Suasana kesesakan di Pulau Pinang. |
Assalamualaikum dan selamat petang. Pagi tadi aku diminta untuk hadir ke Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang kerana ada Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pengurusan Aset ICT (SPAI). Mulanya aku hendak tempah kenderaan jabatan tetapi kenderaan jabatan telah penuh. Biasanya kalau mesyuarat mesti dapat maklumat last minit dan bila nak tempah kenderaan jabatan selalunya sudah fully book. Sometime yang menyebabkan kenderaan fully book ialah kerana ada staf yang berkursus di luar. Kursus biasanya akan dapat notis lebih awal. Kadang-kadang kena consider juga di antara mesyuarat dengan kursus yang mana lebih penting, kadang tu mensyuarat dengan pengarah atau timbalan pengarah. Kursus biasanya lebih santai. Pengurusan ini sepatutnya bukan sekadar siapa cepat dia dapat sahaja.
Disebabkan kenderaan jabatan sudah fully book, aku pun terpaksa berkenderaan sendiri. Penang ini lain sikit kesesakannya diwaktu pagi, terpaksa fikir berkali-kali kalau nak bawa kereta. Jadi aku ambil keputusan untuk naik motor sahaja. Nasib baik langit cerah pagi ini sedangkan beberapa hari ini biasa hujan di waktu pagi. Apapun aku ok sahaja, walaupun struggle nak mencelah sesekali ok lah. Jarak perjalanan tidaklah jauh cuma 26km namun disebabkan kesesakan tempoh masa untuk sampai adalah 45minit juga. Perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang agak menggetarkan jiwa. Kenderaan jika lengang, akan memecut ke tempat kerja. Tidak hairan banyak kemalangan berlaku di waktu pagi.
Bila menaiki motor, satu kekurangannya ialah tak boleh nak tengok maps dekat phone atau sistem audio/ video kereta, pagi tadi sengaja aku cuba navigate menggunakan Apple Watch, membantu juga dapat memberi alert dan memberi tahu jarak membelok. Bolehlah dari pada tiada langsung. Sekian dahulu catatan petang ini.
yg penting selamat sampai ke destinasi, on time!
BalasPadamOn time itu penting kerana mesyuarat tak akan mula jika tak cukup korum.
PadamMakanya tiap kali balik ke JKT dari Penang, saya prefer cari flight yg bukan pagi. Krn tak nak terjebak jammed di pagi hari. Prefer sore jadi nya
BalasPadamPenang memang sentiasa sesak
BalasPadamLebih bagus sekiranya diperbanyakkan sikit kenderaan untuk kegunaan staff. Bahagikan mana untuk dekat dengan jauh. Mencabar naik motor ni kalau nak mencelah. Kena jiwa kental dan confident.
BalasPadam