oleh Rasulullah saw. Semoga puasa kita diterima Allah.
PadamSangat beruntung dapat ziarah di Tanah Suci....doakan saya dan keluarga untuk sampai ke sana juga...aamiin
BalasPadamInsyaAllah, tuan akan sampai suatu masa nanti.
PadamAamiin dan terima kasih tuan....doa bulan Ramadan al-Mubarak ini makhbul
PadamSeronok membaca ceritanya. Apatah lagi merasainya kan. Jadual dan programnya teratur. Sambil buat ibadah dapat juga ilmunya. Alhamdulillah.
BalasPadamSyukur Alhamdulillah.
PadamAlhamdulillah.. Semoga ilmu memberi manfaat.
BalasPadam