Photo by Philipp Deus on Unsplash |
Ayat 7
صِرٰطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ
- Allah menerangkan makna jalan yang lurus. Allah tidak menerangkan Jalan yang lurus ialahlah jalan Al-Quran dan sunnah kerana kelompok tertentu boleh sahaja menisbahkan kelompok mereka mengikut jalan Al-Quran dan sunnah sedangkan mereka mungkin mengikutnya mengikut pemahaman sendiri, sedangkan jalan lurus yang Allah maksudkan ialah adalah jalan orang terdahulu iaitu jalan atau pemahaman para salafussoleh (3 kurun pertama).
- Tafsiran jalan yang lurus ada pada surah Al-Nisa ayat 69; Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
- Golongan Al-Siddiqun: membenarkan kebenaran setelah mendengarnya. Mengikuti amalan yang betul dan meninggalkan amalan rekaan dalam agama.
Sekian dahulu.
thanks for sharing
BalasPadamMEmang sebaiknya seperti ini. Terkadang sebagai muslim kita hanya membaca alquran tanpa menghayati maknanya lebih mendalam . Dengan menghayati dan paham makna, pasti lebih menebalkan keimanan kita sebagai muslim
BalasPadamAlhamdulillah..semoga terus istiqomah. Terima kasih untuk perkongsian ilmu.
BalasPadam